Phyto Natal habis pantang…boleh terus makan?

Salam ceria,

Sejak mendapat gelaran surirumah bertauliah saya jadi semakin sibuk. Rasa macam 24 jam ni tak cukup . Ada saja kerja yang perlu saya lakukan. Blog ni pun kadang2 tak sempat nak di update.

Pernah saya tertinggal handphone sehari suntuk di rumah dan anak lelaki saya pening kepala sebab talipon berbunyi tak henti-henti :) Maklum aje lah, dia sorang saja yang tinggal di rumah masa tu.

Sejak 2 orang anak saya balik kampung masa cuti sekolah dan saya tinggal dengan anak saya yang lagi 2 orang, saya selalu breakfast kat luar aje. Malas nak sediakan breakfast sebab yang tinggal ni perut masing-masing kecik aje :)

Jadi saya rasa membazir buat breakfast .Jadi saya hanya masak untuk lunch sahaja. Sesekali saja saya buat breakfast , bila rasa nak breakfast home made.

Masa breakfast kat luar ( kat tepi kubur aje ) saya selalu berbual dengan Kak Kiah yang biasa urut saya waktu pantang. Selalu kerja tak ada masa nak berbual.Sambil bercerita hari tu ada dia bagi tau yang dia tolong masakkan sekali lauk dalam pantang sambil urut pada pelanggan yang mintak tolong.

Maklum la ada yang tinggal sendiri dan tak ada pembantu. Jadi bagus juga la siapa yang Kak Kiah ni urut ye sebab boleh dia tolong masakkan. Katanya pelanggan yang macam ni, dia masak siap2 kat rumah sebelum suami pelanggan tersebut datang ambil beliau untuk di urut. Ni kira promosi untuk Kak Kiah la ni ..he he.

Sebenarnya hari ni saya buka nak cerita pasal urut tapi itu selingan aje. Apa yang saya nak sampaikan hari ni ialah pasal soalan yang selalu saya dapat bila ada pelanggan saya yang dah habis pantang.

Soalannya : Kak , boleh tak ambil phyto natal ni walaupun dah habis pantang bersalin ? nak turunkan berat lagi la!

 

Soalan tu biasa saya dapat dari pelanggan yang nak turunkan sikit lagi berat badan mereka atau mereka yang ada kes sembelit.

Jawapan saya boleh! Memang phyto natal tu boleh di ambil jika rasa nak dapatkan lagi berat idaman. Selain itu elok juga di gabungkan dengan pengambilan akar herbanika untuk kesan yang lebih maksimum. Kalau nak maintain awet muda ( eh eh ) amalkan  akar herbanika setiap hari sebagai minuman kesihatan.

Jadi saya harap posting saya kali ni dapat menjawab soalan yang sama dari pembaca-pembaca blog ni juga.

Kita jumap lagi sebab mengantuk sangat pulak rasanya ( semalam saya rasa saya tak tidur atau tertidur depan laptop masa buat kerja )

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

6 Comments on Phyto Natal habis pantang…boleh terus makan?

  1. Aishah Rahman
    January 18, 2010 at 7:11 am (5 years ago)

    Selalu customer lepas abis pantang terus stop makan Phyto Natal. Sedangkan i time anak dara pun makan Phyto Natal,sebab rasa lagi kencang dia punya “korek”. Segala bendalir asing keluar bertali-tali…Kalau campur akar herbanika, pergh….lagi kencang….Hehehe…(kang ada yang x lalu makan kang). Tapi NR memang best sebab user friendly.

    Reply
  2. mummy
    February 16, 2010 at 3:47 pm (5 years ago)

    jika saya makan phytonatal dan akar herbanika semasa masih menyusukan bayi, adakah ianya akan menyebabkan bayi saya turut lawas?

    Reply
  3. shaliza
    February 17, 2010 at 6:01 am (5 years ago)

    blh tak saya makan produk NR ni walaupun anak saya dah 6 bulan dan masih menyusukan badan..masa berpantang saya amalkan jamu mak bidan yang urut saya..skrg ni saya mengalami mudah terkencing, tak boleh kawal.

    Reply
  4. Nur Idayu
    September 18, 2010 at 12:41 pm (4 years ago)

    assalammualaikum.sy bru b’umo 21 thn n blum berkahwin.sy skang ni tgh amalkn phytonatal utk kuruskn badan.ade kesan sampingan x bg sy mggunakn phytonatal ni?kalau org yg ade pnyakit drah tinggi amalkn jgak phytonatal ni ade kesan x?

    Reply
  5. syasya
    April 30, 2012 at 2:18 am (3 years ago)

    Assalamualaikum kak,
    sudah 3 bulan selepas melahirkan tetapi perut sy buncit sedikit dan menggelembir. boleh tak sy mengambil phyto natal dalam pada itu sy masih lagi makan jamu bersalin kerana belum habis lagi.

    Reply

1Pingbacks & Trackbacks on Phyto Natal habis pantang…boleh terus makan?

  1. [...] dulu hingga sekarang pertanyaan mengenai kegunaan Phyto Natal sering di kemukakan oleh pelanggan. Ramai yang takut-takut jika Phyto Natal akan mengganggu proses [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge
;) :| :x :twisted: :roll: :oops: :o :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :P :D :?: :? :) :( :!: 8O 8)

Bulk Email Sender