Imunisasi sebelum mengandung…Jangan pandang mudah !

Salam ceria,

Baru dapat saya log in semula setelah menghadapi kesukaran line google yang asyik’ broekn line’ setiap kali nak update web ni. Banyak betul masalahnya.

Saya ada terbaca tentang imunisasi kanak-kanak di majalah Pa & Ma dan saya teringat tentang kelucuan sewaktu sekolah rendah dulu.

Saya masih ingat lagi masa di sekolah rendah dulu bila time imunisasi, ramai yang kecut perut. Saya pun ingat-ingat lupa tapi waktu darjah berapa entah ada imunisasi yang sangat di takuti rakan-rakan ( termasuk saya ) sebab ternampak jarum yang di bakar dengan api.

Nampak jarum tu rasa macam ‘ matilah kali ni kena cucuk’. Ada yang menangis selepas di suntik dan bila masuk ke kelas semula yang lain tengok dah kecut perut. Ada juga yang menekan tempat suntikan samapi berdarah tak taulah apa sebabnya tempat tu di tekan.

Saya? Ikut aje bila di panggil tapi saya ada teringat masa di ITM Shah Alam ( sekarang Ui TM ) waktu suntikan Rubella di berikan . Masa tu tak silap saya Rubella baru di perkenalkan. Tak silap saya, sekarang jika anda ingin mengandung, suntikan rubella akan di berikan ( sila rujuk kepada doktor )

Waktu tu saya di tipu oleh nurse yang bertugas ( kebetulan saya lalu di tempat suntikan sedang di perkenalkan dan kami dapat suntikan percuma ). Kebetulan waktu tu dah habis kelas dan saya dan rakan saya termakan pujuk nurse yang mengatakan ‘tak sakit’ . Rupanya sakit sungguh!

Beberap jam selepas di suntik, tangan terasa berat dan sakit-sakit. Menyesal percaya cakap nurse tapi dah kena injection pun.

Rubella atau ‘ german measles’ ialah sejenis penyakit campak. Siapa yang pernak kena mesti tau  sebab badan penuh dengan ruam kecil-kecil dan gatal. Selalunya badan akan demam dulu dan bila demam dah hampir kebah, akan keluar ruam halus tu.

Rubella merupakan virus yang boleh menjangkiti kanak-kanak dan orang dewasa. Saya sendiri pun terkena sewaktu berumur dalam 20 an.

Kenapa suntikan rubella perlu sebelum mengandung?

Jika anda telah ada imunisasi ini, risiko kecacatan bayi akibat dari penyakit ini dapat di elakkan. Jika keadaan penyakit terlalu teruk dan ia terjadi sewaktu mengandung, bayi boleh menghadapi masalah tumbesaran dan yang paling teruk sekali ia boleh membawa kematian dalam rahim.

Kecacatan yang di maksudkan ialah masalah jantung, pekak, katarak , terencat akal, pembesaran terbantut. Kecacatan ini di panggil’ Congenital Rubella Syndrome’.

Jadi untuk mengelakkan keadaan ini dari terjadi dan jika anda belum mengandung, silalah dapatkan imunisasi ini dari gynae anda.

Insyaallah saya akan sambung lagi topik ni lain kali sebab azan dah bunyi. Kita jumpa lagi.

Kak Rahimah

Jangan sekat kreativiti kanak-kanak

Helloooooooooo… :)

Wah umpama mati hidup kembali! Laptop saya baru saja selesai di ‘repair’. Itu pun ada software yang tertinggal untuk di install semula..camana nak update web ni ?

Banyak perkara yang tergendala sepanjang laptop saya rosak tapi banyak juga perkara offline yang dapat saya lakukan.

Kepada yang buat tempahan insyaallah saya akan check semula takut ada yang tertinggal dan jika ada yang tertinggal harap beritahu saya semula.

Selasa lepas, sempat juga saya belajr mencanting batik di Wisma Kraf ( belajar mencanting tu :). Itulah pertama kali dalam hidup saya belajar buat batik tulis tangan dan memang satu pengalaman yang menarik.

Aktiviti ni juga elok untuk merehatkan minda sebab bila mencanting kita lupa pada dunia sekitar sebab asyik menconteng :)  kain yang telah di lukis. Saya rasa elok juga jika kita ada anak-anak yang minat dengan kerja seni untuk di beri sedikit pendedahan.

