Rahsia memiliki anak yang pintar dan cerdas.
Salam ceria,
Minggu ini saya berulang kali berbincang dengan guru tadika anak saya mengenai tahap perkembangan anak kecil saya. Saya telah memerhatikan anak kecil saya ni agak malas untuk buat home work.
Setelah berbincang dan alhamdulillah saya dapati juga pihak tadika juga sedang revamp semula kaedah pengajaran di tadika tersebut supaya lebih berkesan.
Bukan pada peringkat pembelajaran sahaja malah dari aspek yang lain. Saya hanya bimbang anak kecil saya ini leka dan kurang menumpukan perhatian dengan pelajaran . Memang benar ia baru tadika tapi proses pembelajaran bermula dari bawah.
Sesuatu yang di lakukan berulang kali akan lebih berkesan dari hanya melakukannnya sekali-sekali sahaja. Setelah seminggu beberapa perubahan di lakukan pihak tadika, saya dapati banyak perubahan yang baik yang di tunjukkan oleh anak saya.
Ini menggembirakan hati saya kerana bukan setakat si kecil lebih rajin malah sikapnya juga bertambah memuaskan hati. Saya memang agak garang tetapi biasalah, garang macammana sekali pun kadang-kadang mereka tidak kisah. Jadi saya pun ada meminta guru tadika supaya lebih strict dan bertegas dengan anak saya.
Anak saya juga semakin lebih berminat untuk melakukan home work tanpa di suruh. Senang sikit hati saya kerana saya bimbang jika anak saya ketinggalan.
Sewaktu saya di landa kebimbangan ini, saya berpeluang pula untuk membaca sebuah e-book yang buat saya teruja sewaktu merima email tersebut dari rakan saya.
Tajuk ebook ini Rahsia Anak Pintar
Walaupun saya hanya membaca sekali imbas pada permulaan, saya dapati kandungan ebook ini sangat patut di miliki oleh semua ibu bapa yang mempunyai anak dan juga pada pasangan suami isteri yang bakal bergelar ibu dan ayah.
Antara isi kandungan yang menarik ialah :
1. Bagaimana meransang minda bayi sejak dari kandungan . Bercakap-cakap dengan bayi yang belum di lahirkan adalah di galakkan . Kenapa? Anda perlu baca ebook ini untuk dapatkan jawapannya dan praktikkannya jika anda sedang mengandung.
2.Bagaimana amalan-amalan sewaktu mengandung akan mempengaruhi sikap dan rohani anak-anak.Gangguan emosi si ibu bakal menjejaskan perkembangan emosi bayi dalam kandungan.Ketahui dari ebook ini supaya anda dapat menjauhkan sikap murung apabila anda sedang mengandungkan seorang bayi yang anda sangat inginkan.
3. Makanan yang di sarankan sewaktu mengandung yang bakal mempengaruhi tahap kecerdikan anak-anak.Adakah anda sedang mengamalkan pemakanan yang baik untuk anda dan bayi? Kenapa makanan ajaib untuk bayi di sarankan dan kenapa orang yahudi bijak memilih makanan untuk bayi mereka?Dapatkan jawapannya melaui ebook ini.
4.Teknik-teknik remeh tetapi berkesan dalam meransang dan menjana perkembangan bayi yang telah di lahirkan. Teknik yang bagaimana? Baca ,fahami dan praktikkan isi kandungan ebook ini kerana ia bakal merubah tahap kepintaran dan kecerdasan bayi anda,
4. Bagaimana mencetuskan minat belajar pada anak-anak.Anak-anak yang ‘menyibuk’ dan mengacau sewaktu kita sedang sibuk melakukan sesuatu sebenarnya sedang mengembangkan otak mereka. Apa yang harus anda lakukan jika anda tidak membantu mereka di waktu yang penting ini? Anda harus dapatkan penjelasannya di dalam ebook ini supaya anda tidak lalai menjadi ibu-bapa yang prihatin.
5.Peranan dan gaya ibu-bapa itu sendiri dalam pembentukan anak-anak. Apa yang patut diamalkan oleh kita untuk meningkatkan diri supaya menjadi insan contoh. Kata orang jangan menyuruh anak berjalan lurus jika kita sendiri berjalan macam ketam.
Kesemua rahsia ini di terangkan dengan jelas kenapa dan bagaimana untuk menanganinya. Tidakkah anda mahu memiliki anak yang cerdik dan cerdas ?.
Saya yakin semua ibu bapa yang prihatin dengan anak-anak pasti ingin melakukan yang terbaik untuk anak mereka. Dan masa yang paling baik untuk membimbing adalah sejak dari kandungan.
Anda boleh dapatkan ebook yang sangat berguna sebagai panduan ini di sini.
Kak Rahimah
P/S Jika saya mengandung , pasti saya dapatkan ebook ini awal-awal lagi
Masih belum terlambat jika anda telah pun mempunyai anak yang telah membesar kerana proses pendidikan tidak terhenti sebaik bayi di lahirkan malah hinggalah mereka meningkat dewasa.Dapatkan ebook itu di sini sekarang !.
5 Comments
Other Links to this Post
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI






By Nursyahadah Osman, May 17, 2010 @ 8:03 am
Saya setuju jika semua para ibu bapa atau bakal ibu bapa harus memiliki ilmu tentang perkembangan anak2 samada sejak janin hingga la meningkat dewasa setelah bayi dilahirkan.. ibu bapa yg mempunyai ilmu mengenai perkara yang berkaitan mampu membimbing anak2 untuk jadi lebih baik.. Saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang ada, sejak mengandung, para ibu digalakkan untuk banyak membaca tidak kira isu apa sekalipun dan juga digalakkan menyelesaikan masalah matematik atau melakukan latihan matematik sejak awal kandungan sehingga melahirkan.. Di samping memakan kekacang yg kita ketahui membantu membina perkembangan otak si bayi kerana kandungan mineral yg terdapat dlm kekacang.. Bagi para muslimah, digalakkan memperdengarkan ayat@ suci Al-Quran sejak awal kandungan lagi.. Alunan merdu ayat2 suci Al-Quran mampu menenangkan bayi.. Cuba amalkan, Insya’Allah, perkembangan bayi amat memberangsangkan..
By Muhd Suhaily, May 18, 2010 @ 1:50 am
Dua tanggungjawab ini boleh dipegang oleh ibubapa yang mana salah satunya dipertanggungjawabkan oleh guru iaitu:
1. Ibubapa - Membina watak
2. Guru - Membina otak/minda
Jika kedua-dua boleh dijalankan oleh kita sebagai ibubapa dn sebagai guru Insyallah anak-anak kita akan menjadi seperti yg diharapkan.
Terima kasih kerana berkongsi info yg sungguh bermanfaat…
By rahimah, May 18, 2010 @ 10:01 pm
Syahadah,
Terima kasih sudi berkongsi info.
Suhaily,
Kedua-duanya tak boleh lepas tanggungjawab. Masing-masing ada tanggungjawab dan peranan sendiri.
By norhidayah binti mohd isa, May 19, 2010 @ 2:59 am
saya amat myokong pabila ibu mngandung berinteraksi dgn bayi yang dikandungkan.. ia amat mengeratkan hubungan ibu dan bayinya.. perkembangan bayi juga berkembang apabila si ibu amat aktif dan sentiasa ceria..
By tun teja, May 26, 2010 @ 3:48 am
yang penting surah2 dalam al-quran yang disarankan utk dibaca perlu kita dahulukan…senang mempunyai anak yang pintar tapi amat sukar memupuk anak2 yang soleh…lihatlah generasi muda hari ini…pikir-pikirkan…