Apa dia Penyakit G6PD

Salam ceria,

Berkali-kali saya menangguhkan penulisan saya di dalam blog ni di sebabkan ada beberapa perkara yang perlu saya selesaikan. Baru hari ni saya berkesempatan untuk menulis semula.

Saya memang dah lama nak menyentuh topik berkenaan penyakit G6PD yang di hidapi oleh bayi yang baru lahir.Ini kerana penjagaan bayi yang mengidap penyakit ini agak remeh dan memerlukan kesabaran.

Apa dia GDPD?

G6PD merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.Di anggarkan 1-3 % bayi yang baru di lahirkan di kesan mengidap penyakit GDPD.

Ia sebenarnya bukanlah suatu penyakit tetapi merupakan fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina terutama lagi jantina lelaki. Ibu bapa yang berasal dari negara negara Asia Tenggara , mediteranean , Afrika juga negara yang terdedah kepada penyakit malaria sering mengalami masalah ini.

Keadaan  bayi boleh di kesan melalui ujian darah sebaik sahaja bayi di lahirkan. Bayi yang di kesan menghidapi penyakit ini akan di tahan di hospital selama beberapa hari untuk pengawasan doktor.Antara akibat kemusnahan sel darah merah ini ialah jaundice atau penyakit kuning kerana kekurangan enzim di dalam sel darah merah menghasikan kandungan bilirubin yang tinggi.

Bayi juga berisiko dengan kerosakan otak jika sel darah merah yang pecah terlalu banyak. Bayi akan penat , sesak nafas dan pucat dengan tiba-tiba. Bagaimana penyakit ini terjadi antaranya  di sebakan oleh jangkitan bakteria, memakan kacang parang jenis ‘fava beans ‘ atau ubatan-ubatan yang boleh meningkatkan proses oksidasi juga ada kaitan dengan penggunaan ubat serangga seperti ubat gegat.

Pengambilan air kosong yang terlalu banyak jika anda dalam keadaan tidak memerlukan air kosong dalam kuantiti yang sepatutnya juga patut di elakkan. Contohnya seperti anda tidak dalam keadaan bersenam, tidak kehausan dan tidak berada dalam keadaan kekeringan akibat  pengambilan kadar gula yang tinggi .

Banyak ubat-ubatan dan pemakanan yang tidak boleh di ambil oleh mereka yang mengalami masalah G6PD. Jika anak anda menghidapi penyakit ini, sila beritahu doktor yang merawat mereka setiap kali mendapat rawatan supaya doktor yang bertugas dapat memberikan ubatan yang sesuai .

Bagi ibu yang bersalin dan bercadang untuk mengambil penggunaan herba adalah di nasihatkan untuk tidak mengambilnya kerana ia boleh meningkatkan kandungan bilirubin. Peningkatan  kekurangan enzim G6PD boleh menyebabkan penyakit jaundice dan merumitkan proses pemulihan penyakit kuning itu nanti.

Begitulah sedikit sebanyak pemahaman saya tentang G6PD yang boleh saya kongsikan di sini. Mungkin ada info yang kurang tepat dan jika anda juga mempunyai sebarang info menegenai G6PD atau mempunyai pengalaman melahirkan bayi yang di kesan mengalami G6PD harap boleh di kongsi di sini.

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

8 Comments on Apa dia Penyakit G6PD

  1. azzu
    November 21, 2010 at 1:30 pm (4 years ago)

    emmmmmmmm, mcm saya anak kena g6pd. mmg rumit penjagaannye. sampai saya takut untuk mkn sembarangan ubat. mcm2 risiko yg saya dengar. :roll: :roll: :oops: :oops: sehingga hbs pantang sy lgsg tidak jamah ubat. sampai sekarang sdh 3 bln usia bayi saya. tp alhamdullilah ms kena tahan selama 4 hr di wad, anak saya tak kena juandis. menangis jg saya. ibu muda la katakan. tp ms mula2 dengar penyakit g6pd ni, terhenti jg jantung saya suami isteri. ape plk la makna penyakit ni. berderai la air mata. apa la salah sy sehingga anak sy dpt penyakit ni. tp doktor telah menerangkan tentang penyakit ni, dan kami paham. ianya terjadi kpd bayi lelaki.

