Barut bayi mengelakkan perut kembung

Salam ceria,

Barut bayi merupakan salah satu item yang mesti saya ada sewaktu berpantang. Selalunya emak saya akan sediakan barut warna putih yang mempunyai tali di kiri-kanan barut.

Saya memang akan pakaikan barut pada anak saya sebab saya tak larat nak melayan kerenah budak kecik kalau meragam ..lebih-lebih lagi kalau dalam pantang. Bayangkanlah kalau asyik menangis aje, tak letih di buatnya.

Jadi setiap kali ada newborn sekurang-kurangnya ada 10 helai barut saya sediakan.Dulu-dulu warna putih ajelah yang ada tapi sekarang berwarna-warna. Dan kalau nak yang bercorak pun ada.

Saya ingat lagi dalam salah satu cerita melayu zaman p ramlee yang ada budak yang dah besar still pakai barut gantung atau barut layar.

Barut layar ni ukurannya lebih lebar dan besar. Di bahagian leher dan perut ada tali yang akan di sambungkan ke belakang. Barut biasa pulak hanya bertali di bahagian perut.

Ada yang bertanya mesti pakai barut ke baby dan kalau tak pakai tak boleh ke? Itu terpulang pada masing-masing sebab saya lebih suka cari jalan mudah waktu dalam pantang.

Banyak perlkara perlu di alkukan waktu dalam pantang. Kalau baby asyik sakit perut kembung nanti tidurnya taki lena. Bila tak lena, kita asyik terpaksa pegang dan menyukarkan diri kita untuk bertungku, berbengkung dan sebagainya.

Bayi yang tak meragam akan lebih senang di jaga lebih-lebih lagi kalau kita tak ada pembantu dan terpaksa menjaga sendiri.

Apa perlu di lakukan bila bayi asyik menangis tak berhenti. ?

Mula-mula :

  • Buka baju bayi kesemuanya sekali dan periksa kalau ada serangga atau semut yang menggigit.
  • Check perut denagn menepuk sedikti dan denagr bunyi perut bila di tepuk. Kalau bunyinya macam tin kosong, perutnya masuk angin. Kalau bunyi tin penuh :)   tu kira oklah.
  • Kalau perutnya kembung, ambil minyak khas untuk sapuan perut bayi ( saya biasa pakai minyak mustajab NR sebab baunya yang sedap dan rasa berangin) dan sapu sekeliling perut, belakang pinggang, pelipat kaki, tapak kaki dan pelipat tangan.
  • Pakaikan semual barut dan sarungkan kaki dan tangan dengan mitten dan booties ( stokin pun boleh jajnji beralas )
  • Angkat dan dukung bayi seketika untuk melegakan keadaan kerana setiap kali di dukung bayi akan rasa kita mengambil perhatian pada dirinya ( bayi pun boleh fikir juga :) Sambil tu tepuk-tepuk bahagian belakang  baby tu.
  • Dah tidur atau agak-agak dah lena, ambil bedung dan bedungkan bayi supaya dia tak terganggu dengan bunyi bising.

Memang remeh menjaga budak kecik ni tapi itulah keseronokkan sewaktu berpantang..menguji kesabaran. Bila di dah okay tentu kita syok main-main dengan si kecik tu.Lebih-lebih lagi bila dah pandai tersenyum dan mengekek ketawa bila di agah.

Okay la itu aje hari ni.Kita jumpa lagi.

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

WebsiteMore Posts

  1. umi says:

    saya berminat sangat nak order barut bayi tapi cammana ek… saya duk kat jb…….walaupun anak ke empat tapi still nak kena beli baru semua… terutama barut bayi yang bertali begini… dulu semua mak yang bagi tapi ntah ke mana peginya… nak cari tapi tak tau kat mana … 8O 8O 8O

  2. rahimah says:

    Salam Umi,

    Umi boleh lihat di link yg saya bagi ni atau klik aje kat gambar barut di sebelah kanan blog ni :)

    http://www.mysetbersalin.com/barutbayi.htm

Leave a Reply

  Some XHTML allowed.  

;) :| :x :twisted: :roll: :oops: :o :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :P :D :?: :? :) :( :!: 8O 8)

127.0.0.1