Masalah kencing kotor dan implikasinya pada bayi
Salam ceria,
Dah beberapa hari tak update blog ni jadi pagi ni saya curi beberapa saat untuk kemaskini. 2 hari lepas kawan saya ada mengadu tentang rasa berdenyut di kawasan ari-air dan saya bertanya kenapa.
Saya sangkakan rakan saya dah mengandung sebab memang beliau plan nak dapatkan seorang lagi baby baru tahun ni. Bila rakan saya pergi check, rupanya beliau mengalami masalah kencing kotor.
Rupanya kencing kotor juga boleh berlaku walaupun bukan dalam keadaan mengandung. Bagaimana kencing kotor terjadi . Biar saya terangkan sedikit maklumla kalau doktor kata anda sedang mengalaminya tak la anda terpinga-pinga.
Kencing kotor terjadi pada wanita mengandung kerana tekanan yang berlaku pada struktur pundi kencing akibat dari rahim yang membesar.Akibatnya kencing tidak dapat keluar dengan sempurna menyebabkan ia bertakung dan kuman pula senang membiak.
Sesetengah wanita tidak merasa apa-apa jika masalah ini berlaku tetapi sesetengah pula mungkin menghadapu tanda-tanda seperti :
- Rasa berdenyut atau sakit di kawasan ari-air
- Kerap membuang air kecil
- Kencing yang berwarna keruh atau berdarah
- Rasa sakit setiap kali buang air kecil
- Tidak boleh menahan diri dari membuang air kecil.
Jadi adakah ia mmeberi kesan pada bayi? Jika kuman telah membiak dan merebak naik dari pundi kencing ke ginjal atau buah pinggang, jangkitan ini boleh menjadilebih serius. Ia boleh menyebabkan berlakunya komplikasi pada bayi.
Bayi anda mungkin mengalami masalah berat bdan yang kurang atau bayi ringan dan juga bayi yang pramatang ketika di lahirkan.
Rawatannya? Menurut rakan saya doktor memberikan beliau antibiotik dan sekarang belaiu nampaknya dah ceria kembali.
Jadi jika perkara yang sama berlaku kepada anda, rujuklah cepat dengan doktor sebelum ia bertambah serius.
Kita jumpa lagi.
Kak Rahimah
23 Comments
Other Links to this Post
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI





By sheila, August 6, 2009 @ 1:25 am
Salam. Thanks for the info. dah lama tak jengah blog you.
By izbatris, August 14, 2009 @ 6:27 am
Tq for the info. Sebagai tambahan juga doktor ada menasihati selain dari antibiotik, agar banyakkan minum air putih bagi ibu mengandung yang mengalami ‘kencing kotor’. Punca juga boleh disebabkan kekurangan pengambilan air putih oleh ibu setiap hari.
By linda, September 1, 2009 @ 4:33 am
macam mana pula dgn bayi yg ada suspek kencing kotor ni ek
By Shuya, October 10, 2009 @ 7:14 am
kencing kotor atau UTI juga boleh menyebabkan bayi dalam kandungan terdedah kepada jangkitan kuman-GBS Group B.ia merupakan jangkitan kuman dalam darah @ sepsis…dan jika tidak di sedari bayi berisiko menghidap pnumonia kronik dan menigitis.
berdasarkan pengalaman saya,anak pertama terkena GBS.dan terpaksa admited d wad kanak-kanak selama 1 week under antibiotik.syukur alhamdulillah….kini dia sudah pun berusia 3 tahun 6 bulan dah sihat seperti kanak-kanak lain.
namun atas nasihat doktor,jika saya mengandung kali ke-2 saya perlu segera mendapatkan antibiotik untuk GBS bagi mengelakkan risiko berulang pada bayi dalam kandungan.
By rahimah, October 12, 2009 @ 9:45 pm
Shuya,
Terima kasih dengan info berguna ni.Minta nasihat doktor jika ada tanda-tanda anda ada masalah sewaktu mengandung .
