Koleksi bedung terbaru dan mitos bedung warna kuning.

Salam ceria,

Saya agak sibuk sekarang ( har-hari pun sibuk juga ) dengan macam-macam program. Dalam pada tu ramai pembaca blog ini yang bertanyakan tentang koleksi bedung yang terbaru.

Oleh kerana sambutan terhadap bedung bayi memang sangat baik, ada kalanya saya tak sempat nak snap gambar bedung dah habis. Mungkin ramai ibu ibu yang baru melahirkan cahaya mata atau bakal bersalin sedar tentang kebaikan membedungkan bayi sewaktu tidur.

Sekarang pun dah selalu hujan terutama sekali waktu petang. Jadi untuk mengelakkan bayi rasa sejuk dan senang kembung perut, bedung sangat berguna.

Saya siarkan di sini koleksi bedung bayi terbaru yang baru saja saya update gambarnya beberapa hari lepas.

 

 

 

Bagi yang tak jumpa di mana nak cari gambar bedung dalam web saya boleh tengok atau gambar kat atas ni atau boleh juga klik gambar bedung kat sebelah kanan untuk buat tempahan.

Satu perkara yang menarik tentang pemilihan warna bedung dari bakal-bakal ibu. Ada yang agak ragu-ragu tentang bedung warna kuning. Kebanyakan ibu-ibu masih lagi terpengaruh dengan kepercayaan warna bedung kuning boleh menyebabkan bayi mengidap demam kuning atau jaundice.

Mmm..saya memang tak percaya lansung dengan kepercayaan ni sebab warna bedung sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan demam kuning. Demam kuning di sebabkan bilirubin yang berlebihan yang tidak dapat di atasi oleh bayi .

Tapi saya tak boleh nak kata apa sebab faham ajelah kalau yang ibu atau mertua yang jaga dan sangat skeptikal, nanti bising pulak :)

Waktu dalam pantang kita perlu rasa tenang dan bukan dengar leteran orang yang bersusah payah menjaga kita ( sebab tu lah waktu dalam pantang saya jaga diri sendiri , emak datang tak sampai seminggu dah balik,..anak bertuah katanya :)

Alhamdulillah walaupun saya berpantang sendiri, boleh katakan semua amalan berpantang saya tetap amalkan begitu juga dengan penjagaan bayi. Alhamdulillah juga kesemua 4 orang anak saya tiada terkena penyakit kuning. Jadi kata orang kalau makan jamu boleh kena kuning tu pada saya boleh saya tolak tepi.

Seperkara lagi yang agak lucu tapi betul juga tenatng warna merah jambu atau pink. Warna pink memang sinonim dengan bayi perempuan. Jadi warna biru memang selalu jadi pilihan sebab ramai takut ambik pink sekali keluar baby boy :)

Sebenarnya tak kira baby boy ke girl ke, warna apa pun boleh. He..he..ramai ibu yang doktor confirm baby boy kempunan nak warna pink tapi ada juga yang tak kira..kata mereka..tak tahan tengok warna pink yang lembut dan cantik.

Suka hati lah kan sebab warna apa pun yang balut badan bayi tu bukannya bayi kita tu complain pun..dia tidur aje :) betul tak ?  So kalau sesiapa yang teringan dengan warna pink tu lelap mata ajelah.

Okaylah saya sebenarnya cuma nak bagi tau pasal koleksi bedung melalut pulak jadi panjang post ni..malas nak edit..baca aje lah ye :)

Kak Rahimah

Walker kanak-kanak dan buruk baiknya.

Salam ceria,

Maaf agak lama saya tak menulis apa-apa di blog ni. Bukan apa, batuk dan tak sedap badan. Suara kejap keluar kejap tidak.

Kalau keluar pun suara ni bunyinya dah macam penyanyi ELLA :) Anak-anak saya pun macam tu. Jadi ada pelanggan yang dapat bercakap dengan saya dan ada masa saya terpaksa sms sahaja sebab masa tu suara tak keluar dan tekak rasa sakit dan pedih.

