Jangan sekat kreativiti kanak-kanak

Helloooooooooo… :)

Wah umpama mati hidup kembali! Laptop saya baru saja selesai di ‘repair’. Itu pun ada software yang tertinggal untuk di install semula..camana nak update web ni ?

Banyak perkara yang tergendala sepanjang laptop saya rosak tapi banyak juga perkara offline yang dapat saya lakukan.

Kepada yang buat tempahan insyaallah saya akan check semula takut ada yang tertinggal dan jika ada yang tertinggal harap beritahu saya semula.

Selasa lepas, sempat juga saya belajr mencanting batik di Wisma Kraf ( belajar mencanting tu :). Itulah pertama kali dalam hidup saya belajar buat batik tulis tangan dan memang satu pengalaman yang menarik.

Aktiviti ni juga elok untuk merehatkan minda sebab bila mencanting kita lupa pada dunia sekitar sebab asyik menconteng :)  kain yang telah di lukis. Saya rasa elok juga jika kita ada anak-anak yang minat dengan kerja seni untuk di beri sedikit pendedahan.

Kalau asyik di suruh mengadap buku aje, budak-budak pun boring betul tak?

Anak saya sendiri pun sibuk bila saya tunjukkan hasil kerja tangan saya yang keras ni..he he. Jika anda tak ada apa-apa kegiatan hujung minggu, boleh la bawa anak-anak ke Wisma Kraf untuk family activity.

Bukan apa selain merapatkan hubungan kekeluargaan, anak-anak juga boleh melontarkan bakat masing-masing. Siapa tau mungkin anak anda berbakat dalam mencanting batik. Baru saya tau, bukan senang sebenarnya mencanting tapi tak juga susah.

Pada saya, kita tak perlu sekat kreativiti anak-anak. Jika mereka meminati sesuatu aktiviti, elok ia di kembangkan. Contohnya macam mencanting ni, ada set yg dah ready untuk di warnakan. Jadi hanya apply colour yang kita nak dan kita sendiri pun akan seronok melihat hasilnya.

Kali pertama saya tengok batik canting ni saya terpegun. Jika anak anda boleh menghasilkan cantingan batik  atau mempunyai bakat, jangan di persiakan. Di Wisma Kraf pun ada sediakan yang ready made atau yang hanya perlu di warnakan.

Saya nak tunjuk hasil kerja tangan saya yang pertama tapi ha..ha  ada lilin yang tertumpah dan cacat sikit lukisan batik saya yang pertama.

Gambar yang saya lukis ialah gambar 2 ekor kucing kembar tapi tak serupa :) Nampak tak ada tompokan warna putih di sbelah bawah kiri.Itulah kesan lilin yang di gunakan dan tertumpah atas kain batik yang saya warnakan hari tu.

Itu sajalah post saya kali ni sebab belum ada mood nak tulis tips. Nanti bila mood saya dah okay saya sambung balik dengan info lain ye.

Jumpa lagi.

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

1 Comment

Other Links to this Post

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

:oops: :mrgreen: :P :( :| :? :D :cry: :arrow: ;) :twisted: :x :!: :lol: :) :evil: :idea: 8O :roll: 8) :o :?:

WordPress Themes