By Deeba, November 7, 2009 @ 4:28 pm
Saya ingin tahu apa pula implikasinya jika bayi mengalami kencing kotor…
By Shiqin, November 25, 2009 @ 2:26 am
Salam…
Saya hamil 2 bulan dan asyik kencing kerana banyak minum bg mengelakkan kencing kotor…tapi lain pulak jadinya apabila sakit di bahagian air kencing keluar…dah takut nak minum air byk2…macam mana yer…
By farah, December 9, 2009 @ 3:29 pm
saya hamil 7bln dan sepanjang kehamilan kencing saya sering kotor dan ada kuman.setiap minggu saya ke klinik untuk periksa kencing namun tak pernah berubah.doktor nasihatkan saya supaya minum air byk tapi tak ada tanda2 yang kencing saya akan bersih.saya bingung dan mahu pendapat ibu yang ada pengalaman seperti saya.terima kasih.
By amiera, February 14, 2010 @ 8:33 am
dear..farah..
saya ada pengalamn mcm awak.. tp sy da terlambat cz babyy br meninggal dunia bulan januari lalu disebabkan kuman dari kencing kotor yang teruk dari saya. klinik kesihatan dan klinik swasta pun xdpat detect saya kencing kotor. saya sangat terkilan. saya bersalin pramtang, dan kandungan baru masuk 6 bulan. Allah lebih menyayangi baby saya. saya redha. tapi saya nasihatkan awak agar terus pergi ke hospital kerj untuk rawatan. xperlu klinik biasa kerana @#$%^&…xboleh dipercayai.
By rahimah, February 15, 2010 @ 9:58 pm
Ya Amiera, saya setuju benar.waktu mengandung memang sedikit masalah sekali pun tidak harus di biarkan kerana kesannya boleh menyebabkan sesuatu yang tidak kita jangka.
By siti, February 24, 2010 @ 3:18 am
salam..baby saya mengalami kencing kotor..disini saya ingin tahu ape punca baby saya boleh kene kencing kotor??
By mama acha, March 11, 2010 @ 9:11 am
saya juga ada masalah kencing kotor…skrg sya sedang hamil satu bulan,,,tpi sudah ada kencing kotor..masa saya mengandung anak yg pertam juga di kesan ada kencing kotor…skrg sya hamil yg kedua..masih lg kencing saya kotor…ada tak cara bg menghilangkan atau mgurangkan (kuman) kencing kotor selain minum air putih dgn banyak…
By Rasheeda, March 12, 2010 @ 12:18 pm
anak saya lelaki..mula mula dia prolong joundis..tp cek kencing kotor..kena admit satu minggu run antibiotik..n buat scan biau pinggang ..tp dah ok..
By liza, March 14, 2010 @ 4:25 am
kandungan saya sekarang dah masuk 35 minggu lebih dah saya mengalami kencing kotor. doktor telah memberi saya antibiotik dan saya telah habiskan makan ubat ini namun bila saya jumpa doktor sekali lagi semalam, kencing saya masih lagi kotor?apa yang harus saya lakukan? saya telah minum air 8 gelas sehari tapi keputusannya masih tidak berubah lagi.BANTULAH SAYA…
By syifa, March 18, 2010 @ 1:55 pm
salam..
saya pun pregnant 36 minggu skrg ni..dah dkt 2 bulan kna kncing kotor…saya pegi kedua-dua..klinik/hospital..kerajaan dan private..bt 2 buku..bila pg kerajaan tak ada kncg kotor..bila cek kat swasta..ada.mmg btul la hospital kerajaan ni teruk..dia blh tk bt apa2 smpi kncg kotor ni dh bt sy contraction sjak sbulan lbh.terpksala berkorban wang pg swasta.sy nak btulkan di sini..hasil research sy kat internet..web mat saleh la..bukan sbb kurang minum air kna kncg kotor.tp sy heran la knp dr suka kata kite krg mnum air.sdgkn mcm sy pun berbelas-belas gelas minum pun still kna jgk.yg mreka tau nasihatkan mnum air bebanyak..punca dia tak dpt kesan..effect pda bby..klu nak tau lbh lnjut..crila pada web mat saleh..lengkap dan byk sumber..
sekian..
