Assalamualaikum.
Saya teringat pada bulan Ramadhan yang lepas, waktu berbuka puasa kadang saya terpaksa ‘berlawan’ dengan anak saya yang berusia 4 tahun.
Memang beliau suka ‘ganggu’ waktu berbuka dengan meminta nak duduk atas riba walaupun kerusi makan cukup untuk 6 orang kat rumah.
Jadi seksa juga waktu nak berbuka kalau dia mengacau. Tapi kadang-kadang beliau tak kacau langsung.Rupanya kakaknya telah mendapat satu idea bagaimana untuk membiarkan dia duduk diam-diam waktu kami menikmati hidangan berbuka.
Apa caranya? He he…mereka suruh dia main puzzle..wa wa wa..Kenapa? Sebab bila main puzzle, beliau jadi leka sebab sibuk nak siapkan puzzle yang dah berceramuk. Jadi bila dah dekat nak azan, puzzle yang dah siap akan di teraburkan semula oleh si kakak.
Jadi dapatlah kami semua makan dengan aman. Bila saya bertanya pada si kakak? Dia bagi tau yang anak saya yang ke 4 ni cepat dapat siapkan puzzle..kadang-kadang tak sampai 15 minit!
Wah saya pening sebab saya ingat waktu kursus kat office yg ada agenda mengenai puzzle, ada yang ambik masa sampai 30 minit atau lebih.Ni pulak budak umur 4 tahun.
Bagus rupanya permainan puzzle sebab ia dah bantu kami tika waktu berbuka. Sedikit info yang saya dapat mengenai ‘kenakalan’ anak saya ini ialah :
- Permainan yang mencabar akan mebuatkan kanak-kanak lebih kreatif dan berfikir bagaimana mahu menyelesaikan sesautu masalah.
- Kanak-kanak jangan di perlekehkan keupayaan mereka kerana kanak-kanak kini lebih kehadapan.
- Apabila kanak-kanak bermain, mereka mempunyai matlamat iaitu mendapat kepuasan dan secara tak langsung ia bagus untuk membina keyakinan diri.
Apa yang saya perhatikan selepas tu ialah, anak saya akan mula menyiapkan rangka puzzle terlebih dahulu. Rangka merupakan asas dalam menyiapkan puzzle. Tak boleh main susun aje
Bila puzzle dah di teraburkan, beliau akan susun serakan puzzle mengikut warna supaya senang nak camkan kedudukan waktu menyusun. Selepas tu abrulah rangka di bina menyebabkan blok puzzle lebih mudah di siapkan.
Begitulah lebih kurang dan saya perhatikan memang puzzle akan siap dalam masa 15 minit sahaja. Lihatlah bagaimana kanak-kanak juga dapat berfikir seperti orang dewasa.
Jadi jangan hadkan kreativiti anak-anak anda. Birkan mereka bermain sambil ia membantu perkembangan otak kanak-kanak. Ye lah kalau asyik di suap dengan buku aje, tentulah mereka jemu. Kita pun macam tu jugak betul tak?
Selamat berjumpa lagi.
Kak Rahimah






