Salam sejahtera,
Pada post terdahulu saya ada menerangkan tentang masalah ruam lampin yang sering berlaku. Hari ini saya kan postkan pula bagaimana untuk merawat masalah ruam lampin ni dan cara mencegahnya.
Saya harap tips-tips ni dapat membantu ibu-ibu terutama sekali yang bakal menimang cahaya mata serba sedikit pengetahuan tentang cara merawat bayi mereka nanti.

- Basuh punggung dan kawasan sekitar lampin setiap kali anda menukar lampin pada bayi atau anak anda. Jangan tukar lampin tanpa membersihkannya kerana sisa air kencing boleh menyebabkan kulit bayi bertindak balas dengan ammonia yang terkandung dalam air kencing .
- Lap dengan kering atau anginkan terlebih dahulu. Senang cerita, biar je baby tu bogel sekejap untuk pengudaraan. Jangan terus pakai lampin dengan keadaan lembap untuk mengelakkan masalah lain seperti kulat.
- Sapu krim atau losyen seperti zink oksid dengan nipis ke seluruh kulit yang terkena ruam.Selain krim , anda juga boleh guna tepung kanji dan di sapu rata ( ini petua orang lama-lama, saya selalu buat masa anak masih kecil )
- Jangan campurkan baju, seluar, napkin atau apa saja pakaian bayi dengan orang dewasa.
- Jangan campur dengan sabun yang kuat kuasa pencucinya kerana kulit bayi sensitif dan di takuti berlaku alahan yang lebih teruk. Guna sabun pencuci khas untuk lampin atau pakaian bayi.
- Jangan guna pelembut kain atau softener walaupun kita bau wangi dan kain menjadi lembut.
- Jika menggunakan lampin pakai buang, ‘ cuti ‘ seketika dan bertukar pada lampin kain.
- Tukar lampin sekerap yang boleh untuk kebersihan dan kesihatan bayi.
Begitulah lebih kurang cara merawat ruam. Ruam yang terjadi juga anda patut perhatikan kerana ia boleh bertukar menjadi kulat dan lebih susah untuk di ubati jika di biarkan melarat.
Jika ada masa nanti saya akan postkan beberapa jenis ruam yang biasa terjadi pada bayi dan kanak-kanak.
Cukup dulu untuk hari ni sebab saya perlu sediakan breakfast untuk anak saya ke sekolah sekarang
Kak Rahimah

Kuala Lumpur Time

liely
November 2, 2011 at 1:03 am
Salam kak…saya seorng ibu yg msih muda..dan bayi saye tnggalkan pd babysitter sbb saye bkerja..slps mbaca petua ruam lampin tsebut, saye ingin mncuba..tp saye krang jelas samaada tepung kanji tu disapu terus atau kena dbancuh dgn air ye?trima kaseh
alya
February 22, 2012 at 1:33 pm
anak saya mengalami masalah ruam lampin.dah byk ubat saya cuba tapi tak juga pulih… makin bertambah.saya dah guna berbagai jenama lampin pakai buang tetap sama. semakin hari saya semakin risau. adakah saya perlu berjumpa doktor pakar dalam hal demikian??
Maslinda
March 5, 2012 at 8:30 am
anak saya mengalami ruam lampin yang agak teruk banyak cream saya cuba ..ssya telefon bagitahu kat sepupu ..sepupu saya cakap letak tepung ubi x yah bancuh..letak dalam 2 hari dah ada perubahan..dalam masa 3 hari alhamdulillah ruam langsung x de…..kalu sesuia gunalah tepung ubi .kos pun x mahal rm 1.80 je…