Tips makanan sihat sewaktu mengandung
Salam ceria,
Tadi saya ada menerima tempahan dari Puan Anie yang berada di Brunei. Line talipon agak teruk saya terpaksa berckap kuat walaupun suara saya baru nak elok. Dah beberapa hari saya kehilangan suara saya dan nak cakap dengan customer pun malu
Saya pun seronok jugak ni sb saya ada berita baik untuk pembaca blog dan web saya yang berada di Sarawak dan Brunei. Nantilah saya umumkan ye.
Oh ye, jika anda berada di luar negara, pembayaran boleh di lakukan dengan western union. Ada sedikit charge di kenakan. Hanya email kepada saya butir-butir order dan saya akan confirmkan berapa jumlah sekali dengan postal.
Okay, back to business. Beberapa hari lepas saya ada dapat email dari seorang pembaca yang meminta saya berikan sedikit tips pemakanan yang sihat sewaktu mengandung.
Mmm…sebenarnya pemakanan tu sama aje. Tak ada beza dengan makanan harian kita. Cuma waktu awal-awal mengandung, tolonglah ambil asid folik tu. Saya tau ada bakal ibu yang suka skip makan pil sewaktu mengandung. Asid folik amat penting untuk mengelakkan kecacatan pada bayi anda.
Selebihnya ambillah diet harian yg seimbang seperti biasa. Makanan seperti khurma, kismis, telur yang baik untuk pembesaran bayi juga amat di galakkan. Tapi kurangkan gula sebab gula ia kurang baik untuk kesihatan.
Bukan sahaja ia boleh menyebabkan diabetes, malah kandungan mungkin jadi lebih besar dan menyebabkan komplikasi seperti kencing kotor . Jika bayi terlampau besar dan rongga punggung pula terlalu sempit, anda ada risiko untuk di bedah.
Jagalah kesihatan diri dan jangan makan apa saja seumpama kita tak akan makan lagi esok
. Berpada-padalah sebab bersederhana itu lebih di galakkan.
Itu sahaja ya. Tak ada tips-tips pun
See you.
Kak Rahimah




