RSS
 

Ketawa pengubat stress….jom tengok cerita ni

01 Aug

Salam ceria,

Malam ni malam minggu dan saya pun memang tak ke mana-mana. Tadi saya masuk YouTube sekejap dan menonton sedutan cerita lucu P.Ramlee.

Saya memang suka menonton cerita lucu P. Ramlee sebab kalau tengah stress boleh jadi ketawa balik. Orang yang selalu masam boleh nampak cepat tua. Jadi malam ni saya tak nak tulis apa-apa tips sebab saya cuma nak berhibur saja.

Tadi saya sempat rakamkan sedutan cerita ni sebab dalam cerita ni ada scene Pak Maon yang sangat kelakar. He he saya suka dia twist sebab saya memang sebenarnya kaki twist    .wa..wa..wa..Terima kasih pada tuan punya video yg saya ambil ni ye. Dapat kita share sekali keseronokannya.

Jom relax-relax dan berhibur sekejap . Hilangkan stress anda dan menari sekejap. Sambil menaip di blog ni pun saya goyang bahu dan kepala juga ..ewah  :)

Sebenarnya saya bengang dengan software baru yang saya sedang gunakan sebab banyak bercelaru dan web page saya banyak berubah …eeeeeeeee

Bila saya tengok kejap cerita ni rasa senang hati pulak. Insyaallah bila hati kita lapang, akan ada cara untuk selesaikan masalah yang sebelum ni mengganggu kita.

Ye lah, hidup ni memang tak dapat lari masalah . Tak kira la masalah apa. Masalah rumahtangga ke, masalah keluarga   ke, masalah anak-anak , masalah tempat kerja atau masalah dengan keluarga mentua ke ( … ramai gak yang mengadu kat saya sebenarnya ,saya pun rasa kesian ).

Satu tips dari saya.. kata tak nak bagi tips.. ;)   ketawa dan lupakan sebentar masalah anda  kerana ketawa merupakan ubat. Lagi pun tak kena bayar :)

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More PostsWebsite

 

Tags:

Leave a Reply

 
;) :| :x :twisted: :roll: :oops: :o :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :P :D :?: :? :) :( :!: 8O 8)
 
  1. aini

    August 29, 2009 at 11:40 pm

    saya pun seronok tengok perangai Pak Maon tu. Tua-tua biang keladi, over acting lagi…hehe..saya pun tengah bengang dengan suami saya, asyik nak marah jek.. bila ketawa hilang sikit tension kat hati ni…

     
 
Bulk Email Sender