By lynn, March 23, 2010 @ 1:28 pm
salam
saya dah pregnant 33 minggu.baru-baru nie saya pergi klinik kerajaan dan saya dapati saya kena kencing kotor.saya br pregnant anak pertama dan saya rasa risau sgt atas kandungan saya skrg nie.ape yg harus saya lakukan skrg nie.
By ilyana, June 3, 2010 @ 7:36 am
salam.. saya mengandung 6 minggu . masalahnya, kencing saya didapati ada kandungan protein @ albumin, ada sesiapa tahu bagaimana nak atasi masalah ini. ini kandungan saya yang pertama. risaula..
By Ninie, June 9, 2010 @ 2:22 am
Salam.. Thanks for the info.. Saya dah dua bulan ++ tak datang bulan tapi bila saya but pregnancy test takde pulak.. pergi jumpa doc pun doc kate takde.. sibuk la sy ulang alik klinik swasta.. last2 mak sy suruh g spital kerajaan.. pastu doc kate sy ada kencing kotor.. Adakah kencing kotor nie menyebabkan sy tak dapat baby?? Apa punca sebenarnye untuk orang yg tak pregnant cam sy?
By rocher, June 21, 2010 @ 6:53 am
salam…
saya baru hamil 7 minggu….sakit kat bahagian bawah perut juga….jumpa doc, beliau kata sakit kat ari-ari tu….doc cek urine kena kencing kotor..tp saya x makan lagi ubat yang doc kasi..takut…so tak ada masalah kalau saya makan skrg kan…sebab masih sakit lagi…walaupun dah minum byk air…setelah baca komen kalian, skrg yakin nak makan antibiotik tu….tq
By ilyana, July 2, 2010 @ 3:36 am
salam… rakan2, saya nak kongsi pengalaman macammana nak hilangkan kencing kotor nie. saya pernah kene dulu dan sangat risau. Untuk hilangkannya, saya dinasihatkan oleh mak saya sendiri untuk minum air barli biji. biasanya di pasaraya ada jual barli biji, rebuskan hingga kembang dan minum airnya macam kita minum air masak. biji barli tu pun boleh makan juga. tambah gla sikit untuk bagi sedap. minum tawar lagi bagus.amalkan, insyAllah akan berhasil…saya dah cuba, dan Alhamdulillah, saya dah tak risau lagi. Rakan2 lain silalah cuba ya.
By mohammad, July 3, 2010 @ 4:43 am
salam..baby saya mengalami kencing kotor..disini saya ingin tahu ape punca baby saya boleh kene kencing kotor??
By GambleJohanna31, July 13, 2010 @ 7:19 pm
I had got a desire to start my own commerce, however I did not have got enough of money to do that. Thank God my close friend recommended to utilize the personal loans. Thus I used the bank loan and made real my desire.
By ida, July 28, 2010 @ 1:32 am
salam semua…
usia kndngan sy tlh mncecah 11 mggu…sjk akhir2 ni sy slalu x blh tido mlm (x lena)n kerap buang air…kdg sampai 3/4 kali 1 mlm…smlm sy check up kt klinik swasta n doctor sahkan sy ada air kencing kotor..doctor pn sarankan sy byk minum air ksg n krg mkn mknan y masin…ape y m’buatkn sy risu skrg adalah bb dlm kndngan ni..coz sy mngalami gejala kencing mlm ni dr usia kndungan 1 bln…tp sy x mngetahui nya,sy pn slalu buat check up kt klinik kesihatan (diorg pn y dpt detect dr awal)..mean sdh hmpir 2 bln sy mndpt jngktn ni..wlupn sy da start mkn ubat smlm,adakah bb sy tlh t’kna jngktn?sy t’amat risau akan keadaan ni…