RSS
 

Archive for May, 2010

Masalah pembantu rumah yang menjengkelkan

25 May

Salam ceria,

Minggu ni rasanya ramai majikan-majkan yang mempunyai pembantu rumah yang sakit dan pening kepala . He he…kerajaan baru je keluarkan satu ‘berita baik’ untuk mereka sebab sekarang ni semua pembantu rumah mesti di beri cuti sehari pada hari Ahad.

Yang bestnya pulak tu, siap bagi passport lagi nak bagi pembantu rumah ni makan angin. Rasanya masalah pembantu rumah ni dah sampai ke tahap yang semua rakyat Malaysia terutama sekali pasangan yang telah berkeluarga untuk memikirkan sesuatu.

Pada pendapat saya, arahan yang di keluarkan ini ada banyak pro and cons ( speaking london you :) ).Yang tak bagusnya ialah pihak majikan yang selama ni terpaksa bayar lebih untuk dapatkan pembantu rumah terpaksa simpan budget lagi sebab kemungkinan pembantu rumah mereka lari dah bertambah tinggi .

Setiap kali mereka perlu dapatkan pengganti, tak silap saya mereka kena bayar pada agent yang supply pembantu rumah tu pada mereka ( saya memang tak ada pembantu rumah sebab bantu diri sendiri je ).

Jumlahnya beribu-ribu yang mana pendapat saya lebih baik ambil pembantu rumah dari negara lain seperti Kampuchia ( ramai penduduk islam yang miskin tapi kurang menimbulkan masalah sosial )

Agen pulak seperti menangguk di air keruh sebab poket mereka akan sentiasa penuh. Sapa-sapa yang nak duit banyak elok jadi agen pembantu rumah sebab bila mereka hilang je, pasti 5-6 ribu masuk poket.

Yang baiknya pulak dan semestinya ramai yang kurang setuju pada pendapat saya ialah inilah masanya untuk semua wanita yang bekerja memikirkan semula keperluan mereka bekerja. Adakah mereka bekerja kerana mereka memang nak bekerja sebab gaji suami tak cukup?

Atau sebab ijazah semua dah dalam tangan jadi rugi kalau tak kerj?. Peranan suami sangat penting di sini kerana tanggung jawab mencari nafkah adalah tanggung jawab suami dan bukan tanggung jawab isteri.Ramai yang buat-buat lupa tanggung jawab mereka sebab isteri bekerja dan anggap isteri akan bantu.

Pada pendapat sayalah, kita seharusnya ambil dari sudut positif dengan arahan terbaru kerajaan ni. Dah sampai masanya kita tak perlu bergantung pada orang luar untuk jaga anak kita sendiri. Fikirkan satu langkah positif . Kalau perlu bekerja, masih banyak lagi ruang pekerjaan yang boleh di lakukan di rumah.

Tak semua pekerjaan memerluakan ada bekerja di pejabat. Tak silap saya beberaa bulan lepas, ada satu jabatan kerajaan yang mewujudkan pekerja mereka bekerja di rumah ( pelukis pelan ke tak silap saya ) dan ramai mereka yang terlibat seronok dengan tindakan positif tu.Tak kira bekerja di rumah atau di pejabat anggap anda sedang bekerja dan disiplinkan diri.

Kerajaan juga pada pendapat saya perlu buat sesuatu dengan pihak majikan ( pejabat ) untuk membantu para ibu yang terpaksa bekerja. Mungkin lebih banyak pusat jagaan di pejabat, insentif atau apa saja supaya nasib ibu yang bekerja dan meninggalkan anak pada jagaan orang lain terbela.

Berkobar-kobar pulak saya denga isu macam ni. Bukan apa sebab masa saya bekerja dulu pun macam-macam cerita dari kawan-kawan yang saya dengar .Nak ketawa pun ada sebab lebih banyak masalah yang timbul lepas ada pembantu rumah :)

Jadi anda bagaimana?

 

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
3 Comments

Posted in Artikel

 

Kanak-kanak takut dengan hantu?

18 May

Salam ceria,

Saya sebenarnya tak ada mood nak tulis apa-apa hari ni tapi teringat pulak pasal satu perkara tentang anak saya yang kecik ni,

Bulan lepas semasa hari jadi anak saya yang sulong, anak saya yang ke tiga ada membelikan abangnya hadiah hari jadi. Apa hadiahnya? Anak patung yang boleh berjalan dan berbunyi seperti hantu .

