Demam cacar air sewaktu mengandung….chicken pox

Salam sejahtera,

Saya teringat sewaktu di pejabat lama dulu saya pernah terkena penyakit cacar iaitu measles. Saya mendapat cuti selama hampir satu minggu ketika itu.

Sebaik sembuh selepas saja saya kembali ke pejabat seorang demi seorang rakan sepejabat saya terkena jangkitan pula ( dari saya lah agaknya tu ).

Waktu tu semua orang salahkan saya ..hi hi hi…nak buat macammana, bukan saya yang nak :) Begitulah akibat kalau terkena penyakit cacar ni. Nasib baik saya tak kena cacar air sebab kalau cacar air, kulit kita nampak melepuh dan macam-macam pantang orang tua kena ikut.

Bagi wanita mengandung, cacar air atau kita panggil chicken pox sangat merbahaya. Jika ada rakan sepejabat yang baru terkena penyakit ni dan baru balik bekerja, anda jauhkanlah diri dari mereka.

Bagi tau la yang ini precaution :). Nanti kawan kita pulak ingat kita sombong .Tapi rata-rata mereka faham.

Kenapa saya kata bahaya? Kalau kandungan kita masa tu di bawah 20 minggu atau lebih kurang 5 bulan , bukan saja ia mengancam nyawa si ibu malah risiko bayi yang lahir untuk mengalami kecacatan adalah tinggi.

Ia boleh di kesan melalui ujian ultrasound di jalankan doktor di mana terjadinya pembengkakan tisu bayi, hati yang tidak normal serta cecair amnion yang berlebihan dalam kandungan.

 

Jika anda terkena penyakit cacar air atau chicken pox sewaktu mengandung, sila minta nasihat doktor .

Bagaimana mengesan anda terkena chicken pox ?

1.Demam panas selam 2-3 hari di ikuti selsema, batuk dengan hidung berair

2.Selalunya sebaik demam beransur hilang, lepuhan kecil mula terjadi.

3.Lepohan kecil terjadi mula merebak ke seluruh badan di ikuti gatal-gatal

4. Jangkamasa sembuh adalah dalam masa 2-3 minggu

Jika anda dapati sewaktu mengandung ada tanda-tanda ini , jangan bertangguh untuk mendapatkan nasihat doktor.

Malah untuk makan ubat sewaktu mengandung juga tidak boleh sembarangan walaupun sebiji panadol. Berhati-hati dengan pengambilan ubat kerana jika tersilap ia boleh menjejaskan kesihatan dan bayi anda kandung.

Insyaallah pada post yang akan datang saya akan tulis pula masalah cacar air kepada kanak-kanak ( masa tak cukup sebab saya perlu sediakan sarapan pagi sekarang ).

Kita jumpa lagi.

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

1 Comment on Demam cacar air sewaktu mengandung….chicken pox

  1. norlela
    August 29, 2013 at 10:48 am (12 months ago)

    Sy mengandung 7mggu n kena chicken pox……sy teramat risau kandungan saya……doktor bekalkan vitamin c.adax supplements utk mengelak kecacatan bayi?…..bantulah sy jika mengetahuinya….kita berusaha.Allah menentukan segalanya….

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge
;) :| :x :twisted: :roll: :oops: :o :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :P :D :?: :? :) :( :!: 8O 8)

Bulk Email Sender