Panduan mengatasi masalah anak kencing malam

Assalamualaikum dan salam ceria,

Hampir seminggu saya tak update apa-apa di blog ni sebab batuk dan serak-serak suara. H1N1 tengah merebak , jerebu membuatkan saya dan ada anak saya yang kurang sihat.

Saya juga ada menyuruh anak saya menggunakan topeng pelindung hidung dan mulut kerana risau dengan keadaan persekitaran yang kurang sihat. Jika ada anda yang menalipon saya dan suara saya serak-serak macam ella tu harap maaf la ye.

2-3 hari lepas saya ada bertemu dengan kawan saya yang dah hampir 4 tahun tak jumpa. Macam macam la yang kami ceritakan. Maklum la kawan lama masa kat ITM dulu. Terkenang saya saat-saat manis masa belajar di sana dulu.

Klik saya memang terkenal di kolej yang saya tinggal sebab perangai tak serupa orang :) Bab panjat bumbung kolej waktu malam , menyanyi atas bumbung, teropong kolej Perindu ( I miss ITM so much ! ) , kena tahan dengan guard, menyusup kat pagar sebab tak boleh masuk kolej dan macam-macam lagi.

KIni masing-masing dah ada anak. Kawan saya tu sambung belajar lagi. Saya lak malas :) Tak apa lah asalkan kami bahagia dengan kehidupan masing-masing.

Tapi ini bukanlah cerita utama saya hari ini. Itu bab selingan aje. Mengikut kawan saya tu anaknya dah besar, dah nak masuk 5 tahun rasanya dan masih lagi kencing malam.

 

Masalah kencing malam merupakan perkara biasa. Seeloknya anak kita di ajar membuang air kecil seawal yang boleh supaya mereka tahu mengurus diri. Biar saya berkongsi tips sikit dengan anda :

1. Setiap malam disiplin kan anak anda untuk pergi ke bilik air dahulu sebelum tidur.

2. Jika di waktu siang, galakkan anak anda untuk pergi ke bilik air setiap 2 jam sekali.

3.Setiap malam, kejutkan anak anda untuk buang air kecil supaya lambat laun mereka akan dengan sendiri terbangun dengan gesaan.

4.Setiap kali anak anda berjaya tidak kencing malam, pujilah sikit supaya mereka rasa bangga :)

5. Terangkan anak anda kenapa mereka harus jangan kencing malam seperti tentang kebersihan, kuman yang senang membiak, tilam yang berbau dan sebagainya.

6. Alas atau lapik tilam dengan plastik atau pad yang lebar dan selalu di gunakan di hospital.

Bila kita membiasakan anak kita dengan lebih awal, lagi cepatlah masalah ni selesai. Itu sahaja kali ini.

Jumpa lagi.

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

6 Comments on Panduan mengatasi masalah anak kencing malam

  1. runsing
    September 3, 2009 at 2:34 am (5 years ago)

    umo sya dh 20 lbh tp msih kncing mlm lgi..sya x taw nk wt mcm mne lgi..sy malu dgn dri sya sndri…

    Reply
    • segan
      December 7, 2010 at 11:46 pm (4 years ago)

      aah la….sye pn da nk msuk umur 16….segan..malu….adakah ini satu penyakit???

      Reply
  2. rahimah
    September 4, 2009 at 8:27 pm (5 years ago)

    Runsing, jangan segan jumpa doktor kerana mereka akan kenal pasti dengan punca masalah tersebut.Jika tak di selesaikan sekarang, bila lagi? Lepas ni, jumpa doktor ye, jumpa doktor perempuan kalau segan.

    Reply
  3. aneps
    January 8, 2010 at 5:20 pm (5 years ago)

    Saya syorkan untuk anak-anak, minumlah Smart Coco A+ untuk mengatasi masalah anak kencing malam. Ramai yang telah berjaya mengatasinya. Layari http://anep-enterprise.blogspot.com/ untuk keterangan lanjut.

    Reply
  4. nurul huda
    August 11, 2011 at 4:53 pm (3 years ago)

    salam kak….
    saya mempunyai anak umur hampir 2 tahun…saya pun xpasti sama ada anak saya nie mempunyai masalah kencing mlm atau x…..dia akan tido selepas pkul 8mlm tp setiap kali lepas pkul 12mlm cnfm pampes dia akn basah (tebus) sehingga baju serta tilam tempat dia tido akn basah…..bagaimana utk mengatasinya?saya xpasti faktor dia boleh tembus…..adakah sebab dia terlalu byk minum susu?atau gemar tidor meniarap?bantulh lh sy…..

    Reply
  5. rahimah
    August 12, 2011 at 11:47 pm (3 years ago)

    Huda,

    Sama je macam anak saya. Apa yan saya buat cuma biasakan dia pergi ke bilik air dulu sebelum tidur atau bangunkan anak pada waktu yang kita dah set. Bila dia dah terbiasa dengan sendirinya dia akan terasa nak bangun. Lambat laun akan stop jugak lepas tu.Tapi kena bersabar la :)

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge
;) :| :x :twisted: :roll: :oops: :o :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :P :D :?: :? :) :( :!: 8O 8)

Bulk Email Sender