RSS
 

Archive for August, 2009

Makan ikan kering sewaktu berpantang

30 Aug

Salam ceria,

Nampaknya di bulan Ramadhan ni, saya selalu ter miss untuk update blog saya. Maklumla bila perut dah kenyang, saya jadi ular sawa.

Mata pun macam tau-tau je nak cari bantal. Banyak jadual saya lari dari tarikh sebenar. Sabar-sabar. Jadi pagi ni, sempatlah saya curi-curi masa sikit nak update. He he..semalam saya suruh anak saya tolong masukkan kesemua order untuk di pos hari selasa nanti.

Jadi manager la sekejap. Nasib baiklah mereka ni dah biasa dengan kerja-kerja ni. Cuma saya kena bayar gaji kat diorang tiap bulan.

Minggu ni asyik hujan . Saya biasanya masak lauk untuk berbuka di sebelah pagi. Jadi di sebelah petang tak perlu terkejar-kejar nak beli juadah berbuka.

Cuma kalau beli sekalipun untuk tambah-tambah aje. Beli pun rasa mahal orang jual sebab ada sekali tu saya beli sambal udang RM 3.00. Udangnya 5 ekor aje ;) .

Biasanya macam tulah kalau bulan ramadhan ni.Jadi kalau nak jimat, masak sendiri. Selain sedap ( puji diri sendiri ) , bersih …ia sangat menjimatkan.

Cuba tengok gambar ikan kat bawah ni. Alangkah enaknya bila di perah dengan air limau nipis dan di makan panas-panas. :)

 

Mana yang sedang berpantang tu..tengok aje lah ye lauk tu. Kalau tak nak terliur tutup mata dan hidung. Atau saya cadangkan pakai mask yang orang pakai sebab kes H1N1 ni :)

 

Jangan asyik makan ikan kering aje pulak sebab ikan kering ni memang sedap tapi tak berkhasiat. Jangan terlalu rigid waktu berpantang. Orang dulu-dulu tak ada ubat hospital sebab itu mereka kuat pantang larangnya. 

Ye la masa tu tak ada ubat canggih-canggih. Tapi itu tak bermakna, makanan yang mereka ambil tak berkhasiat pulak. Contohnya ikan haruan yang di goreng tanpa minyak. Selain elakkan lemak, ikan tu bagus untuk percepatkan sembuh luka bersalin.

Minggu lepas waktu pulang ke kampung, saya ada jenguk pasar tani kat Pekan Rembau. Ada jual Ikan haruan dan harganya sekilo RM 15 !

Ikan haruan ni boleh di goreng tanpa minyak dan di tabur dengan lada hitam untuk rasa yang lebih enak. Makan masa nasi tengah panas.Atau boleh juga di buat sup .

Hari ni rasanya saya nak beli lah. Nak rasa ikan bakar sebab hari tu saya tengok aje ikan tu walau tengah berasap-asap. Tak boleh tahan dah ni, petang ni kena beli jugak. Yang lain-lain saya masak sendiri.

Okay, itu saja hari ini sebab saya nak berehat sekejap.

Selamat berpuasa dan selamat berbuka …. maghrib nanti ye :)

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
No Comments

Posted in Artikel

 

Mengandung dan berpuasa di bulan Ramadhan

23 Aug

Assalamualaikum dan salam ceria,

Hai ni  dah masuk hari ke 3 kita berpuasa bermula pada hari sabtu lepas. Saya pulang ke kampung saya di Negeri Sembilan untuk menyambut Ramadhan dengan emak dan adik beradik yang lain.

Meriah lah waktu bersahur dan berbuka. Maklum lah ramai yang balik. Lauk pun macam-macam ada.Nasib baiklah saya tidak mengandung ketika ini :) . Saya kalau dulu waktu begini susah juga sebab kalau berpuasa badan jadi berpeluh-peluh sampai menitik sambil menggigil.

Makan dah memang kuat. Jadi ketika di pejabat dulu, saya di paksa makan supaya tak menyusahkan orang lain :) .

Anda pula bagaimana? Jangan paksa diri. Ada yang tertanya-tanya boleh ke berpuasa kalau kita sedang mengandung?

