Salam ceria,
Minggu ni hangat kes kematian remaja Aminurrrashid. Takziah kepada keluarga allahyarham dan kepada pihak polis jangan layan perkara yang tidak memberikan faedah.
Teruskan kerja anda sebaik mungkin kerana masih ramai penduduk Malaysia yang memerlukan pengawasan polis dan saya salah seorang yang inginkan keamanan menghormati pihak polis yang bertungkus lumus menjaga keamanan negara.
Tidak kira siapa, setiap manusia ada kelemahan. Harapnya kejadian ini akan menyedarkan semua ibu bapa supaya memberikan perhatian kepada anak-anak mereka. Ketahui di mana anak anda berada dan berhenti menyalahkan orang lain jika berlaku sesuatu akibat perbuatan berikut.
Saya sendiri akan menyalahkan diri saya jika saya tidak berjaya melakukan sesuatu.Pasti ada sesuatu yang menyebabkan saya tidak berjaya.Mungkin saya kurang beri perhatian, saya cuai atau sebagainya. Memang setelah saya menganalisa, saya dapati saya sendiri yang salah jika berlaku sesuatu yang tidak saya inginkan.
Tetapi ramai orang suka menyalahkan orang lain bila mereka gagal melakukan sesuatu perkara. Tujuan saya membuat ulasan ini kerana anak kita adalah tanggung jawab kita. Sesuatu yang berlaku akibat kecuaian kita adalah kesalahan kita sendiri.
Terima hakikat dan redalah apa yang berlaku akan menyebakan kita rasa lebih tenang.Kepada anda yang ada baby atau anak yang masih kecil perhatikan mereka walaupun ketika bermain. Kadangkala kemalangan berlaku walaupun kita masih mengawasi mereka.Contohnya di padang permainan pun kemalangan masih berlaku.
Bayi kecil yang baru belajar hidup jika di beri permainan yang salah boleh menyebabkan kemalangan. Contohnya jika ada guli bersepah atau benda tajam yang kita lupa simpan, jika mereka tercekik atau luka , salah siapa?
Saya tak buka ruang komen sebab tak berminat dengan komen yang bukan-bukan nanti. Lebih-lebih lagi kalau orang yang suka berpolitik.Cuma sebagai ibu bapa saya berharap kita semua ( malah saya ingatkan diri saya sendiri ) supaya mengawasi anak-anak kita.
Jadikan kes ini sebagai suatu pengajaran.






