Tips membeli permainan bayi dan kanak-kanak
Salam ceria,
Semalam saya tak masuk office sebab pengasuh anak saya terpaksa ke kelantan kerana ada family matters. Jadi terpaksalah saya bercuti sehari. Cuti pun dah nak habis
Kelmarin saya ke masjid india untuk membeli tikar buluh yang dah lama saya tengok tapi tak ada masa nak belek kat kedai. Dah sempat pergi hari tu ( saya memang dah lama tak bershopping ) saya belilah 2 helai tikar buluh untuk ruang tamu saya.
Maklum la ramai pelanggan datang ke rumah saya dan carpet kat depan tu pulak nampak berhabuk jadi elok saya tukar aje alang alang dah ada kesempatan nak jalan-jalan .
Lagi satu..he he…husband saya masuk kat kedai cd yanga da jual cd bollywood..wa wa wa…ku tengok banyak cd Shahrukh Khan.Dah lama juga saya tak tengok cerita hindustan ni…saya pun peminat Shahrukh Khan ni.
Sambil belek-belek puas cari satu cd yang saya lupa tajuk ceritanya. Jalan ceritanya saya ingat tapi tajuk tak tau. Balik lah dengan tangan kosong. Nak jadikan cerita, malam tu lepas balik makan malam kat ampang point, ada lak cerita hindustan Shahrukh Khan. Wah ! Inilah cerita yang saya cari pagi tu. Tajuknya ” Pardes” .
Apa lagi dekat pukul 12 malam baru saya tidur. Tangkap leleh cerita ni .Tu la yang saya tak boleh tahan tu. Tak peduli la orang kata ” apa la tengok cerita hindustan tak ada kelas langsung ! “..Ooops saya tak peduli. Yang penting it can make me happy and I enjoy it.
Kata orang buat la apa saja yang menyeronokkan diri kita dari dengar apa yang orang lain kata asalkan tak menyalahi undang-undang
Okay apa yang saya nak beriathu kat sini sebenarnya bukanlah cerita pasal Shahrukh khan.Tapi masa pilih tIkar buluh tu saya terfikir agak tikar buluh ni bahaya tak pada anak kecik saya yang memang ligat ni.
Jadi samalah seperti membeli permainan kanak-kanak kita kena pastikan ia tak membahayakan pemakainya. Jika memilih untuk membeli permainan kanak-kanak pastikan :
- Bentuk mainan tidak mempunyai bentuk yang tajam, mudah pecah ( seseparuh ada kaca ), rapuh
- Mainan yang tak mempunyai toksik ( ada di tulis di label permainan selalunya ) sebab ia boleh menjejaskan kesihatan bayi terutama yang ada masalah kesihatan.
- Tidak bertali untuk elakkan kanak-kanak atau bayi terjerut
- Sesuai dengan usia bayi dan kanak-kanak. Jika masih bayi beli permainan yang besar, ringan dan lembut supaya mereka tak masukkan ke dalam mulut yang boleh buat tercekik.
Walaupn kadang-kala permainan itu selamat sewaktu bermain kita kena selia juga. Awasi mereka kerana kanak-kanak dan bayi sangat kreatif dan mempunyai sifat ingin tahu. Jangan jadikan permainan yang menyeronokan menjadi sesuatu yang membahaya dan merugikan diri dan famili kita sendiri.
Itulah tips yang saya dapat kongsi sewaktu membelek-belk tikar buluh hari tu.
Okay time dah sampai untuk agenda seterusnya. Jumpa lagi.
Kak Rahimah