Huh…kalau malam-malam dengar macam tu saya pun takut. Sebelum ni pun saya pernah tengok juga anak saya yang ke tiga dulutakut dengan topeng hantu.

Saya tahu benda-benda ni nak buat gurauan saje tapi kadangkala ia boleh menyusahkan kita juga.Saya tak bagi sangat anak saya mainkan anak patung tu sebab saya yang susah lepas tu.

Pada pendapat saya kanak-kanak akan teringat dan menyangka ia benar-benar berhantu. Bila terjadi seperti ni, perasaan takut akan menajdi lebih tinggi. Jika kita tidak menakut-nakutkan seorang kanak-kanak, mereka akan jadi lebih berani.

Kalau mereka takut, duduk dalam bilik seorang diri pun jadi tak berani. Kita pun pulak lepas tu asyik nak kena teman..nak pergi bilik air pun kena teman padahal dalam rumah sendiri!

Jadi saya bagi tahu pada anak saya jangan keluarkan anak patung tu lagi sebab kesian tengok muka si kecik ketakutan( dia ni degil).Saya nak anak saya jadi orang yang berani.

Ada seseparuh kanak-kanak akan jadi fobia atau takut yang terlampau dan perlu mendapatkan rawatan doktor. Ini kerana perasaan mereka terganggu menyebabkan mereka berubah tingkah laku.

Jika ikutkan saya, benda yang tak bermanafaat ni elok jangan di beli langsung. :)

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
4 Comments

Posted in Artikel

 

Rahsia memiliki anak yang pintar dan cerdas.

13 May

Salam ceria,

Minggu ini saya berulang kali berbincang dengan guru tadika anak saya mengenai tahap perkembangan anak kecil saya. Saya telah memerhatikan anak kecil saya ni agak malas untuk buat home work.

Setelah berbincang dan alhamdulillah saya dapati juga pihak tadika juga sedang revamp semula kaedah pengajaran di tadika tersebut supaya lebih berkesan.

Bukan pada peringkat pembelajaran sahaja malah dari aspek yang lain. Saya hanya bimbang anak kecil saya ini leka dan kurang menumpukan perhatian dengan pelajaran . Memang benar ia baru tadika tapi proses pembelajaran bermula dari bawah.

Sesuatu yang di lakukan berulang kali akan lebih berkesan dari hanya melakukannnya sekali-sekali sahaja. Setelah seminggu beberapa perubahan di lakukan pihak tadika, saya dapati banyak perubahan yang baik yang di tunjukkan oleh anak saya.

Ini menggembirakan hati saya kerana bukan setakat si kecil lebih rajin malah sikapnya juga bertambah memuaskan hati. Saya memang agak garang tetapi biasalah, garang macammana sekali pun kadang-kadang mereka tidak kisah. Jadi saya pun ada meminta guru tadika supaya lebih strict dan bertegas dengan anak saya.

Anak saya juga semakin lebih berminat untuk melakukan home work tanpa di suruh. Senang sikit hati saya kerana saya bimbang jika anak saya ketinggalan.

Sewaktu saya di landa kebimbangan ini, saya berpeluang pula untuk membaca sebuah e-book yang buat saya teruja sewaktu merima email tersebut dari rakan saya.

Tajuk ebook ini Rahsia Anak Pintar

 

Walaupun saya hanya membaca sekali imbas pada permulaan, saya dapati kandungan ebook ini sangat patut di miliki oleh semua ibu bapa yang mempunyai anak dan juga pada pasangan suami isteri yang bakal bergelar ibu dan ayah.

Antara isi kandungan yang menarik ialah :

1. Bagaimana meransang minda bayi sejak dari kandungan . Bercakap-cakap dengan bayi yang belum di lahirkan adalah di galakkan . Kenapa? Anda perlu baca ebook ini untuk dapatkan jawapannya dan praktikkannya jika anda sedang mengandung.

2.Bagaimana amalan-amalan sewaktu mengandung akan mempengaruhi sikap dan rohani anak-anak.Gangguan emosi si ibu bakal menjejaskan perkembangan emosi bayi dalam kandungan.Ketahui dari ebook ini supaya anda dapat menjauhkan sikap murung apabila anda sedang mengandungkan seorang bayi yang anda sangat inginkan.

