RSS
 

Kisah Ibu bekerja SOHO

09 Jun

Saya sangat sibuk dan tension juga beberapa hari ni . Bukan apa sebab kadang-kadang dah rasa bosan sungguh untuk berada di pejabat. Saya membayangkan betapa seronoknya jika ketika ini saya dapat berehat-rehat di rumah .

Bukanlah rehat goyang kaki saja tapi saya boleh duduk melakukan apa yang saya sangat suka tanpa rasa penat dan tertekan. Maklum la dah nak financial year, jadi bos-bos kat office saya ni pun takut kalau-kalau mereka ni nanti tak dapat bonus kalau kami ni tak buat kerja atau sabotaj mereka ..hu hu.

Adat berkerja makan gaji macam tu la. Alangkah seronoknya kalau dapat bekerja sendiri dan buat apa yang kita suka. Banyak masalah yang timbul bagi wanita yang telah berkahwin lebih-lebih lagi yang dah ada anak untuk bekerja di luar.

 

Kalau anda ingat lagi , saya pernah menulis tentang masalah yang terpaksa di hadapai oleh ibu yang terpaksa bekerja pada post sebelum ini …( klik di sini jika anda belum baca lagi ).

Bukan setakat tension dengan masa yang mengejar kita, malah badan dan otak pun terasa letih . Sebelum saya melibatkan diri dengan perniagaan internet, saya banyak membaca dan melakukan kajian ..ewah..tentang bekerja cara SOHO di negara barat.

Apa yang saya perhatikan konsep bekerja secara ini sangat meluas di sana.Di Malaysia dah mula yang sedar tentang kebaikan bekerja secara SOHO ni tapi jumlahnya belum lah membanggakan. Mungkin masyarakat kita belum begitu di dedahkan denga kebaikan-kebaikan cara bekerja konsep seperti ini.

 Jadi biarlah hari ini saya kongsikan dengan anda kebaikannya . Mungkin selepas ini anda dapat ‘ geliga’ hikmat jika anda sedang hadapi masalah menguruskan rumahtangga yang saya sebutkan di post sebelum ini.

Pada sesiapa yang tak tak faham konsep SOHO ni apa..biar saya terangkan sikti dulu..sikit-sikit udah le ye. SOHO ni dalam bahasa orang putih maksudnya ” Small Office Home Office”. Kalau dalam bahasa melayu bermakna ‘ bekerja dari rumah’.

Bagaimana cara anda bekerja tu terpulang kepada diri kita sendiri tetapi yang paling penting ialah anda tak rasa tertekan dengan deadline atau apa-apa juga yang sering menyebabkan pekerja di luar sering stress.

Cuba tengok gambar kat bawah ni. Ini adalah bayangan diri saya jika saya dapat melaksanakan impian saya untuk bekerja secara SOHO .

 

 

Tak ada sesiapa yang akan mengarahkan and buat itu dan ini . Bayangkan jika kita ada cara untuk melakukan sesuatu kerja dengan lebih baik tetapi jika boss kita tak setuju tak boleh jalan juga.

Pukul berapa kita nak mula bekerja sekali pun tak ada sesiapa nak tentukan. Bekerja dari rumah tak perlu dari pukul 9-5. Tentukan masa anda sendiri.Yang penting anda dapat melakukan kerja dengan teratur.

Satu perkara lagi he he…’bayangkan sewaktu orang lain berebut-rebut mengejar masa dengan lalulintas kita pulak tengah baca paper sambil minum teh ‘ Rasa-rasa cemburu tak? Jangan sangka duduk di rumah tak boleh buat duit. Kalau kita pandai, kat tempat jin bertendang pun duit boleh turun mencurah-curah :)

Masalah anak atau pembantu rumah juga selesai. Saya paling tak gemar bila dengar orang terpaksa dan  habiskan duit beribu-ribu untuk ambil pembantu rumah. Bila membantu rumah tu lari, kena keluar duit lagi. Yang kaya dan bertambah kaya ialah agen yang membekalkan urusan pengambilan pembantu rumah tu.

Anak-anak sebenarnya akan rasa lebih seronok jika ibu mereka berada di rumah bersama mereka. Kita juga boleh memantau apa yang anak kita lakukan, dengan siapa mereka berkawan. Tak percaya? Cuba sekali anda tanya anak anda sendiri pasti mereka akan suruh anda duduk di rumah saja.

Saya kadang-kadang dapat email dari pembaca blog ini yang bertanya kepada saya bagaimana nak cari peluang -peluang tu. Ada yang dapat saya balas dan ada juga yang email mereka bila saya balas ‘bounce’ balik sebab mungkin salah email address.

Ada juga yang tanya apa yang boleh mereka lakukan jika duduk di rumah? Issh banyak…:) Jangan fikir bekerja di pejabat saja. Contonhya kalau kita ada kemahiran dengan alih bahasa ,anda boleh melakukan kerja-kerja translation hanya di rumah. Kalau ada kemahiran menjahit, buat la sikit-sikit dan gantung langsir ( kalau langsir la ye ) yang anda jahit sendiri di tingkap.

Kalau hasil kerja cantik, jiran yang datang mesti tanya siapa yang jahit? Ha dari situlah bisnes kita akan berkembang. Kalau tak tahu menjahit tapi minat nak belajar, cari kat majalah , internet, suratkhabar tenatng kursus-kursus jangka pendek.

Di Kolej Komuniti ( contoh saja ye ) ada banyak kursus jangka pendek khas untuk orang yang bekerja untuk belajr dengan rate yang sangat murah.Tak percaya , cuba surf laman web tu tentu anda akan terkejut jika kos belajar buat kek dalam RM 10 je  :)

Lagi satu yang menariknya jika anda ada group, mereka boleh aturkan urusan transport dan tempat untuk anda.Berterima kasih la pada kerajaan Malaysia yang prihatin ni ( no politics here ).

Pada pendapat saya jika kita bekerja sendiri tanpa perlu keluar dari rumah adalah lebih membahagiakan dari terpaksa kerja makan gaji. Jangan tanya saya jika anda tak minat sebab anda perlu tanya diri anda sendiri samada apa anda sememangnya minat dengan pekerjaan anda sekarang dan mengapa anda meneruskannya juga jika jawapannya TIDAK!

Panjangnya pulak post saya kali ini.Meluahkan perasaan lah katakan sambil share apa yang patut. Sekarang anda boleh fikir sendiri patut atau tidak anda mulakan ‘SOHO’ bisnes anda mulai dari sekarang?

Anda jawab sendiri ye :)

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More PostsWebsite

 
1 Comment

Posted in Artikel

 

Tags: , , , , ,

Leave a Reply

 
;) :| :x :twisted: :roll: :oops: :o :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :P :D :?: :? :) :( :!: 8O 8)
 
  1. Wanita bekerja dan buat part time | Blog MySetBersalin.Com

    June 12, 2009 at 10:42 pm

    [...] post yang lepas saya menerima banyak email yang bertanyakan bagaimana saya bekerja secara soho. Dalam email saya pada subscriber sebelum ni pun ramai yang tanya saya kat mana mereka nak cari [...]

     
 
Bulk Email Sender