RSS
 

Archive for July, 2009

Gambar bayi Puan Norazlina

28 Jul

Salam ceria,

Baru-baru ni saya ada menerima beberapa testimoni dan gambar bayi yang di kirimkan oleh pembaca blog dan pelanggan saya.

Hari ni saya nak keluarkan gambar bayi ni dulu untuk tatapan anda semua. Cuba tengok gambar bayi ni dan perhatikan perubahan-perubahan mereka. Setiap bulan kata orang pasti wajah mereka berubah-ubah sedikit.

 

Gambar ni masa keluar dari bilik bersalin

 

Yang ni pulak masa dah 2 hari bersalin

 

Yang ini usia dah masuk 2 bulan ( pakai boxer tu )

 

Gambar yang ni dah jadi Tuan Puteri ….siap ada riben kat kepala :)

Seronok jika kita kumpul gambar mereka sebab dapat tengok perubahan demi perubahan dan perkembangan bayi. Saya dulu macam ni jugak, penuh album dengan gambar mereka aje.

Apa kata kalau anda rakamkan gambar bayi anda macam ni dan lihat wajah mereka yang berlainan tiap tahun.Buat satu album khas dan tulis usia mereka. Bila dah besar nanti mereka sendiri seronok tengok gambar waktu kecik-kecik.

Terima kasih pada Puan Norazlina kerana sudi menghantar gambar bayi beliau kepada saya. Semuga Nur Aisyah Syahira yang comel lote ni menjadi anak yang baik dan menyayangi ibu-bapa bila besar nanti.

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 

Risiko mengandung di usia 35 ke atas

26 Jul

Dah hampir seminggu saya tak post apa-apa di blog ni. Malam ni saya terbagun awal jadi saya cuba postkan sesuatu pada anda semua.

Saya teringat beberapa tahun dulu beberapa orang rakan sepejabat saya yang mengandung pada usia lebih dari 35 atau dah lebih 40 pun. Ramai yang tersenyum melihat masing-masing bawa perut :) Apa sudah jadi kata staff lelaki yang nakal..he he he.

Hai, kata saya ..biarlah ..dapat cuti panjang..sapa nak bagi sampai 2 bulan lepak kat rumah. Perempuan bersalin aje yang dapat peluang tu :) Ramai juga berbisik sesama sendiri sebab memikirkan masalah yang di takuti bila mengandung di usia yang lewat.

Saya sendiri pun masa anak ke empat mengandung pada usia 38 tahun.Alhamdulillah, saya tak alami sebarang masalah. Suami yang risau sebab takut jadi apa-apa.

 

Kata doktor saya sihat lagi pun masa kehamilan sebelum ni saya tak ada sebarang komplikasi.Saya memahaminya kerana sebenarnya mengandung di usia sebegini memang ada risiko.Antaranya :

  • Terdedah pada masalah pendarahan atau praeklampsia
  • Bayi yang di kandung mungkin menghadapi risiko sumbing langit dan mulut
  • Risiko down syndrome
  • Masalah jantung
  • Bayi mati dalam kandungan
  • Keguguran
  • Tekanan darah tinggi pada ibu yang mengancam nyawa kedua-duanya sekali jika tidak di kawal
  • Berat bayi kurang
  • Uri di bawah
  • Kelahiran kembar

Pada usia yang semakin meningkat , tubuh kita semakin menua menyebabkan daya tahan kita semakin menurun. Masalah alahan, mual atau pendarahan yang teruk boleh menyebakan  kita mengalami tekanan.

Bagaimana mengatasi masalah ini jika di takdirkan anda mengandung lewat ? Jom kita tengok tips ni.

