RSS
 

Archive for October, 2010

Perlukah berlulur sewaktu dalam pantang?

27 Oct

Salam ceria,

Agka lama saya tak mengupdate blog ni. Tambahan pulak minggu lepas blog ni telah di “hacked oleh manusia yang tak ada kerja. Alangkah baiknya kalau kepakaran hackers ni di gunakan untuk perkara yang lebih berfaedah.

Saya juga sebenarnya dah lama nak ubah rupabentuk blog yang dah berusia hampir 3 tahun ni. Agak jemu saya melihat wajah yang serupa setiap hari. Alang-alang dah kena hacked hari tu, terus saya ubah template ni. Susah juga nak cari template  yang sesuai sebab banyak perkara perlu saya adjust kalau main pilih aje.

Jadi dengan wajah baru ni harapnya kekal la dalam 2 -3 tahun lagi. Oh ye, laman web juga akan bertukar wajah. Nantikan ye :)

Saya selalu jugak terima pertanyaan tentang penggunaan lulur yang terkandung dalam set bersalin nr.

Lulur pun ada di jual secara berasingan. Ada yang tanya perlu guna ke? Berkesan ke? Berapa kali nak pakai?

Baiklah saya terus jawab di sini sahaja untuk di kongsi dengan semua pembaca blog ni. Ada sesetengah wanita yang mengandung mengalami masalah badan dan kulit.

Separuh orang kata pembawakan budak. Kulit bertukar berbintik-bintik, ada yang kelihatan kehitaman dan berbelak-belak. Ada kesan ni yang hilang sebaik bersalin dan ada juga yang perlu di lulur untuk mengilangkannya.

Saya sendiri pernah mengalami masalah yang lebih kurang sama sewaktu mengandung anak yang ke 4. Alhamdulillah denagn berlulur menggunakan lulur yang terkandung di dalam set berslain ni, kesan hitam dan berbelak ni berkurangan.

Cara berlulur senang aje. Paling mudah duduk atas tikar dan masukkan lulur lebih kurang  lembapkan lulur dengan air biasa dan sental badan. Seeloknya ada orang alin atau pembantu untuk menyental dan menggosok supaya kita tak perlu tunduk untuk menggosok.

Agak-agak lulur mengering, gosok dan bilas dengan air. Kalau waktu dalam pantang bilas dengan air panas atau hangat.Penggunaan lulur seminggu sekali sahaja.Dalam kotak set nr ada lulur dalam bentuk serbuk sebanyak 150 gm.

Kalau yang loose item, boleh di beli dgn harga RM 60 untuk bukan ahli atau RM 50 jika anda merupakan ahli.

Itu saja hari ni.

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
 

06 Oct

Salam ceria,

Saya membaca berita di akhbar tentang beberapa kes kecuaian pengasuh  dengan rasa bimbang. Saya rasa ramai yang tahu tentang 2 kes bayi yang tersedak dan lemas dengan susu semasa berada di bawah jagaan pusat asuhan.

Bukan mudah menjaga bayi walaupun mereka ini tidak meragam. Bayi yang tidak tahu apa-apa kecuali menyusu dan tidur tidak di jaga dengan betul memang tidak patut di aniaya. Bayangkan mereka masih merah , baru beerapa bulan saja di lahirkan sudah di suruh menyusu sendiri.

Pusat asuhan atau taska pula di katakan tidak di iktiraf. Banyak benar kecuaian di sini. Bagaimanapun perkara ini sudah terjadi dan ibu bapa yang mahu menghantar anak-anak untuk di jaga di pusat asuhan mesti mengambil berat dan lebih berhati-hati.

Malah pengasuh persendirian ( seperti jiran atau pembantu rumah sekali pun mesti di awasi sekali -sekala ). Ada pengasuh yang tidak sayang pada bayi dan hanya bekerja semata-mata kerana gaji. Juga saya dapati agak sukar untuk mengetahui samada sesubuah taska atau pusat jagaan kanak-kanak berdaftar atau tidak kerana kurang informasi.

Sehubung dengan itu juga, saya teringat beberapa hari sebelum tu mengenai susulan berita pencapaian yang membanggakan pekerja kerajaan yang pernah saya sentuh di dalam post terdahulu. Pekerja di jabatan kerajaan ( tak silap saya pelukis pelan ) yang telah mengikuti program bekerja dari rumah telah menunjukkan pencapaian tahap pekerjaan yang sangat memuaskan.

nursery

nursery

Mereka lebih komited dan dapat meningkatkan tahap kualiti kerja malah berasa sangat selesa dengan program tersebut. Saya sendiri sangat bangga membaca pendapat pekerja tersebut yang rata-rata sangat bersyukur dengan kemudahan yang di beri. Walaupun bekerja dari rumah, produktiviti dan kualiti tetap di utamakan.

Apa lagi sekarang pada ibu bapa yang masih tercari-cari pembantu rumah atau taska. Fikirkan sesuatu yang boleh di lakukan bagi mencari alternatif penjagaan bayi. Usaha meningkatkan syarikat mengadakan pusat jagaan kanak-kanak belum menampakkan hasil yang memberansangkan.

Kemalangan boleh berlaku di mana-mana dan saya juga percaya rezeki ada di mana-mana. Jika di beri peluang, sejak dari dulu lagi saya mahu menjadi suri rumah sepenuh masa dan melakukan apa yang saya lakukan sekarang. Saya boleh melihat perkembangan anak saya setiap hari dan mengawasi meereka.

Mungkin bukan 100 % sebab ada yang telah pandai berdikari tetapi sedikit sebanyak ada aktiviti yang kurang saya senangi dapat saya pantau. Kata orang sekarang, kita harus tahu di mana anak-anak kita . Jangan salahkan orang lain jika berlaku apa-apa kerana kita tidak menagmbil peluang tersebut.

Nasihat itu saya tujukan pada semua ibu bapa dan juga pada saya sendiri. Saya sendiri berharap agar banyak lagi usaha kerajaan untuk memudahkan ibu yang bekerja untuk mendapatkan kemudahan penjagaan kanak-kanak.

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
No Comments

Posted in Artikel