Anak enggan tidur di bilik sendiri ?

Salam ceria,

Dah seminggu tak berupdate blog ni sampi berhabuk sana-sini. Pagi ni baru dapat saya update semula. Semalam saya telah menerima set cadar dan comforter kartun kanak-kanak yang saya order. Hari tu pun saya ada order beberapa set lagi.

Anak-anak saya pulak yang excited nak pakai set cadar ni. Mamanya nak jual camana pulak ni :) Saya teringat anak saya nombor 3 dulu masa suami saya nak pujuk dia tidur di bilik sendiri.

Rumah kami ada 5 bilik dan kiranya tiap seorang anak kami ada bilik sendiri. Yang nombor 3 ni liat sikit nak tidur sendir. Maklum la dah biasa tidur dengan saya. Kadang-kadang saya sendiri pun lepak tidur kat luar aje kalau cuaca panas.

Jadi nak pujuk dia ni , saya belikan set bilik tidur yang ada gambar kartun. Bilik dia pun saya cat warna kegemarannya. Warna pink! Biasalah kan budak perempuan, kalau tak ada warna pink tak sah!

Jadi mudahlah nak pujuk kalau biliknya dah cantik. Saya rasa kalau kita hias bilik tidur, belikan cadar kegemaran , catkan warna kegemaran mereka tak susah nak pujuk mereka ni tidur di bilik sendiri.

Banyak faedahnya jika anak tidur di bilik sendiri. Kita tak susah nak kemas ruang tamu setiap hari, bilik mereka pun kemas, bilik namapak cantik.Dan kita pun ada privacy di bilik tidur sendiri  betul tak? Kadang-kadang rimas juga bila anak-anak berlari serbu bilik tidur kita sebab bilik boleh jadi tunggang langgang :)

Kita sendiri pun kalau bilik tidur nampak cool, cantik dan sejuk mata memandang mesti rasa tak nak keluar bilik..he he he.

Jadi apa kata sempena tahun baru, berikan set cadar kanak-kanak dan comforter kegemaran anak anda dan pujuk mereka tidur di bilik sendiri. Kanak-kanak memang suka dengan kartun macam Snow white, Sponge Bob, Ben 10 dan macam-macam kartun lagi la.

Jadi ambil kesempatan tahun baru ni  untuk gunakan kartun kegemaran mereka ni. Sebenarnya saya nak tulis panjang lagi tapi di sebabkan line internet terlampau slow maka saya sudahi sampai di sini sahaja. Nanti kita sambung lagi.

Jumpa lagi.

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

WebsiteMore Posts

Posted by rahimah in Artikel and tagged with , , , , | Trackback
  1. emilia says:

    bile umor yg sesuai utk anak tido bilik sendiri?

  2. rahimah says:

    Emilia,

    Lebih awal lebih bagus supaya mereka cepat berdikari.

  3. ipah says:

    saya ada masalah ngan anak no. 2 ni dia memang susa mau tdur sendiri. maklum dia sorang jak lelaki, yg lainnya perempuan. lagi satu , masalah saya ialah tempat tinggal kami ni cuma ada 2 bilik. ha… mcamana tu ? bgla idea. klu nak tambah pun bknya ruma kami, ruma company yg suda berusia. berlubang sana sini lg. kadang2 saya rsau jgak anak2 tdr sendiri, takut bnatang bisa. utk pengetahuan kami tggal ni bolela d katakan kawasa kem perhutanan. suami mngajr d sana. klu bole bg tips skit.

Leave a Reply

  Some XHTML allowed.  

;) :| :x :twisted: :roll: :oops: :o :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :P :D :?: :? :) :( :!: 8O 8)

127.0.0.1