Assalamualaikum,
Pagi ni saya nak post satu entri yang agak penting juga sebab ramai juga yang kurang jelas dengan penggunaan e-voucher. Untuk setiap pembelian set bersalin NR seperti Pakej Mom’s Special, saya ada memberikan e-voucher untuk semua pelanggan .
E-Voucher merupakan satu ‘hadiah’ dari saya supaya saya dapat memberikan potongan harga bagi pelanggan yang ingin mendapatkan produk lain di mysetbersalin.com. Selain dari set bersalin, kebanyakan barangan keperluan semasa berpantang seperti tungku moden dan mandian merupakan produk yang sentiasa mendapat tempahan.
Oleh kerana itu dengan menggunakan e-voucher pelanggan yang telah menempah set bersalin NR dengan saya boleh menebus e-voucher tersebut untuk mendapatkan mandian aura contohnya pada harga diskaun.
Sebagai contoh , jika harga asal 3 pek mandian aura ialah RM 34.90 dan e-voucher yang pelanggan pula 10 %, anda kini dapat membeli 3 pek mandian tersebut pada harga RM 31.00 sahaja.Dan e-voucher tersebut boleh di tebus sekali semasa pembelian set bersalin tersebut.Untuk setiap 3 pek tiada sebarang kos penghantaran di kenakan kerana ia masih muat saya masukkan dalam kotak .
Lagi satu, e-voucher tersebut valid dalam tempoh 30 hari selepas tempahan set bersalin di buat. Maknanya pelanggan mempunyai banyak masa untuk mendapatkan mandian aura tersebut asalkan tidak melebihi 30 hari.
Untuk pengetahuan pembaca sekelian, E-Voucher TIDAK DI CETAK ( namanya pun e-voucher…). Ia merupakan voucher dalam bentuk digital. Setiap pembelain secara online saya boleh trace identiti pelanggan melalui email address. Saya beritahu di sini sebab ada pelanggan yang confuse kenapa mereka tak jumpa e-voucher dalam tempahan yang saya hantar.
Bagi pelanggan yan menempah secara offline ( online pun sama jugak ) boleh juga berikan saya no resit yang saya sertakan jika rasa ‘tak confident’ . Maklumlahkan kan kita ni dah biasa pegang kertas
Okay saya rasa itu sahaja untuk pagi ni. Saya harap penerangan saya ini adalah jelas. Oh ye, jika pelanggan yang telah mendapat diskaun e-voucher tu boleh memberikan diskaun tersebut pada rakan/famili jika tak menggunakannya.


Kuala Lumpur Time
