Bolehkan epidural mengurangkan sakit bersalin?
Saya teringat sewaktu bersalin anak ke empat saya dulu di Gleneagles Intan di Ampang pada tahun 2005 . Doktor Nik Hussin yang memang doktor yang menyambut kesemua bayi saya ada bertanya samada saya memerlukan suntikan epIdural.
Ketika mengandung anak ke tiga, bayi saya di lahirkan secara induce yang mana ubat di masukkan untuk mempercepatkan gesaan kerana walupun sudah ada 3 cm pintu rahim terbuka, saya masih belum rasa sakit atau contraction.
Begitu juga sewaktu kelahiran anak yang ke empat juga di lahirkan dengan kaedah induce juga tetapi kali ini dengan air atau drip di lengan. Kata orang induce ni sakitnya lebih kuat berbanding sakit bersalin biasa.
Entah la sebab bila dah rasa sakit, saya dah tak tau nak bezakan . Rasanya sama aje. Cuma doktor ada bertanya samada saya perluakn epidural tapi saya katakan tidak perlu. Wah berlagak saya masa tu walaupun tengah sakit-sakit..he he..
Waktu belum sakit, saya asyik tanya diri sendiri kenapa la tak sakit-sakit lagi ni..bila dah sakit mula pulak kata alamak bila nak lak cepat keluar baby ni
Mengikut kata Doktor Nik, epidural boleh kurangkan sakit bersalin.
Caranya suntikan akan di lakukan di tulang belakang dan ibu yang bakal bersalin akan berasa kebas tetapi masih sedar.
Melalui kaedah ini ibu akan terasa lebih tenang dan dapat mengawal pernafasan mereka yang ketika itu sedang bergelut dengan kesakitan yang boleh menaikkan tekanan darah.
Menurut doktor lagi , kesan sampingan adalah minimum seperti rasa sakit di bahagian belakang tetapi itu untuk sementara sahaja. Begitu juga rasa pening dan mual yang biasanya di alami oleh ibu.
Jika kaedah ini di lakukan dengan betul, tiada apa yang perlu di takuti. Bagaimana pun terserah kepada anda . Jika anda tanya saya, saya mahukan sakit bersalin yang normal. Biasalah sakit bersalinkan?
Kak Rahimah
6 Comments
Other Links to this Post
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI





By Wan, August 10, 2009 @ 8:16 am
Assalamualaikum kak Rahimah…saya tak pernah ambil epidural ni walaupun member saya(seorang doktor) suggest. Bukan apa, saya bersalin kat spital kerajaan, takut nak mintak macam2, paham2 je lah.
tp saya pernah bersalin, sorang induce sebab dah cukup hr dan saya ada kencing manis.sorang lagi normal. pd saya, saya lebih “ngeri” bsalin normal sebab sakitnya amat terasa. induce pun sakit jugak tp cuma rasa sakit memulas sesangat di perut dan keliling pinggang.
By misi lela, August 11, 2009 @ 2:43 pm
petama kali sy dengar org ckp induce x bgitu sakit setahu saya induce lebih sakit jka nak dibandingkan dng normal labor,nk epidural klau xnak mtk dkt dktor krjan besalin la dkt klnk swasta……..
By happyrudy, August 31, 2009 @ 4:25 am
sy ade ambk epidural tuk bersalin anak yg pertama. Masa tu pintu rahim sy dah buka 4cm dan sy mengalami contraction yg kuat. oleh kerana takde pengalaman bersalin so sy minta epidural. Alhamdulillah, rezeki sy dpt doc yg baik & semuanya berjalan ngan lancar. takde sebarang sakit & alahan semasa pengambilan epidural. Kini bayi sy sudah berumur 9 bulan dan sy & bayi juga dikurniakan kesihatan yg baik oleh ALLAH SWT.
By Nuri, September 30, 2009 @ 5:56 am
Salam Kak Rahimah,
Saya sedang mengandung anak pertama .Sekarang duk minggu ke 36 tetapi berat anak saya dalam lingkungan 3.5kg. Saya takut nak tunggu 4 minggu lagi kerana ketakutan bayi saya akan naik berat sehingga 4kg. Bolehkah saya induce sekarang. Saya amat risau .
By rahimah, October 5, 2009 @ 1:59 pm
Nuri,
Berat yang doktor bg tau tu, anggaran je..kadang-kadang dah bersalin kecik aje babynye
Biar doktor tentukan kita perlu di induce atau tak sebabab mereka lebih maklum dengan keadaan kesihatan kita.
By Hayati Selamat, November 10, 2009 @ 2:21 pm
Saya br nak msk 2 bulan hamil.Anak ke5 tolak 1 gugur.Tapi rasa seram nak bersalin tu la yg asik dipikir smpai tak keruan.Maklum la umur pun dah meningkat.Pengalaman bersalin sblm2 nipun sume sakit.Ndak2 yg sblm ni.Tak terpikir lak nak amik ubat epidural ni.Klu ia membantu sy nak cuba lah.. Tapi takut nak mintak dgn doktor. Tau2 je la.. kerajaan.. Klau spital bayar.. mahal tak kosnya? He..he..