    Reply
  2. umi elly
    November 21, 2010 at 8:01 pm (4 years ago)

    semekom

    anak saya pn sama ada g6pd, baby saya br 1 bln arini, mmg kena byk pantang cth jamu xleh mkn coz kita susukan baby.td pulak kat kwsn umah saya ni ada sembur nyamuk aedes gelabah kejap coz bau dia blh sebabkan baby g6pd ni kuning.auntie saya nurse dia dah ckp kalau ada org sembur nyamuk ni tutup semua pintu, tingkap dan duduk je kat bilik kalau blh keluar pegi tmp lain.

    Reply
  3. siti jb
    February 18, 2011 at 5:51 pm (3 years ago)

    salam,saya nk tanya cikit,ade tak sape2 yg boleh jawab,nk bg susu jenama ape yer,sb air susu xder,sedang anak ada G6PD,sy tgok semua jenama ada kandungan lecithin soya,soya memang x boleh bagi,pening gak ni,pd sape2 yg boleh jwb.t/kasih :|

    Reply
    • eva
      December 13, 2011 at 5:03 pm (3 years ago)

      anak sulung saya kena g6pd,maybe dr kturunan saya sbb adik,kakak n abg saya kena.mmg rumit pjagaan,air paip tinggi klorin keluar alegik,kain tak bole kena nila,colorox n sbrg racun.makanan mesti kena prihatin.ktiga3 saudara saya yg kena pyakit ni respon agak lembab specially dlm bab belajar kena usaha 10x ganda dr mereka yg normal.ole kerana saya melihat kesan kurang penjagaan keatas 3 saudara saya yg menybabkn abg saya kini mengalami masalah kulit yg serius n tahap kesihatan yg teruk,kakak yg kerap alegik sehingga masuk wad,adik yg trpksa melalui pemindahan darah semasa baru lahir dan kini masalah kulit yg teruk.saya cuba dgn sedaya upaya membantu anak sulung saya dgn mengambil beberapa supplement atas nasihat doktor,sometime air zam2 dan beberapa petua tradisional.semasa brusia 3thn dan 3 hari sblm bsalin anak k2 anak saya suspek h1n1,slps 3 bln kemudian dia kena denggi berdarah.Saya hampir gila mengenangkan nasib nya.Syukur ke hadrat illahi anak saya 4thn mampu bersaing dgn kanak2 6thn.supplement penting utk membantu meningkatkan daya tahan dan tenaga mereka.kesukaran akan semakin terasa apabila mereka bersekolah dan sukar mgawal makanan di kantin.

      Reply
    • wawa
      June 8, 2012 at 3:53 am (2 years ago)

      sy bg susu s26 gold, anak sy pn g6pd deficiency dh berusia 1 tahun 4 bln..alhamdulillah ok ja…

      Reply
    • Sharipah
      February 14, 2013 at 5:59 am (1 year ago)

      Anak saya G6PD berumur 3 bulan lebih skrg, saya menyusu bdn sekejap je sbb susu sikit. xsampai lepas pantang saya dah bg FM..sedih jugak sbb xdpt bf..tp nak wat camne..anak 1st..so far saya dah try susu FM lactogen & dutch baby..alhamdulilah dia xda alah ape2 n sihat.

      Reply
  4. ibu
    March 5, 2011 at 1:10 pm (3 years ago)

    siti jb- cuba bg susu formula enfalac A+. ank sy pun g6pd…tp apa pun minta nasihat dr doc kanak2

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge
;) :| :x :twisted: :roll: :oops: :o :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :P :D :?: :? :) :( :!: 8O 8)

Bulk Email Sender