Selamat Tahun Baru 2010
Assalamualaikum,
Tahun 2010 telah pun tiba dan rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca blog ini. Rasanya baru semalam tahun 2009 bermula tup tup dah 2010 rupanya.
Azam tahun lepas dah tercapai dan tahun ni dah set azam baru . Apa azam saya? Nak jadi kaya raya
Saya telah pun mendaftarkan diri untuk menghadiri kursus Ebay pada 10hb January 2010 sebagai permulaan. Saya harap rancangan saya akan berjaya. Teringin pulak nak berurus niaga dengan orang putih
Doakan saya berjaya kerana ia tidak mudah dan perlukan masa. Tetapi insyaallah saya akan pastikan ia berjaya sebab kalau tak cuba sampai bila pun kita tak tau samada kita boleh buat atau tidak betul tak? Berkobar-kobar tu!
Hari ni saya hanya ingin mengucapkan selamat tahun baru sahaja . Pada tahun 2010 ni ada beberapa produk baru akan muncul. Antaranya set cadar & comforter, baby sling serta uncang cuci moden . Lepas tu saya akn sibuk dengan projek baru saya pula.
Okay saya sudahi di sini sahaja sebab ada perkara lain yang perlu di lakukan. Saya nak siapkan web page set bedsheet dwngan comforter yang akan muncul tak lama lagi. Sibuk sangat 2 hari lepas tak sempat nak siapkan.
Hari ini ahad dan banyak kerja saya mesti bereskan sebab esok pula anak dah nak masuk sekolah. Baju dah gosok, keperluan dapur saya dah mesin siap-siap ( bawang, cili ) supaya bila nak masak semua dah ready. Santan pekat pun dah beli ( senang bila masak campur je dalam periuk semua tu, curah santan , masak , dah siap ).
Apa lagi kerja? Nak siapkan packing order sebab nanti senang poslaju datang terus pick up aje. Faham-faham ajelah si kecik tu nak masuk tadika, saya boleh la lepak kat sekolah dia ( saja nak tengok sb dia ni ligat semacam, saya takut cikgunya nanti tak boleh tahan
)
Okay kita jumpa lagi.
Kak Rahimah