Jawapannya boleh asalkan anda larat dan berkemampuan. Kalau anda tak mampu nak teruskan berpuasa, jangan paksa diri anda. Selalunya masalah yang sering berlaku ialah rasa sakit atau pedih ulu hati.

Kalau waktu berpuasa memang kadang-kadang kita rasa macam tu , waktu mengandung lebih la lagi.

Satu tips dari saya, jika nak berpuasa juga :

1. Ambil khurma setiap hari sewaktu berbuka dan bersahur. Khurma amat bagus untuk memberikan tenaga kepada kita .

2. Minum susu setiap hari dan kurangkan minuman seperti teh o untuk elakkan perut rasa berangin.

3. Elakkan mengambil benda yang masam supaya perut kurang berasid yang boleh menyebabkan tekak rasa nak muntah.

Senang saja tipsnya. Itu saja post saya hari ini. Selamat berpuasa !

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 

Panduan mengatasi masalah anak kencing malam

18 Aug

Assalamualaikum dan salam ceria,

Hampir seminggu saya tak update apa-apa di blog ni sebab batuk dan serak-serak suara. H1N1 tengah merebak , jerebu membuatkan saya dan ada anak saya yang kurang sihat.

Saya juga ada menyuruh anak saya menggunakan topeng pelindung hidung dan mulut kerana risau dengan keadaan persekitaran yang kurang sihat. Jika ada anda yang menalipon saya dan suara saya serak-serak macam ella tu harap maaf la ye.

2-3 hari lepas saya ada bertemu dengan kawan saya yang dah hampir 4 tahun tak jumpa. Macam macam la yang kami ceritakan. Maklum la kawan lama masa kat ITM dulu. Terkenang saya saat-saat manis masa belajar di sana dulu.

Klik saya memang terkenal di kolej yang saya tinggal sebab perangai tak serupa orang :) Bab panjat bumbung kolej waktu malam , menyanyi atas bumbung, teropong kolej Perindu ( I miss ITM so much ! ) , kena tahan dengan guard, menyusup kat pagar sebab tak boleh masuk kolej dan macam-macam lagi.

KIni masing-masing dah ada anak. Kawan saya tu sambung belajar lagi. Saya lak malas :) Tak apa lah asalkan kami bahagia dengan kehidupan masing-masing.

Tapi ini bukanlah cerita utama saya hari ini. Itu bab selingan aje. Mengikut kawan saya tu anaknya dah besar, dah nak masuk 5 tahun rasanya dan masih lagi kencing malam.

 

Masalah kencing malam merupakan perkara biasa. Seeloknya anak kita di ajar membuang air kecil seawal yang boleh supaya mereka tahu mengurus diri. Biar saya berkongsi tips sikit dengan anda :

1. Setiap malam disiplin kan anak anda untuk pergi ke bilik air dahulu sebelum tidur.

2. Jika di waktu siang, galakkan anak anda untuk pergi ke bilik air setiap 2 jam sekali.

3.Setiap malam, kejutkan anak anda untuk buang air kecil supaya lambat laun mereka akan dengan sendiri terbangun dengan gesaan.

4.Setiap kali anak anda berjaya tidak kencing malam, pujilah sikit supaya mereka rasa bangga :)

5. Terangkan anak anda kenapa mereka harus jangan kencing malam seperti tentang kebersihan, kuman yang senang membiak, tilam yang berbau dan sebagainya.

6. Alas atau lapik tilam dengan plastik atau pad yang lebar dan selalu di gunakan di hospital.

Bila kita membiasakan anak kita dengan lebih awal, lagi cepatlah masalah ni selesai. Itu sahaja kali ini.

Jumpa lagi.

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
6 Comments

Posted in Artikel

 

Bahaya Virus selesema babi ( H1N1 ) pada ibu mengandung.

09 Aug

Salam ceria,

Minggu lepas pejabat saya bertugas gempar dengan beberapa staff yang di sahkan H1N1 positif! Wah satu floor tu kena balik rumah tak payah kerja ( he he saat yang saya tunggu untuk cuti free ).

Hari berikutnya pula floor lain pula yang di jangkiti. Saya rasa patut office saya ni di tutup saja buat sementara sebab silap-silap satu bangunan ni pula yang di jangkiti virus selesema babi ni.

