RSS
 

Bila waktu yang sesuai membeli barangan keperluan bersalin?

29 Sep

Salam ceria,

Dah 2 hari balik bercuti baru saya dapat buat posti balik di blog ni. Kepada yang buat tempahan sewaktu hari raya hari tu dan sebelumnya tempahan telah mula di hantar mulai 28 hb hari tu.

Maaf jika ada yang terlewat sebab sebaik saya kembali semula ke kuala lumpur, tak sempat saya pack barang-barang yang baru sampai dari supplier sebab ramai pelanggan yang datang ke rumah dari siang hinggalah waktu malam..terkejar-kejar saya di buatnya.

Rumah pun tak sempat nak kemas dengan anak saya yang tolong’cantik’kan lagi rumah saya :)

Insyaallah saya akan cuba pos kesemua tempahan sebelum dan selepas raya pada minggu ini..harap bersabar.

Satu lagi..nasib baiklah laptop saya yang terkena air hujan ni tak terbakar sebab tingkap rumah terbuka sebab angin terlampau kuat .

Okay la cukup la tu..untuk masa yang sangat singkat ni saya nak jawab soalan yang selalu saya terima dari pembaca blog dan laman web ni. Saya selalu di tanya bila waktu yang sesuai untuk membeli set bersalin atau lain-lain barangan keperluan sewaktu dalam pantang.

Sebenarnya itu terpulang pada diri dan budget kita. Satu kebarangkalian, kita boleh bersalin apabila kandungan mencecah 7 bulan. Jadi memang ramai yang mula membeli belah keperluan bersalin pada wantu-waktu macam ni.

 

Tak salah membeli lebih awal sebab perbelanjaan sewaktu mengandung dan selepas bersalin memang banyak menggunakan wang. Jika kita bermula lebih awal, rasa beban akan sedikit berkurangan.

Ada yang takut nak beli awal sebab takut terjadi apa-apa pada kandungan..itu pun satu perkara lagi. Ada juga kebenarannya sebab kata orang tua-tua jangan terlampau  gembira. Apa pun terpulang pada diri dan budget kita sendiri.

Cuma agak berisiko juga jika terlalu lewat menyediakan keperluan sebab selalunya time macam tu macam-macam hal boleh berlaku. Kalau dah lewat sangat, nak membeli sendiri anda mungkin dah masuk wad atau labour room ( saya biasa dapat tempahan macam ni ).Tapi kalau perkara terjadi macam ni bersabarlah dan jangan panik.

Selepas bersalin( kalau set NR  la ye ), kita boleh mula ambil selepas 3-4 hari.Jadi boleh la anda minta suami atau kawan-kawan tolong belikan barangan tersebut untuk di gunakan.

Cuma mungkin sebaik bersalin tu anda pelru gunakan minyak panas untuk di sapu ke seluruh badan ( untuk elakkan angin dan rasa sejuk sebab darah dah banyak keluar )

Kalau yang bersalin ceaser tu pulak, lepas 7 hari boleh mula guna. Tetapi sebaiknya sediakan sebelum anda bersalin lagi sebab kita boleh buat persedian yang lebih rapi. Sekurang-kurangnya barang-barang dah tersedia dan hati jadi lebih tenang.

Itu saja tips saya hari ni sebab lepas ni nak start sediakan breakfast dan lunch anak saya pula. Jumpa lagi.

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More PostsWebsite

 

Tags: , , , ,

Leave a Reply

 
;) :| :x :twisted: :roll: :oops: :o :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :P :D :?: :? :) :( :!: 8O 8)
 
  1. ana

    June 22, 2010 at 4:12 am

    elok ke set NR ni?sy mcm confuse la..nk amik ni ke Leesa Formula.. :P

     
  2. nani

    June 27, 2010 at 10:08 am

    saya cuma nak tau kalu ambik jamu ni ada kesan tak pada baby..

     
  3. nani

    June 27, 2010 at 10:09 am

    maklum lah sebelum ni 2 baby saya pernah kena demam kuning.. jadi keliru nak guna bile produk jamu NR ni

     
  4. khairul zahidah

    July 24, 2010 at 2:52 pm

    salam,saya cikgu sekolah men. kosas.jadi macam mana saya nak pegi umah puan.adakah saya perlu membeli secara online juga.

     
  5. rahimah

    July 26, 2010 at 1:43 am

    khairul,

    Ramai cikgu datang kat rumah sebenarnya sebab dekat sangat :) ..Nak datang call dulu ye takut saya keluar.

     
  6. sherenee

    October 12, 2010 at 2:30 am

    saya nak tahu alamat cik rahimah dan betul ke cik rahimah juga ada menjual dyper kain lampin baby?

     
  7. rahimah

    October 14, 2010 at 5:32 am

    salam sherenee taman kosas dik..alamat ada kat web. diapers ada,,call dulu ye takut sy keluar rumah :)

     
  8. AYU

    October 15, 2010 at 9:08 am

    Bila waktu sesuai untuk amalkan set bersalin NR ni? Berapa hari selepas bersalin?

     
  9. jaty

    January 10, 2011 at 6:26 am

    sy nak tau makan jamu ni tak kesan ke terhadap baby yang myusu badan..?

     
  10. hidayah

    March 28, 2011 at 8:33 am

    sy bercadang nak gunakan set NR lepas bersalin, tp ada side effect pd bb x????n yg promotion siap dgn bengkung 2 ada lg x??

     
  11. ieda

    March 31, 2011 at 3:09 am

    ada jual barangan untuk kelengkapan bayi tak?Dari segi pakaian, kain lampin, barut, diapers dll.juga utk ibu seperti pad bersalin dan seluar dalam pakai buang. :roll:

     
  12. safiah

    December 30, 2011 at 1:20 am

    puas sy crik no tel akak dlm blog ni…kt mn ye nk tgk…? leh tak email sy…sy nk order n tny tentang pek mandian herba.

     
  13. rahimah

    December 30, 2011 at 9:28 pm

    safiah, ada …tak perasan kot …0122340497

     
  14. qila

    January 28, 2012 at 8:09 am

    salam, kak.. brp hrga set bersalin NR dan ada promosi yg ditawarkan x untuk produk ni..berminat nak beli..pos percuma ke.

     
  15. rahimah

    February 4, 2012 at 8:32 am

    salam Qila,

    boleh klik di gambar set bersalin di sebelah kanan blo untuk lihat promosi terkini

     
 
Bulk Email Sender