3. Makanan yang di sarankan sewaktu mengandung yang bakal mempengaruhi tahap kecerdikan anak-anak.Adakah anda sedang mengamalkan pemakanan yang baik untuk anda dan bayi? Kenapa makanan ajaib untuk bayi di sarankan dan kenapa orang yahudi bijak memilih makanan untuk bayi mereka?Dapatkan jawapannya melaui ebook ini.

4.Teknik-teknik remeh tetapi berkesan dalam meransang dan menjana perkembangan bayi yang telah di lahirkan.  Teknik yang bagaimana? Baca ,fahami dan praktikkan isi kandungan ebook ini kerana ia bakal merubah tahap kepintaran dan kecerdasan bayi anda,

4. Bagaimana mencetuskan minat belajar pada anak-anak.Anak-anak yang ‘menyibuk’ dan mengacau sewaktu kita sedang sibuk melakukan sesuatu sebenarnya sedang mengembangkan otak mereka. Apa yang harus anda lakukan jika anda tidak membantu mereka di waktu yang penting ini? Anda harus dapatkan penjelasannya di dalam ebook ini supaya anda tidak lalai menjadi ibu-bapa yang prihatin.

5.Peranan dan gaya ibu-bapa itu sendiri dalam pembentukan anak-anak. Apa yang patut diamalkan oleh kita untuk meningkatkan diri supaya menjadi insan contoh. Kata orang jangan menyuruh anak berjalan lurus jika kita sendiri berjalan macam ketam.

Kesemua rahsia ini di terangkan dengan jelas kenapa dan bagaimana untuk menanganinya. Tidakkah anda mahu memiliki anak yang cerdik dan cerdas ?.

Saya yakin semua ibu bapa yang prihatin dengan anak-anak pasti ingin melakukan yang terbaik untuk anak mereka. Dan masa yang paling baik untuk membimbing adalah sejak dari kandungan.

Anda boleh dapatkan ebook yang sangat berguna sebagai panduan ini di sini.

Kak Rahimah

P/S Jika saya mengandung , pasti saya dapatkan ebook ini awal-awal lagi :)  Masih belum terlambat jika anda telah pun mempunyai anak yang telah membesar kerana proses pendidikan tidak terhenti sebaik bayi di lahirkan malah hinggalah mereka meningkat dewasa.Dapatkan ebook itu di sini sekarang !.

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
5 Comments

Posted in Artikel

 

Demam kanak-kanak yang mengancam kesihatan dan nyawa

11 May

Salam ceria,

Sebaik saya menghantar email newsletter bulan May yang juga merangkap bulan April ( sebab terlambat ) begitu banyak response yang saya terima. Tak terbalas saya email semua tu. Tapi alhamdulillah mana yang sempat saya dah pun reply.

Emm..memang jika anak demam kita patut rasa susah hati sebab tahap antibodi atau daya ketahanan kanak-kanak berlainan dengan orang dewasa.

Satu email yang saya terima dari seorang subscriber saya lanjutan dari masalah anak demam ni agak menarik perhatian saya. Saya rasa saya boleh berkongsi dengan anda semua sebagai satu perkongsian bijak ( betul tak ). Jangat ingat demam tu perkara biasa di zaman yang penuh dengan penyakit baru.

Kita baca satu email yang saya terima untuk lebih lanjut.

ries haris to rahimah
show details 7 May (5 days ago)

