RSS
 

Cuti Sekolah, kartun dan kanak-kanak

02 Jan

Salam ceria,

Hampir sebulan lebih cuti sekolah. Blog saya juga turut senyap dan sunyi. Bukan saya tak usik laptop lansung cuma saya terpaksa berebut dengan anak-anak saya.

Oleh kerana terpaksa bergilir-gilir menggunakan laptop, maka waktu saya sangat terhad untuk menulis. Tambahan lagi dengan kerenah 4 orang kanak-kanak keriangan yang buat rumah saya macam pasar borong setiap hari.

Okay esok dah start mula sekolah semula. Alangkah seronoknya bila mereka dah mula ke sekolah. Boleh la saya concentrate semula dengan banyak kerja yang tertangguh semata-mata sebab berebut laptop.

Oh ye, sepanjang saya terpaksa bergilir-gilir menggunakan laptop , saya terkena penyakit baru. Waktu anak saya menggunakan laptop saya menonton tv. Nak tahu apa cerita kegemaran saya selain dari CSI yang memang saya jarang miss tu?

Hu. hu..saya addict menonton siri kartun kanak-kanak ” Detective Conan”. Pelikkan? Dah umur macam ni syok pulak tengok cerita kartun jepun ni.

Rupanya cerita ni bukanlah siri kartun biasa. Ia lebih merupakan siri kartun penyiasatan ( macam CSI jugaklah ) yang mana ia mengisahkan kebijaksanaan seorang kanak-kanak menjadi penyiasat.

Dan menariknya lagi terdapat buku tebal ( macam komik ) yang pernah saya beli untuk anak saya di tengah jalan waktu berhenti rehat di R & R ( lebuh raya ).

Sangat menrik sehingga saya jadi ketagih dengan cerita kartun ni. Banyak kelebihan cerita ni selain dari membuat kita lebih kuat berfikir untuk menambah ketajaman minda, ia mendorong rasa ingin menyelseaikan masalah. Bukankah ia sesuatu yang baik untuk perkembangan otak?

Itu pada pendapat saya lah sebab saya kurang suka menonton cerita yang bukan-bukan atau siri realiti yang penuh dengan hiburan sahaja kecuali siri seperti ” Mari menari ” ( saya suka menari muda-muda dulu..he he sekarang pun…dalam rumah aje ).

Insyaallah saya akan update lagi bolg ni. Dan insyaallah saya juga akan membuka kedai Facebook tak lama lagi. Buat masa terdekat ni saya sedang kemas kini blog dan uruskan kedai  face book yang saya telah rancang untuk tahun 2011.

Semuga berjumpa lagi dan tak lupa Selamat Tahun Baru 2011. Tengah fikir  azam 2011 ni..Banyak nak kena buat tahun ni dan alamat tak tidur malam lagi la saya.

Jumpa lagi :)

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More PostsWebsite

 
 

Tags: , ,

Leave a Reply

 
;) :| :x :twisted: :roll: :oops: :o :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :P :D :?: :? :) :( :!: 8O 8)
 
 
Bulk Email Sender