Melihat kepada betapa senangnya penyakit ni merebak dan bagaimana nyawa melayang dengan begitu cepat( dalam masa beberapa hari ) saya rasa semua orang patut berjaga-jaga.

Baru-baru ni pun ada ibu yang baru bersalin meninggal di sebabkan virus bahaya ni.

Virus ini simptomnya macam kena demam biasa saja. Demam biasa selalunya macam sakit tekak, batuk, selsema, sakit kepala, bersin..tak adalah nak orang kata bergegas ke klinik.

Oleh kerana simptomnya seperti itulah menyebabkan kita tak pasti samada kita demam biasa atau telah di jangkiti virus selesema babi tersebut. Pada orang yang lemah daya tahan seperti yang ada sebarang penyakit , orang tua, kanak-kanak, ibu mengandung ancaman adalah lebih besar.

Mereka yang dalam kategori ini dalam tahap bahaya sebab daya tahan yang kurang dan mudah di jangkiti jika tidak berhati-hati.

 Jika anda mengandung ( yang tak mengandung pun kena juga ), beberapa langkah berikut patut di lakukan:

1. Pakai penutup muka setiap kali keluar ke kawasan yang ramai orang

2. Jaga kebersihan diri seperti mencuci tangan

3. Elakkan bercampur dengan mereka yang telah di jangkiti

4.Cepat berjumpa doktor jikan anda menghadapi salah satu simptom seperti batuk, sakit tekak kerana ia mungkin petanda anda telah di jangkiti.

5.Tutup mulut dan hidung dengan tisu setiap kali anda bersin untuk mengelakkan kuman merebak

6. Mengurangkan aktiviti yang melibatkan percampuran orang ramai.

Saya harap semua ibu yang sedang mengandung akan lebih berhati-hati dengan bahaya ancaman virus ini.

Jumpa lagi.

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
3 Comments

Posted in Artikel

 

Masalah kencing kotor dan implikasinya pada bayi

04 Aug

Salam ceria,

Dah beberapa hari tak update blog ni jadi pagi ni saya curi beberapa saat untuk kemaskini. 2 hari lepas kawan saya ada mengadu tentang rasa berdenyut di kawasan ari-air dan saya bertanya kenapa.

Saya sangkakan rakan saya dah mengandung sebab memang beliau plan nak dapatkan seorang lagi baby baru tahun  ni. Bila rakan saya pergi check, rupanya beliau mengalami masalah kencing kotor.

Rupanya kencing kotor juga boleh berlaku walaupun bukan dalam keadaan mengandung. Bagaimana kencing kotor terjadi . Biar saya terangkan sedikit maklumla kalau doktor kata anda sedang mengalaminya tak la anda terpinga-pinga.

Kencing kotor terjadi pada wanita mengandung kerana tekanan yang berlaku pada struktur pundi kencing akibat dari rahim yang membesar.Akibatnya kencing tidak dapat keluar dengan sempurna menyebabkan ia bertakung dan kuman pula senang membiak.

 

Sesetengah wanita tidak merasa apa-apa jika masalah ini berlaku tetapi sesetengah pula mungkin menghadapu tanda-tanda seperti :

  • Rasa berdenyut atau sakit di kawasan ari-air
  • Kerap membuang air kecil
  • Kencing yang berwarna keruh atau berdarah
  • Rasa sakit setiap kali buang air kecil
  • Tidak boleh menahan diri dari membuang air kecil.

Jadi adakah ia mmeberi kesan pada bayi? Jika kuman telah membiak  dan merebak naik dari pundi kencing ke ginjal atau buah pinggang, jangkitan ini boleh menjadilebih serius. Ia boleh menyebabkan berlakunya komplikasi pada bayi.

Bayi anda mungkin mengalami masalah berat bdan yang kurang atau bayi ringan dan juga bayi yang pramatang ketika di lahirkan.

Rawatannya? Menurut rakan saya doktor memberikan beliau antibiotik dan sekarang belaiu nampaknya dah ceria kembali.

Jadi jika perkara yang sama berlaku kepada anda, rujuklah cepat dengan doktor sebelum ia bertambah serius.

Kita jumpa lagi.

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
27 Comments

Posted in Artikel

 
 
Bulk Email Sender