Keracunan pada kanak-kanak …..Apa perlu anda lakukan?

Salam ceria,

Lamanya saya tak update blog ni. Pagi ni saya nak berkongsi sedikit tentang masalah keracunan yang kadang-kadang berlaku pada kanak-kanak.

Selalunya masalah keracunan ni berlaku sewaktu kanak-kanak berada di rumah dan ada ibu-bapa yang cuai kerana meletakkan bahan beracun di kawasan yang kurang selamat untuk kanak-kanak. Sifat kanak-kanak memang ingin tahu apa yang boleh dia dapat dan lakukan dengan sesuatu benda yang pelik atau baru.

 

 

Biasanya sumber-sumber yang mengandungi bahan beracun yang mudah di dapati di rumah ialah :

1. Bahan penyembur rumput

2.Racun serangga atau rumpai ( tak kira luar atau dalam rumah seperti Ridsect, Sheltox ke )

3.Minyak tanah ( sangat bahaya jika di isi di dalam botol atau bekas minuman seperti bekas minuman bergas )

4.Ubat-ubat yang kelihatan terutama sekali kelihatan seperti gula-gula

Apa yang perlu di lakukan jika berlaku masalah seperti ini. Pastikan anda mengambil tindakan pantas seperti :

Jika berlaku pada mata

1. Jika terkena mata, cuci dengan air yang mengalir selama lebih kurang 5 minit dengan keadaan mata terbuka. Jangan gosok mata anak anda supaya keadaan tidak bertambah buruk.

2.Jika terkena kulit ,cuci dengan air mengalir. Tanggalkan pakaian anak anda supaya bahan yang mengandungi racun tidak terus melekat pada kulit .

3. Jika terhidu bahan bergas,buka tingkap dan supaya anak anda mendapat udara segar.Longgarkan atau buka baju anda anda supaya mereka lebih selesa.

4. Jika tertelan racun, bersihkan mulut anak anda dan keluarkan bahan beracun jika masih ada dalam ekdaan anak anda berbaring dengan keadaan mengiring.

5. Dalam semua keadaan, segera membawa anak anda ke hospital yang berdekatan dengan membawa bahan beracun tersebut supaya pihak hospital dapat mengenal pasti tindakan yang pantas untuk menyelamatkan anak anda .

Tindakan pencegahan

1. Simpan ubat berbentuk makanan di tenpat yang lebih tinggi.

2. Jangan simpan ubat dalam bekas gula-gula yang menarik perhatian kanak-kanak.

3.Jangan biarakan bekas yang mengandungi bahan beracun di kawasan yang boleh di lihat oleh kanak-kanak. Jika perlu letak di kawasan stor yang di kunci.

4.Ubat yang telah habis tempoh perlu di buang.

5.Didik anak anda supaya mencuci tangan selalu setiap kali terkena kotoran adan setiap kali mahu mengambil makanan.

5.Simpan nombor Pusat Racun Negara  ( 04 - 6570099  / 1800 88 8099 ) di tempat yang mudah di lihat seperti di depan peti ais

Itu saja kali ini. Jumpa lagi.

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

1 Comment

  • By Maya, April 7, 2010 @ 12:54 pm

    Saya ingin tahu sebab ape ubat kene letak dalam peti sejuk? saya pegawai farmasi, setahu saya ubat kene simpan ditempat yang kering dan suhu 28degree C memadai (unless ubat tertentu yang perlu disimpan ditempat sejuk iaitu 2-8degree C). Saya biasanya menasihati pesakit saya supaya simpan ubat ditempat yang redup sahaja, unless ubat antibiotik yang dibancuh (kerana isu kestabilan). saya sgt hairan kenapa pesakit beranggapan ubat mesti disimpan di dalam peti sejuk (except syrup ones) sebab dalam peti sejuk udara lembab. kami pegawai farmasi tidak pernah mensyorkan ubat disimpan di dalam peti sejuk. especially pills, coating die mesti kering. sebab tu ubat ada desiccant. Medicines should be stored in a dry place.

Other Links to this Post

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

:oops: :mrgreen: :P :( :| :? :D :cry: :arrow: ;) :twisted: :x :!: :lol: :) :evil: :idea: 8O :roll: 8) :o :?:

WordPress Themes