Lambat lagi due tapi bersalin awal…salah kira ke ?

Salam sejahtera,

Hari ni hari Sabtu dan saya tak ke mana-mana hari ni. Saya ada baca majalah tentang pengiraan tarikh jangkaan bersalin dan saya rasa ada sesuatu yang boleh saya share di sini.

Sebelum ini saya ada beberapa orang pelanggan yang melanggan dari saya sewaktu mereka dah dalam wad bersalin :) Kata mereka lambat lagi nak bersalin, tau-tau mereka mintak saya hantar sebab sekarang dah ada dalam wad. Silap kira ke ?

Tak ape sebab tak ramai tapi pening juga bila pelanggan call saya waktu dah masuk wad . Tak sampai hati nak tolak sebab mereka dah tak boleh nak kemana-mana .

Saya sendiri pun dulu masa anak pertama pun macam tu juga. Saya bersalin awal sebulan :) Bulan pertama doktor kata negative, masuk bulan ke dua baru nampak walaupun kalau ikut kiraan saya dah 2 bulan tak period.

Tup-tup bersalin awal!. Jadi jom kita kira macammana doktor buat pengiraan ye. Sebelum tu biar saya terangkan 2 istilah yang selalu di gunapakai sewaktu pengiraan.

Last Menstrual period ( Haid terakhir )
Ini merujuk kepada tarikh pertama period anda yang terakhir. Maksudnya katakan bulan January anda mula period pada 2 hb dan hari terakhir period anda bulan January ialah pada 9 hb.

Maka last menstrual period anda ialah 2 January. Jika doktor tanya soalan ini sila bagi tarikh yang tepat sebab di sinilah doktor akan mula membuat pengiraan.

Expected Date of Delivery ( Tarikh jangkaan bersalin )

Tarikh jangkaan akan di kira bermula dari hari pertama period terakhir anda tadi sehinggalah genap untuk 40 minggu. Doktor tak kira untuk 9 bulan ye. Kalau di kira 40 minggu bersamaan dengan 280 hari.

Bagaimanapun jangkaan bersalin ini sebenarnya hanya jangkaan sahaja sebab setiap wanita mempunyai kitaran haid yang tak sama. Ada cycle period 21 hari, ada yang 28 hari.

Jadi tarikh yang doktor bagi pada anda adalah jangkaan sahaja. Masa dah dekat-dekat tu, pesan pada suami anda supaya tidak pergi outstation . Jika terpaksa juga  dapatkan seseorang untuk menemani anda sewaktu di rumah.

Agak-agak tarikh yang anda beri pada doktor dulu yang mana satu :)

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

2 Comments on Lambat lagi due tapi bersalin awal…salah kira ke ?

  1. dyanne
    February 11, 2012 at 6:28 am (2 years ago)

    sya tunggu msa jenk bersalin ne hehehe…. tpi sya xsbar ermm.. sa last haid bln 5 ermm bila ke sya akn bersalin….dkt0r kata 14 bln dua ne

    Reply
  2. balqis
    September 5, 2012 at 1:15 pm (2 years ago)

    salam…skrg ni sy btl2 cnfius….ari 2 p scan doc kta due sy 2hb 10 ni tp sy p scan skali lg kt klinik swasta doc kta due sy 22hb 10 plak…last priod 7hb /12/11..cmne 2..?

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge
;) :| :x :twisted: :roll: :oops: :o :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :P :D :?: :? :) :( :!: 8O 8)

Bulk Email Sender