  • Jaga pemakanan.Ambil makanan yang seimbang setiap hari supaya bayi dan anda mendapat khasiat yang secukupnya.
  • Mengambil folate di awal kehamilan untuk mengelakkan dan mengurangkan risiko kecacatan.
  • Jangan ambil minuman bergas , merokok dan dadah ( tak mengandung pun memang tak elok ambil betul tak ? )
  • Jangan ambil sebarang ubat, herba atau suplimen tanpa merujuk kepada doktor anda.

Jadi jangan panik jika bila anda di sahkan positif ye :) Lagi pun informasi di atas adalah berdasarkan teori dan kajian.  Allah maha mengetahui.

Apa pandangan anda ?

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
3 Comments

Posted in Artikel

 

8 Tips merawat ruam lampin dan pencegahan

21 Jul

Salam sejahtera,

Pada post terdahulu saya ada menerangkan tentang masalah ruam lampin yang sering berlaku. Hari ini saya kan postkan pula bagaimana untuk merawat masalah ruam lampin ni dan cara mencegahnya.

Saya harap tips-tips ni dapat membantu ibu-ibu terutama sekali yang bakal menimang cahaya mata serba sedikit pengetahuan tentang cara merawat bayi mereka nanti.

  • Basuh punggung dan kawasan sekitar lampin setiap kali anda menukar lampin pada bayi atau anak anda. Jangan tukar lampin tanpa membersihkannya kerana sisa air kencing boleh menyebabkan kulit bayi bertindak balas dengan ammonia yang terkandung dalam air kencing .

 

  • Lap dengan kering atau anginkan terlebih dahulu. Senang cerita, biar je baby tu bogel sekejap untuk pengudaraan. Jangan terus pakai lampin dengan keadaan lembap untuk mengelakkan masalah lain seperti kulat.

 

  • Sapu krim atau losyen seperti zink oksid dengan nipis ke seluruh kulit yang terkena ruam.Selain krim , anda juga boleh guna tepung kanji dan di sapu rata ( ini petua orang lama-lama, saya selalu buat masa anak masih kecil )

 

  • Jangan campurkan baju, seluar, napkin atau apa saja pakaian bayi dengan orang dewasa.

 

  • Jangan campur dengan sabun yang kuat kuasa pencucinya kerana kulit bayi sensitif dan di takuti berlaku alahan yang lebih teruk. Guna sabun pencuci khas untuk lampin atau pakaian bayi.

 

  • Jangan guna pelembut kain atau softener walaupun kita bau wangi dan kain menjadi lembut.

 

  • Jika menggunakan lampin pakai buang, ‘ cuti ‘ seketika dan bertukar pada lampin kain.

 

  • Tukar lampin sekerap yang boleh untuk kebersihan dan kesihatan bayi.

Begitulah lebih kurang cara merawat ruam. Ruam yang terjadi juga anda patut perhatikan kerana ia boleh bertukar menjadi kulat dan lebih susah untuk di ubati jika di biarkan melarat.

Jika ada masa nanti saya akan postkan beberapa jenis ruam yang biasa terjadi pada bayi dan kanak-kanak.

Cukup dulu untuk hari ni sebab saya perlu sediakan breakfast untuk anak saya ke sekolah sekarang :)

Kak Rahimah

 

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 

Bolehkan epidural mengurangkan sakit bersalin?

18 Jul

Saya teringat sewaktu bersalin anak ke empat saya dulu di Gleneagles Intan di Ampang pada tahun 2005 . Doktor Nik Hussin yang memang doktor yang menyambut kesemua bayi saya ada bertanya samada saya memerlukan suntikan epIdural.

Ketika mengandung anak ke tiga, bayi saya di lahirkan secara induce yang mana ubat di masukkan  untuk mempercepatkan gesaan kerana walupun sudah ada 3 cm pintu rahim terbuka, saya masih belum rasa sakit atau contraction.

Begitu juga sewaktu kelahiran anak yang ke empat juga di lahirkan dengan kaedah induce juga tetapi kali ini dengan air atau drip di lengan. Kata orang induce ni sakitnya lebih kuat berbanding sakit bersalin biasa.

