RSS
 

Tungku moden elakkan gila merian?

23 Nov

Salam ceria,

Dah lama saya nak tulis posting ni tapi asyik tertangguh je sebab line maxis saya ni teruk minggu ni. Letih tangan dan mata sampai kadang-kadang tertidur depan laptop.

Sebenarnya saya banyak menerima panggilan talipon dari pembaca blog dan majalah Pa & Ma yang bertanyakan tentang produk terbaru di laman web saya iaitu tungku moden.

Oleh kerana saya hanya meletakkan gambar sahaja tanpa product description ( sebab saya belum ada masa nak buat launching ), ramai yang bertanyakan bagaimana menggunakan tungku moden ni dan apa kelebihannya berbanding tungku batu.

Tidak saya nafikan yang tungku batu memang amat murah dan menjimatkan. Saya sendiri pun dulu pakai tungku batu aje sebab masa tu tak ada tungku moden ni ( mungkin dah ada cuma saya yang tak tahu kot :) )

Cuma dalam keadaan di mana kita tiada pembantu atau semuanya terpaksa di urus endiri, tungku moden lebih praktikal.

Jika tungku batu, kita kena panaskan dengan bakar batu sungai tersebut pada api dalam 10-15 minit. Selepas tu, perlu di sejukkan sekejap kalau tak terbakar pulak kain yang nak balut batu tu. Dan sebelum di balut, kita kena lapik dengan daun  mengkudu atau daun yang sekutu dengannya :)

 

 Bila tahap panas tungku boleh di terima badan, barulah batu di tuam pada bahagian badan. Jika anak tak meragam alhamdulillah tapi jika masa tu anak merengek atau tak nak tidur, memang leceh sekali.

Tungku moden adalah alternatif pada tungku batu. Caranya amat mudah, hanya sambungkan charger pada plug dan dalam masa 5 minit, tungku siap untuk di pakai. Jadi tak adalah masalah remeh nak menyediakan tungku seperti biasa.

Tungku batu sering di gunakan sebab dulu-dulu mana ada tungku letrik ni. Jadi bila dunia bertambah moden, pilihlah yang boleh di aplikasikan dengan praktikal.

Tujuan bertungku sebenarnya adalah untuk memecahkan darah kotor yang terkumpul supaya tidak menjadi racun. Ia juga bertujuan mengembalikan peranakan ke bentuk dan posisi asal selain memulihkan urat saraf dan otot yang mengembang sewaktu mengandung.

Adlah di percayai bahawa wanita yang tidak bertungku sewaktu lepas bersalin mudah terkena penyakit gila merian yang sangat bahaya jika tidak di rawat dengan betul.

Sokongan suami serta keluarga adalah amat penting untuk memastikan ibu yang baru bersalin tidak rasa tertekan dan terbeban dengan proses berpantang yang lama dan remeh.

Jadi tak kira anda menggunakan kaedah tradisi atau cara moden, yang penting anda tetap melakukan kaedah bertungku sewaktu berpantang. 

Saya rasa cukup untuk kali ini dulu tentang tungku moden ni. Nanti kita sambung lagi sebab saya rasa ngantuk sangat.

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More PostsWebsite

 
8 Comments

Posted in Artikel

 

Tags: , ,

Leave a Reply

 
;) :| :x :twisted: :roll: :oops: :o :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :P :D :?: :? :) :( :!: 8O 8)
 
  1. rozie

    January 11, 2010 at 2:00 pm

    berapa harga tungku ni??berapa tahun tungku ni dapat bertahan??

     
  2. azlina

    February 19, 2010 at 7:48 am

    Kak rahimah, berapa harga tungku ni? Macamana caranya nak beli?

     
  3. rahimah

    February 19, 2010 at 9:31 pm

    azlina, boleh terus klik di gambar tungku moden di side bar blog ni di sebelah kanan utk maklumat lanjut dan tempahan.

     
  4. Tungku Moden

    March 2, 2010 at 2:55 pm

    Kenapa mahal harga tungku ni?Ada lagi murah kot, conthnya kat Bantal panas?

     
  5. syakirah

    March 27, 2010 at 5:37 am

    salam kak rahimah, kalu saya nak beli tungku sajer berapa?

     
  6. linda

    June 8, 2010 at 12:53 pm

    berminat…bp harga tungku ni…

     
  7. rahimah

    June 9, 2010 at 8:38 pm

    Linda,

    Boleh klik gambar tungku moden di sebelah kanan blog ni utk info & harga ye.

     
  8. Murni

    March 12, 2011 at 1:17 am

    Salam..

    Jika bertungku setiap hari sepanjang berpantang 40 hari, ada tak kesan negatifnya??

     
 
Bulk Email Sender