RSS
 

Archive for June, 2010

Keliru penggunaan jamu sewaktu berpantang

25 Jun

Salam ceria,

Saya banyak menerima email tentang penggunaan jamu sewaktu berpantang walaupun dah banyak kali saya terangkan sebelum ini. Masih ramai yang ragu-ragu tentang penggunaan jamu dan bertanyakan boleh ke makan jamu sebab doktor tak bagi.

Saya rasa saya akan jawab soalan ini di sini sahaja dan mana-mana email yang bertanya soalan yang sama saya harap boleh rujuk di sini dulu . Penat juga jawab soalan yang sama tiap hari :)

Apa yang saya tulis di laman web saya adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri sewaktu berpantang. Saya tidak menafikan peranan ubat-ubatan moden sebab kita sekarang berada bukan di zaman 50 atau 60 an.

Dulu masa zaman emak-emak kita dulu semunya kurang jadi mereka banyak menggunakan ramuan tradisional dalam kehidupan seharian. Ramuan tradisional ni kebanyakannya segar dan asli. Pengetahuan orang dulu tak boleh di nafikan terutama sekali tentang herba yang boleh menjaga dan menambah kesihatan.

Zaman berubah dan ubat moden mengambil tempat tetapi ikut pengetahuan saya yang cetek ni, ubat yang ada sekarang juga mengandungi dadah untuk melegakan kesihatan. Cuma tahap kandungannya di kawal sesuai untuktujuan perubatan dan di sahkan oleh pihak berkuasa iatu kerajaan kita,

Jadi nasihat yang di berikan oleh doktor merupakan teori dan praktikal secara saintifik . Terpulang kepada anda sendiri samada mahu menggunakan jamu sewaktu berpantang atau tidak. Ada yang takut susu kering, baby panas, jahitan terbuka dan sebagainya.

Jika anda yakin anda boleh berpantang dengan baik tanpa sebrang jamu teruskan sebab ia tidak salah. Dan jika anda yakin dengan penggunaan jamu , teruskan juga sebab ia berdasarkan pengalaman. Saya bukan doktor tetapi pengalaman sewaktu berpantang 4 orang anak adalah sangat berharga dan saya rasa perlu saya kongsi dengan mereka yang tiada pengalaman.

Itu saja hari ini.

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
5 Comments

Posted in Artikel

 

Pendakap gigi okay atau tak?

09 Jun

Salam ceria,

Dah 9 hari saya tak tulis apa-apa dalam blog ni.Hari ni saya nak ambil kesempatan bercerita pasal pendakap gigi.

Saya nak tulis pasal pendakap gigi ni lepas tengok cerita yang dah habis siaran. Mula-mula tak suka tengok cerita “Halimah Jongang ” tu tapi bila saya tengok semula, ada nilai baik yang nak di sampaikan.
Yelah, memang tak elok kita ejek orang betul tak.

Kalau kita tengok ramai orang yang pakai pendakap gigi. Saya kata gigi besi :) .Anak saya pun sibuk nak pakai katanya. Jadi apa sebenarnya pendakap gigi ni?

Pendakap gigi ni fungsinya untuk memperbetulkan susuan gigi yang tidak rata supaya menjadi lebih selari. Bukan mudah sebenarnya nak guna pendakap gigi ni sebab kita kena bersedia dari segi mental dan fizikal.

Dari segi fizikal, anda mungkin kelihatan sedikit pelik ..he he sebab gigi nampak lain dari yang lain. Anda juga mungkin sedikit sebanyak mendapat perhatian orang bila bercakap yang mungkin akan merenung anda .

Dari segi mental, memakai pendakap gigi ni ( mengikut kata kawan saya la dulu waktu dia pakai ) , akan rasa sakit dan susah nak makan …untuk tempoh dalam seminggu dua katanya lagi. Jadi kira boleh kurus la kalau dalam seminggu tu kurang makan nasi sebab susah nak kunyah.Hanya bubur dan makanan yang lembut ( yang senang di hirup aje ) yang lebih sesuai untuk tempoh tersebut.

Kesan memakai pendakap gigi ni bergantung pada susunan gigi seseorang. Ada yang cepat mendapat kesan dan ada yang lambat. Jadi anda perlu mengikut jadual pertemuan dengan doktor untuk regular check up. Makanan yang berkhasiat perlu di makan di samping cara memberus gigi yang betul.Gosok gigi tanpa pendakap pun kena car betul, dah pakai pendakap gigi lagi la kena jaga.

Kat sini ada satu blog dr gigi yang saya jumpa yang agak menarik untuk di baca cuma sebelum klik blog tu, perlahan atau matikan volume ( kalau anda berada di office ) tak karang terkejut pulak satu office sebab ada lagu bila bukak blog ni :)

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
10 Comments

Posted in Artikel