Entah la sebab bila dah rasa sakit, saya dah tak tau nak bezakan . Rasanya sama aje. Cuma doktor ada bertanya samada saya perluakn epidural tapi saya katakan tidak perlu. Wah berlagak saya masa tu walaupun tengah sakit-sakit..he he..

Waktu belum sakit, saya asyik tanya diri sendiri kenapa la tak sakit-sakit lagi ni..bila dah sakit mula pulak kata alamak bila nak lak cepat keluar baby ni :)

Mengikut kata Doktor Nik, epidural boleh kurangkan sakit bersalin.

 

Caranya suntikan akan di lakukan di tulang belakang dan ibu yang bakal bersalin akan berasa kebas tetapi masih sedar.

Melalui kaedah ini ibu akan terasa lebih tenang dan dapat mengawal pernafasan mereka yang ketika itu sedang bergelut dengan kesakitan yang boleh menaikkan tekanan darah.

Menurut doktor lagi , kesan sampingan adalah minimum seperti rasa sakit di bahagian belakang tetapi itu untuk sementara sahaja. Begitu juga rasa pening dan mual yang biasanya di alami oleh ibu.

Jika kaedah ini di lakukan dengan betul, tiada apa yang perlu di takuti. Bagaimana pun terserah kepada anda . Jika anda tanya saya, saya mahukan sakit bersalin yang normal. Biasalah sakit bersalinkan?

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
6 Comments

Posted in Artikel

 

Lampin pakai buang punca ruam

15 Jul

Dah beberapa hari saya rasa nak demam kerana sakit gigi. Pagi tadi saya berjumpa doktor gigi dan di nasihatkan supaya melakukan rawatan root canelling atau cabut aje gigi saya tu. Mahal root canelling tu rawatannya. Anggaran dalam RM 300 ke atas.

Nampaknya kalau nak save belanja pergi ke klinik kerajaan aje lah :) Tapi saya dah buat appoinment sekali lagi minggu depan.

Hari ni saya bukan nak cakap pasal rawatan sakit gigi tapi mengenai email dan respon yang saya terima mengenai masalah ruam lampin pada minggu lepas.

Rupanya ramai pembaca blog ni yang sedang mengalami masalah ruam lampin yang agak teruk juga. Saya percaya tentu ramai ibu yang bayi berkulit sensitif rasa risau bila melihta  keadaan punggung dan kawasan sekitar setiap kali masa untuk membersihkan atau menukar lampin.

Ruam lampin mungkin nampak remeh tapi jika anda pernah melihat betapa teruknya kulit yang jadi merah, melecet dan kadang-kadang sehingga putih ( bercampur dengan ubat atau krim pencega ) tentu anda rasa risau.

Beberapa keping gambar saya postkan di sini betapa teruknya masalah ini jika di biarkan.

 

Dari pengamatan dan pengalaman saya sendiri, kebanyakakan masalah ini berpunca dari lampin pakai buang. Tak saya nafikan pakai lampin kain pun bayi atau kanak-kanak kadang-kadang terkena ruam juga tapi itu sebenarnya kerana lampin lambat di tukar.

Saya rasa elok saya tuliskan sikit di sini punca -punca kepada ruam lampin supaya anda lebih jelas :

1. Alahan pada bahan kimia yang terdapat di dalam lampin pakai buang.

Pulpa dan bahan sintetik merupakan bahan utama untuk pembuatan lampin pakai buang. Bahan kimia iaitu dioxin terhasil semasa proses melembut dan menggebukan pulpa supaya menjadi kepingan kertas yang putih dan gebu.

2.Lampin kain yang di pakai terlalu lama atau tidak di tukar.

3.Alahan pada bahan pencuci samada sabun atau pelembut kain.

Pada post seterusnya saya akan sambung lagi info mengenai masalah ruam lampin ini dan tips merawat dan mencegah.

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website