Apa dia insert ?

Ini merupakan sambungan pada post saya yang terdahulu mengenai cloth diaper dan aksesorinya :)

Jika dulu saya menyentuh mengenai cover luar lampin moden ni, kali ni mengenai insertnya pula. Insert merupakan lapisan kain yang di letakkan di dalam poket cloth diaper yang telah siap di jahit.

Rupa insert tu begini.

Insert sebenarnya merupakan bahagian yang paling penting dalam penggunaan cloth diaper atau lampin moden. Ia berfungsi un tuk meyerap air kencing bayi atau kanak-kanak yang di salurkan dari lapisan dalam atu microfleece ( bahagian dalam lampin moden ).

Pada waktu siang, dalam anggaran 3-4 jam insert seeloknya di ganti supaya bayi anda tetap rasa kering. Walaupun lampin kering tapi jika anda periksa, insert ini telah pun basah lencun .

Untuk mereka yang baru pertama kali menggunakan lampin moden saya letakkan gambar di bawah untuk anda melihat di bahagian mana insert ni di letakkan.

Tadaa….

Nampak tak di mana insert ni di letakkan di poket sekarang? di situ tempat yang betul dan bukan di bahagian atas.

Insert pun ada macam-macam jenis . Antaranya :

 1. micro fiber terry cloth  ( 3 lapisan )

2. hemp french terry ( yang ini gabungan  terry cloth +  organic cotton  dan mempunyai 4 lapisan kain)

3. bamboo ( lebih mahal  dan mengandungi gabungan bamboo + cotton +  polyester ) 

Pda pendapat saya, menggunakan insert jenis micro fibre terry cloth sudah cukup baik jika kita kerap menggantikan lampin bayi kita. Kenapa? Sebab makin lama air kencing berkumpul makin banyak pula bakteria bermaharaja lela betul tak?

Kalau waktu siang, setakat 3-4 jam jam sekeping insert dah cukup untuk setiap penggunaan. Kalau sebelah malam lebih baik anda gunakan 2 helai insert sebab kadang-kadang kita tak terbangun nak tukar lampin.

Menggunakan  cloth diaper ni sebenarnya menggalakkan kita banyak bersabar sebab kita perlu kerap menggantikan lampin bayi berbanding jenis pakai buang.

Jika kita masih fikirkan semua nak cepat tanpa fikirkan kesihatan bayi , terpulang pada diri kita sendiri sebagai seorang ibu.

Jika kita lihat, di zaman dahulu amat jarang mereka di serang pelbagai penyakit sebab segalanya ‘ natural’. Tak ada pakai buang :)

Nanti saya sambung lagi berkenaan dengan nappy liner pulak ye..kena tidur dah ni. Selamat malam.

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

WebsiteMore Posts

  1. zue says:

    timekasih ye akak, cd yg sy order tu dah sampai.. cepat tol sampainyer…hikhikhik.. kalernyer mmg cantik..

  2. ayang azman says:

    salam..
    saya nk bertanya..
    d mana saya boleh mendapat kn lampin ni ye..
    dan berapa kos untuk lampin ni..
    saya mmg lebih suka mengguna kan lampin..
    kos pun murah..tapi nk bg ank org jaga..dah tentu2 kena bg pakai pampers..
    meyusahkan penjaga lak nanti kan..
    hehhehehe,,

  3. rahimah says:

    w’salam ayang,

    ayang boleh klik di gambar cloth diaper ni dia side bar blog ni di sebelah kanan utk promosi terkini ya..

    Bab nak bagi orang jaga tu kena pelan-pelan la sebab macam kita juga..benda baru permulaan memang susah..boleh mula dengan bekalkan sehelai dua kepada baby sitter atau nursery dulu.

  4. ummieoleea says:

    slm kak rahimah….insert tu kene slalu basah ke? klu baby buang air besar plak camne?

  5. jun says:

    salam puan rahimah,

    brp harga cloth diaper inluding insert..cmner dgn size…utk newborn ader ker….

    tq..

Leave a Reply

  Some XHTML allowed.  

;) :| :x :twisted: :roll: :oops: :o :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :P :D :?: :? :) :( :!: 8O 8)

127.0.0.1