Bayi besar ! 2 Risiko yang membimbangkan.
Salam ceria.
Saya baru saja balik dari kampung suami di Perak semalam. Keluar rumah pukul 4 petang , sampai rumah di ampang pukul 2.30 am ! Fuh ..10 jam dalam kereta
Pagi tadi pulak saya sempat pack mana order yang sempat di hantar dahulu. Insyaallah kebanyakan tempahan akan di pos esok kerana ada free gift yg kehabisan stok hujung minggu lepas.
Masa kat kampung saya ada terbaca tentang kes bayi yang di lahirkan seberat 6.15 kg tak silap saya. Wow! besarnya..tak tau nak cakap macam mana. Saya pulak rasa ngeri. 3 kg pun dah cukup besar buat saya inikan pulak 6 kg.
Alhamdulillah ibu bayi tu bersalin normal dan baby tu pun tak ada masalah semasa kelahiran. Kuasa Allah kan?
Baiklah , masa duduk bincang-bincang dengan ipar-ipar saya kat kampung husband ada la kami tertanya-tanya macammana boleh jadi begitu besar? Tak ada problem ke waktu bersalin tu?

* Gambar di ambil dari utusan online
Setahu saya bayi besar di sebabkan samada faktor genetik iaitu keturunan atau si ibu mengalami masalah diabetes.
Mmm..mengikut seorang pakar perbidanan yang memberi ulasan tentang kelahiran bayi yang besar, ada 2 risiko pada ibu dan bayi yang di kandung.
Pada ibu, mungkin terpaksa melahirkan bayi secara pembedahan sebab tulang punggung yang kecil menyukarkan bayi untuk keluar seperti biasa. Risiko kedua, mungkin juga akan berlaku tumpah darah sebab uri yang tidak menguncup sebaiknya. Malah rahim dan faraj pun boleh terkoyak teruk.
Bagi sesetengah kes yang teruk pula, rahim terpaksa di buang untuk mengelakkan pendarahan yang tidak berhenti.
Masalah pada bayi pula, jika terlalu besar, tulang bahu bayi mungkin terpaksa di patahkan ( ini yang saya ngeri ) supaya bayi dapat di lahirkan dengan teratur dan tidak lemas.
Yang kedua pula, tak silap saya ia boleh mengganggu saraf bayi sewaktu bahu di tarik dan bayi mungkin mengalami kecacatan.
Bagaimanapun suka saya ingatkan kepada pembaca bolg ini supaya anda semua tidak meninggalkan obimin iaitu vitamin yang doktor beri setiap bulan. Saya tau ada yang takut bayi besar dan ambil obimin sekali-sekala sahaja.
Sila fahami tujuan obimin adalahs ebagi suplement supaya kita dan kandungan mendapat khasiat atau zat makanan yang mencukupi . Begitu juga asid folik .
Jangan tinggalkan kedua-dua ubat ini kerana tiada siapa yang tahu apa bakal terjadi kepada anda dan bayi anda walaupun hospital mempunyai peralatan canggih untuk mengesan sebarang ketidakabnormalan pada kandungan anda.
Sayangi diri anda dan sayangilah bayi yang anda bakal lahirkan.
2 Comments
Other Links to this Post
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI




By ziana, December 1, 2009 @ 1:39 am
ish..takutnye saya…masa sy lahirkan Farrel pn baru 3.1kg dh rasa abis sume bawah sy terkoyak..xdapat bygkan klu 6kg!!aduihhh….
By hafiymama, January 25, 2010 @ 9:23 pm
erm…ngerinyer nak bayangkan…tringat nostalgia masa i melahirkan baby i,baru 3kg dah setengah mati!!
pepun tahniah kpd ibu yg telah brjaya melahirkn baby 6kg trsebut..semoga ibu dan ank selamat dan senantiasa sihat walafiat..masyaAllah semua kerana izin NYA………..