Kalau asyik di suruh mengadap buku aje, budak-budak pun boring betul tak?

Anak saya sendiri pun sibuk bila saya tunjukkan hasil kerja tangan saya yang keras ni..he he. Jika anda tak ada apa-apa kegiatan hujung minggu, boleh la bawa anak-anak ke Wisma Kraf untuk family activity.

Bukan apa selain merapatkan hubungan kekeluargaan, anak-anak juga boleh melontarkan bakat masing-masing. Siapa tau mungkin anak anda berbakat dalam mencanting batik. Baru saya tau, bukan senang sebenarnya mencanting tapi tak juga susah.

Pada saya, kita tak perlu sekat kreativiti anak-anak. Jika mereka meminati sesuatu aktiviti, elok ia di kembangkan. Contohnya macam mencanting ni, ada set yg dah ready untuk di warnakan. Jadi hanya apply colour yang kita nak dan kita sendiri pun akan seronok melihat hasilnya.

Kali pertama saya tengok batik canting ni saya terpegun. Jika anak anda boleh menghasilkan cantingan batik  atau mempunyai bakat, jangan di persiakan. Di Wisma Kraf pun ada sediakan yang ready made atau yang hanya perlu di warnakan.

Saya nak tunjuk hasil kerja tangan saya yang pertama tapi ha..ha  ada lilin yang tertumpah dan cacat sikit lukisan batik saya yang pertama.

Gambar yang saya lukis ialah gambar 2 ekor kucing kembar tapi tak serupa :) Nampak tak ada tompokan warna putih di sbelah bawah kiri.Itulah kesan lilin yang di gunakan dan tertumpah atas kain batik yang saya warnakan hari tu.

Itu sajalah post saya kali ni sebab belum ada mood nak tulis tips. Nanti bila mood saya dah okay saya sambung balik dengan info lain ye.

Jumpa lagi.

Kak Rahimah

Selamat Tahun Baru 2010

Assalamualaikum,

Tahun 2010 telah pun tiba dan rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca blog ini. Rasanya baru semalam tahun 2009 bermula tup tup dah 2010 rupanya.

Azam tahun lepas dah tercapai dan tahun ni dah set azam baru  . Apa azam saya? Nak jadi kaya raya :)

 

Saya telah pun mendaftarkan diri untuk menghadiri kursus Ebay pada 10hb January 2010 sebagai permulaan. Saya harap rancangan saya akan berjaya. Teringin pulak nak berurus niaga dengan orang putih :)

 

Doakan saya berjaya kerana ia tidak mudah dan perlukan masa. Tetapi insyaallah saya akan pastikan ia berjaya sebab kalau tak cuba sampai bila pun kita tak tau samada kita boleh buat atau tidak betul tak?  Berkobar-kobar tu!

Hari ni saya hanya ingin mengucapkan selamat tahun baru sahaja . Pada tahun 2010 ni ada beberapa produk baru akan muncul. Antaranya set cadar & comforter, baby sling serta  uncang cuci moden . Lepas tu saya akn sibuk dengan projek baru saya pula.

Okay saya sudahi di sini sahaja sebab ada perkara lain yang perlu di lakukan. Saya nak siapkan web page set bedsheet dwngan comforter yang akan muncul tak lama lagi. Sibuk sangat 2 hari lepas tak sempat nak siapkan.

 Hari ini ahad dan banyak kerja saya mesti bereskan sebab esok pula anak dah nak masuk sekolah. Baju dah gosok, keperluan dapur saya dah mesin siap-siap ( bawang, cili ) supaya bila nak masak semua dah ready. Santan pekat pun dah beli ( senang bila masak campur je dalam periuk semua tu, curah santan , masak , dah siap ).

Apa lagi kerja? Nak siapkan packing order sebab nanti senang poslaju datang terus pick up aje. Faham-faham ajelah si kecik tu nak masuk tadika, saya boleh la lepak kat sekolah dia ( saja nak tengok sb dia ni ligat semacam, saya takut cikgunya nanti tak boleh tahan :) )

Okay kita jumpa lagi.

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

WordPress Themes