Saya rasa sekarang cuaca panas dan hujan. Jadi kadanga-kadang jika anda ada anak yang sedang bersekolah, mereka mungkin balik basah kuyup jika berjalan kaki. Bagi yang naik bas pun macam tu juga terutama anak lelaki. Tak kena hujan pun mereka akan kenakan jugak badan mereka pada hujan :)

Cukup pasal cuaca sekarang. Saya hari ni nak bercerita pasal walker kanak-kanak yang saya ternampak waktu berjalan-jalan hari tu. Wah, harga sekarang boleh tahan mahalnya. Waktu dulu rasanya murah aje walker ni.

Apa bendanya walker ni? Mana yang tak tau , ini gambar walker untuk mana yang tak ada experience :)

Okay ke tak guna walker ni. Kalau anda malas nak pegang anak dan anak pula tak nak tidur dan anda perlu melakukan kerja,  walker sebenarnya membantu. Kanak-kanak yang belum pandai berjalan akan menggunakan walker ni untuk ke sana-kemari tanpa perlu anda memegang atau mendukung.

Bagaimanapun lebih banyak buruk dari baik pada pandangan saya. Walker meemrlukan kawasan yang lapang atau luas supaya perjalanan walker tidak terganggu. Risikonya jika kawasan sempit bayi anda mungkin terjatuh atau terlanggar halangan -halangan seperti perabot atau permainan yang berada di kawasan rumah seperti ruang tamu.

Jika di kawasan lapang juga ia ada risiko sendiri. Kemungkinan bayi anda akan berlari laju dan jika ‘over speed’ walker boleh terjatuh atau terhantuk pada dinding atau pintu rumah. Lebih buruk lagi jika pintu rumah terbuka. Awas jika pintu rumah anda berdepan dengan jalan atau depan pagar. Ia sangat merbahaya.

Menggunakan permainan seperti walker sebenarnya memerlukan pengawasan. Ambil 10 atau 15 minit jika anda perlu menggunakan walker dan jangan biarkan anak anda berada berseorangan. Mesti ada seseorang memerhatikannya dan tidak melakukan perkara lain. Jika tidak, jangan pakai langsung sebab tanpa pengawasan, macam-macam boleh berlaku.

Itu saja hari ini.  Jika anda rasa dah tak perlu gunakan walker, hantar aje kat kedai recycle atau cash converter dari terbiar. Atau sedekah aje pada kawan atau saudara yang nak guna tapi bagi la peringatan sikit pada mereka ye.

Kak Rahimah

 

Tempahan dari 2hb July sehingga 6hb July 2010

Assalamualaikum,

Terima kasih kepada semua pelanggan yang telah membuat tempahan dari 2 hingga 6 hb July walaupun saya ketika itu sedang bercuti di Padang, Sumatera.

Alhamdulillah saya selamat sampai ke Kuala Lumpur semalam dan baru saja memulakan semula ‘ operasi’ mysetbersalin.com. Sepanjang saya berada di sana tiada line Maxis dan saya tidak dapat menerima sebarang panggilan dari pelanggan yang menalipon saya.

Balik KL saya dapati lebih 100 missed call dan banyak sms dan email yang perlu saya jawab. Ada yang saya sempat balas malam tadi dan saya rasa saya perlu umukan di sini …. tak larat jari ni dah  :)

Saya ingin umumkan bahawa semua tempahan set bersalin dan produk lain akan di hantar mulai hari in 7 hb July 2010 dan pelanggan yang telah menempah insyaallah akan menerima pesanan anda dalam masa 2 hari bekerja.

Di harap semua pelanggan akan menerima tempahan masing-masing dalam minggu ini juga atau paling lewat awal minggu depan. Sila hubungi saya jika tempahan masih tak di terima sehingga Selasa 13hb July 2010.

Bagi tempahan set tungku moden special, tempahan juga akan mula di hantar hari ini dan jangkawaktu penerimaan adalah 7 hari bekerja kerana ia akan di hantar dengan pos parcel seperti yg di beritahu di laman web (bagi pelanggan yg menambah RM 10 saya akan guna poslaju seperti biasa ).Hubungi saya jika tempahan tidak di terima sehingga 16 Hb July 2010 ( Jumaat )

Okay itu sahaja hari ini kerana saya perlu siapkan kesemua tempahan dan masak pula lepas ni.

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

WordPress Themes