hy..buat pengetahuan puan rahimah anak saya telah pun pernh hidapi penyakit tersebut iaitu KAWASAKI DISEASE pd december tahun lepas…tanda2 awl nye ialah demam panas sehingga hampir 2 mggu..suhu nya akan meningkat pada sebelah mlm iaitu dlm 38′c-40′c..pada mulanya saya ingt kn demam biase tp msuk ari ke 2 x baik2 jgak sya bawa ke klinik..dok ckp demam campak coz ada tanda2 ruam tp bile msuk ari ke 4 pn x baik..saya mula risau..dlm 2 ari brikutnye hampir 5 klinik saya pergi masih ckp penyakit yg sama..demam campak..msuk ari ke 7 saye mula prasan ade tanda merah di sekitar mulut anak saya…saya bawa ke klinik,dok ckp itu slh satu tanda demam campak…sume klinik yg saya pergi,sume bg ubat yg sama…then pada mlm ari ke 7 lbih kurg jam 11 mlm..saya tergerak untuk priksa anak saya,saya btul2 terpranjat..anak saya da bertukar warna kebiru2an ..saya terus bawa ke hospital…setelah diperiksa dok ckp punca anak saya menjadi biru adalah kerana suhu badan terlalu panas dan panas dalam…anak saya ditahan untuk dok wat analysis darah untuk mencari punca sebenar penyakit anak saya..dlm 2 ari ditahan…tak terkira brape kali amik darah..ms tu tuhan je yg tahu ape yg saya rs..naluri keibuan saya terseksa sgt2 tgok anak da jd mcm bahan experimen..kejap2 amik darah..stiap jam mkn ubat demam dan antibiotik..msuk ari ke 5 di hoapital baru dok bg result darah..rupe2 nye anak saya disahkan dijangkiti KAWASAKI DISEASE ( penyakit saluran darah ke jantung mengembang dan boleh menyebabkan kematian jika lambat dirawat)..slah satu penyakit berpunca dari jangkitan virus..dok minta kebenaran utk berikan anak saya satu ubat yg amat kuat kesan nye pada jantung anak saye yg boleh menyebabkan pernafasan nye kan terhenti secara tiba2 dan saluran darah seluruh badan anak saya akan mengembang selama 2 minggu kesan dari ubat tersebut dan anak saya akan kelihatan besar..saya pikir 1000 kali untuk buat kptusan..saya nekad beri kebenaran dok utk beri ubat tersebut kepada anak saya dengan harapan anak saya cepat sembuh…tempoh utk mamasukkn ubat tersebut ialah selama 8 jam..syukur alhamdulillah selepas 2 ari..demam anak saya mula kurang…dari pristiwa tersebut saya mula kurang mempercayai dok di klinik2 swasta….nasib baik x terjadi sesuatu yg buruk pada anak saya atas kecuaian mereka.

 

Saya harap kita semua akan lebih prihatin apabila anak kita demam kerana kadangkala demam biasa boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan nyawa yang serius. Terima kasih kepada Puan Ries kerana sudi berkongsi pengalaman dengan kita semua.

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
4 Comments

Posted in Artikel

 

Perhatikan anak anda di mana mereka berada.

06 May

Salam ceria,

Minggu ni hangat kes kematian remaja Aminurrrashid. Takziah kepada keluarga allahyarham dan kepada pihak polis jangan layan perkara yang tidak memberikan faedah.

Teruskan kerja anda sebaik mungkin kerana masih ramai penduduk Malaysia yang memerlukan pengawasan polis dan saya salah seorang yang inginkan keamanan menghormati pihak polis yang bertungkus lumus menjaga keamanan negara.

Tidak kira siapa, setiap manusia ada kelemahan. Harapnya kejadian ini akan menyedarkan semua ibu bapa supaya memberikan perhatian kepada anak-anak mereka. Ketahui di mana anak anda berada dan berhenti menyalahkan orang lain jika berlaku sesuatu akibat perbuatan berikut.

Saya sendiri akan menyalahkan diri saya jika saya tidak berjaya melakukan sesuatu.Pasti ada sesuatu yang menyebabkan saya tidak berjaya.Mungkin saya kurang beri perhatian, saya cuai atau sebagainya. Memang setelah saya menganalisa, saya dapati saya sendiri yang salah jika berlaku sesuatu yang tidak saya inginkan.

Tetapi ramai orang suka menyalahkan orang lain bila mereka gagal melakukan sesuatu perkara. Tujuan saya membuat ulasan ini kerana anak kita adalah tanggung jawab kita. Sesuatu yang berlaku akibat kecuaian kita adalah kesalahan kita sendiri.

Terima hakikat dan redalah apa yang berlaku akan menyebakan kita rasa lebih tenang.Kepada anda yang ada baby atau anak yang masih kecil perhatikan mereka walaupun ketika bermain. Kadangkala kemalangan berlaku walaupun kita masih mengawasi mereka.Contohnya di padang permainan pun kemalangan masih berlaku.

 

Bayi kecil yang baru belajar hidup jika di beri permainan yang salah boleh menyebabkan kemalangan. Contohnya jika ada guli bersepah atau benda tajam yang kita lupa simpan, jika mereka tercekik atau luka , salah siapa?

Saya tak buka ruang komen sebab tak berminat dengan komen yang bukan-bukan nanti. Lebih-lebih lagi kalau orang yang suka berpolitik.Cuma sebagai ibu bapa saya berharap kita semua ( malah saya ingatkan diri saya sendiri ) supaya mengawasi anak-anak kita.

Jadikan kes ini sebagai suatu pengajaran.

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
Comments Off

Posted in Artikel