RSS
 

Kanak-kanak takut dengan hantu?

18 May

Salam ceria,

Saya sebenarnya tak ada mood nak tulis apa-apa hari ni tapi teringat pulak pasal satu perkara tentang anak saya yang kecik ni,

Bulan lepas semasa hari jadi anak saya yang sulong, anak saya yang ke tiga ada membelikan abangnya hadiah hari jadi. Apa hadiahnya? Anak patung yang boleh berjalan dan berbunyi seperti hantu .

Huh…kalau malam-malam dengar macam tu saya pun takut. Sebelum ni pun saya pernah tengok juga anak saya yang ke tiga dulutakut dengan topeng hantu.

Saya tahu benda-benda ni nak buat gurauan saje tapi kadangkala ia boleh menyusahkan kita juga.Saya tak bagi sangat anak saya mainkan anak patung tu sebab saya yang susah lepas tu.

Pada pendapat saya kanak-kanak akan teringat dan menyangka ia benar-benar berhantu. Bila terjadi seperti ni, perasaan takut akan menajdi lebih tinggi. Jika kita tidak menakut-nakutkan seorang kanak-kanak, mereka akan jadi lebih berani.

Kalau mereka takut, duduk dalam bilik seorang diri pun jadi tak berani. Kita pun pulak lepas tu asyik nak kena teman..nak pergi bilik air pun kena teman padahal dalam rumah sendiri!

Jadi saya bagi tahu pada anak saya jangan keluarkan anak patung tu lagi sebab kesian tengok muka si kecik ketakutan( dia ni degil).Saya nak anak saya jadi orang yang berani.

Ada seseparuh kanak-kanak akan jadi fobia atau takut yang terlampau dan perlu mendapatkan rawatan doktor. Ini kerana perasaan mereka terganggu menyebabkan mereka berubah tingkah laku.

Jika ikutkan saya, benda yang tak bermanafaat ni elok jangan di beli langsung. :)

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More PostsWebsite

 
4 Comments

Posted in Artikel

 

Tags: , ,

Leave a Reply

 
;) :| :x :twisted: :roll: :oops: :o :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :P :D :?: :? :) :( :!: 8O 8)
 
  1. tun teja

    May 26, 2010 at 3:39 am

    tak sesuai tulis ANAK DEGIL…kata2 ibu adalah doa…jd perbanyakkan ilmu sebagai seorang ibu…

     
  2. rahimah

    May 30, 2010 at 4:37 pm

    Tun Teja,

    Sila berikan komen anda dengan lebih spesifik untuk di kongsi bersama.Mungkin pengalaman anda sebagai seorang ibu boleh di sebarkan kepada semua pembaca .

     
  3. isteri

    June 1, 2010 at 7:45 am

    anak saya 2 tahun belum tau takut dengan gelap dan leh dok sorang-sorang buat hal dia. sy dn suami tak pernah takut-takutkan dia dengan antu. tapi kalo dia taknak dengar kata, sy takutkan dia dengan perkara yang leh nampak macm anjing, lipas, cicak.tapi pernah sy terdengar kat taska dia, cikgu dia main kejar2 sebut perkataan “momok datang”. tak berkenan sy. sy anti betul dengan cerita2 seram/hantu kat wayang/ tv3(setiap hari kamis). hanya membina imginasi yang tak sihat kepada anak2 dan diri kita sendiri..

     
  4. wo shi seha

    July 1, 2010 at 7:27 am

    setuju dgn isteri: tak suka dgn cerita2 seram/hantu kat tv3 (setiap hari kamis). Suami sya komen tv 3 ni orang putih buat citer thrill, penyiasatan, pengajaran, pemikiran etc tapi kita macam ketinggalan zaman.. baru nak buat citer hantu…

     
 
Bulk Email Sender