Dah hampir seminggu baru saya dapat log in semula ke blog saya ni. Macam-macam masalah yang timbul sepanjang minggu ni. Tak apalah saya sabar saja. Nanti masam muka cepat pulak saya nampak tua
saya sebenarnya nak menyiapkan satu posting lain tapi rasa panjang jadi saya poskan dulu 2 testimoni yang saya terima tapi tak sempat saya siarkan sebelum ni.
# Komen Puan Marsita tentang bengkung zigzag dan mandian aura ;
” Waalaikum salam kak..sihat.Senang nak pakai. Mak pun kata jauh beza dengan bengkung dia dulu susah nak pakai. Mandian Aura tu harum baunya. Kuat bau serai wanginya “
# Komen dari Puan Hamiza tentang mandian aura ;
” Ini kali pertama saya berpantang sendiri memandangkan anak-anak yang lain bersekolah. Sebelum ni daun mandian di sediakan oleh ibu saya. Memandangkan sekarang semakin susah untuk di perolehi kerana dia tinggal di akwasan perumahan, jadi saya memilih untuk membeli yang siap semuanya.
Senang nak guna dan menjimatkan. Badan rasa lebih segar dan wangi dengan aroma herba daun. Yang paling penting tak perlu nak kutip sisa daun kat lantai yang boleh menyebabkan tersumbat. Harganya pun berpatutan. 3 uncang boleh di gunakan untuk 1 hingga 2 minggu. Saya syorkan untuk semua ibu-ibu.”
Anda dah baca sendiri komen mereka. Jangan bertangguh lagi jika dah hampir nak bersalin ye
Selamat mencuba!





