Panduan penggunaan krim barut NR

Salam ceria,

Saya memang tak banyak masa sekarang sebab terlalu banyak perkara yang nak di lakukan. Makan pun kadang-kadang lewat atau tak sempat langsung. Kalau ada sesiapa call dan saya tak sempat nak balas tu mintak maaflah ye sebab bila saya nak reply, hari pun dah malam.

Pada pelanggan yang mempunyai internet, saya minta tolong sangat kalau boleh guna borang online yang saya sediakan untuk sebarang tempahan. Bukan apa , takut saya tertinggal order tu. Sms yang masuk banyak dan bila saya cari kadang-kadang tak jumpa pulak sebab takut ada yang dah terdelete.Kadang-kadang kalau anak kecik saya main handphone takut dia pulak terdelete sms yang ada detail order.

Okay lah hari ni saya nak bercerita tentang penggunaan krim abrut yang terdapat di dalam set bersalin NR. Barut NR sebebanrnya ada 2 jenis, stu dalam bentuk krim dan satu lagi dalam bentuk tepung. Yang ada dalam pek set bersalin ialah dalam bentuk krim.

 

Krim ni warnya kuning-kuning coklat. Saya ceritakan sedikit cara menggunakannya seba ramai juga yang kurang faham cara sebenar menggunakannya.

Oleh kerana krim ini kurang sedikit tahap kehangatannya, saya selalu nasihatkan pelanggan untuk menyapu dulu perut dengan minyak herbanika yang juga terdapat dalam set bersalin ni. Caranya selepas mandi, sapu dulu perut dengan minyak herbanika supaya lebih panas dan cepat pecah lemak.

Selepas minyak di sapu, sapukan krim barut dalam agk-agak sebesar syiling 20 sen dan sapu sekeliling perut dan pinggang hingga belakang.

Selepas di sapu agak rata, barulah kita pakai bengkung di badan. Pakai dengan kejap supaya tak ada bahagian yang longgar supaya proses pengecilan dan pemecahan lemak dapat berjalan dengan lancar.

Bengkung pun pakai la 44 hari tu. He he…sekarang ni musim panaskan, jadi sesiapa yang sedang dalam pantang tu, banyak-banyak la bersabar ye. Rasa berasap ye tak ? :)

 

Simple aje hari ni . Nanti hari lain pula saya akan explain cara penggunaan barang yang lain pula ye. Itu saja dan jumpa lagi.

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

4 Comments

  • By Siti Faizah Ali, March 25, 2010 @ 5:17 am

    salam.. saya ingin minta pendapat kak.. saya baru besalin dalam 4 bulan.. saya besalin operation jadi masa pakai bengkung saya tak ikat kuat. skrg ni masalah saya perut dan peha saya banyak lemak. adakah produck ni boleh mengatasi masalah saya skrg ni.. sekian wasalam

  • By ezzan, June 7, 2010 @ 12:27 pm

    Saya nak tahu bolehkah org yang bersalin operation menggunakan bengkung sbb masa anak 1 & ke 3 saya langsung tp pakai bengkung sbb ada yg kata org yg bersalin secara pembedahan x blh gunakan bengkung takut jahitan terbuka akibatnya perut saya jd mengeleber.

  • By rahimah, June 9, 2010 @ 8:40 pm

    Ezzan,

    Jika operation, saya galakkan guna bengkung moden yang mana ia menggunakan velcro dan tak perlu diikat.

  • By Ziel, August 1, 2010 @ 10:31 am

    NR set ada effect utk ibu menyusu badan tak?

Other Links to this Post

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

:oops: :mrgreen: :P :( :| :? :D :cry: :arrow: ;) :twisted: :x :!: :lol: :) :evil: :idea: 8O :roll: 8) :o :?:

WordPress Themes