RSS
 

Apa dia cloth diaper @ lampin moden ?

05 Sep

Salam ceria,

Saya dapati ramai yang masih kurang faham dengan lampin kain moden  atau cloth diaper. Tidaklah menghairankan sebeanrnya sebab cloth diaper atau lampin kain moden ni baru saja di war-warkan.

Ramai pembaca blog ni yang call atau email minta saya terangkan lebih lanjut tentang tips-tips ber ‘cloth diaper ’. Saya faham sebab ramai bakal-bakal ibu yang melayari blog ni . Yang dah menjadi ibu pun dah terbiasa dengan lampin pakai buang minta saya terangkan dengan lebih lanjut lagi.

Panjang nak cerita sebenarnya tapi saya akan bahagikan kepada beberapa bahagian ye. Pagi ni saya terangkan sikit apa dia cloth diaper atau lampin moden ni.

Kalau dulu-dulu, ibu-ibu kita biasa pakaikan bayi dengan lampin empat segi yang di lipat-lipat menjadi tebal dan di pinkan dengan pin keselamatan yang besar. Lepas tu bayi di pakaikan dengan seluar getah.

Selepas era seluar getah pulak, ada plastik bentuk tiga segi yang boleh di simpul di kiri dan kanan. Plastik ni pun macam macam warna ada .Pink, biru, putih dan kebanyakannya plain atau tanpa corak.

Sekarang kaedah ni dah di permodenkan. Lampin kain moden pula mengambil alih. Fungsinya masih sama iaitu sebagai napkin bayi cuma betuknya di cantikkan dan bertambah praktikal!

Lampin kain moden di jahit siap dengan poket . Di poket inilah insert ( kain yang kuat daya serapan air kencing bayi ) di masukkan.Tak perlu lagi kain napkin empat segi di lipat tebal seperti dulu.

Apa pulak insert tu? Nanti saya terangkan lagi sebab saya dah mengantuk sangat dan esok pukul 4 pagi nak kena bangun sahur.so cukup dulu sampai kat sini ye.

Selamat malam

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More PostsWebsite

 
10 Comments

Posted in Artikel

 

Tags: , , , ,

Leave a Reply

 
;) :| :x :twisted: :roll: :oops: :o :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :P :D :?: :? :) :( :!: 8O 8)
 
  1. Honey

    September 8, 2009 at 12:32 am

    Insert tu boleh dicuci dan dipakai semula tak?.. @ hanya cloth diaper saje yg boleh dicuci dan diguna semula?

     
  2. wan-yati

    September 8, 2009 at 4:21 am

    salam kak…comelnya cloth diaper ni..
    saya nak tya pasal set bersalin nona roguy tu..moms special.. harga still rm375 ke

     
  3. rahimah

    September 8, 2009 at 9:02 am

    Yati, harga buat masa ni sama..

    Honey, kesemua component parts :) cloth diapers ni boleh di cuci dan di gunakan semula.Nanti saya akan post kan pula tips pencucian cloth diaper ni pulak ye.

     
  4. ummieoleea

    November 4, 2009 at 9:05 am

    slm kak, cloth diaper nie sesuai dipakai siang & mlm ke? klu baby buang air besar plak camne klu guna cloth diaper ni?klu lampin pakai buang,trus msuk dlm tong sampah je…tlg jwb kak ye…sy berminat nk try cloth diaper nie

     
  5. rahimah

    November 5, 2009 at 3:34 pm

    ummie, boleh pakai siang malam tp berganti la ye :)

    semuanya washable..nak cuci sental dgn tangan je sb lapisan dalam tu tak perlu di berus.kena matahari dh habis cuci, hilang la warna tu.

    kalau cuci dgn mesin, masukkan dalam laundry bag supaya lebih tahan lama dan kekal kenajala getah di pe, pinggang dan lampin tak mudah rosak atau herot-herot.

     
  6. izza

    December 10, 2009 at 7:15 am

    i dah try…memang mudah dicuci…anak pun x ruam dah…mmg berbaloi…

     
  7. eida

    July 8, 2010 at 2:23 am

    tp kenapa baby saya tiba2 ada ruam?

     
  8. yanna

    July 22, 2010 at 1:50 pm

    askum kak, nk tahu brapa harga lampin ni :D

     
  9. lily

    August 17, 2010 at 3:22 pm

    salam anak sy dah 2tahun baru2 nih dia selalu mengaduh sakint kat bahagian bawah,i nak try tukar ke lampin moden.baby siter kate munkin disebabkan dypes huggies yg baru tukar.nak dpt advice sari aka lah.masih boleh ke anak i guna lampin moden ni dan ni mana saya boleh beli saiz XL.

     
  10. ayah

    December 17, 2010 at 10:01 am

    macm mana nak beli tu

     
 
Bulk Email Sender