RSS
 

Archive for August, 2011

Selamat Menyambut Aidil Fitri

26 Aug

 

Salam ceria,

Kita akan menyambut Aidil Fitri dalam 3 hari lagi. Rasanya ramai yang dah mula balik ke kampung untuk beraya bersama keluarga. Anda pulak bagaimana? Atau masih bekerja sebab belum sampai ‘ seru’  :)


 

Baiklah, saya juga akan balik ke kampung esok. Hari ni saya nak kemas- kemas rumah sikit dulu supaya bila balik semula ke sini tak la berselerak. Persiapan tak la banyak, lebih kepada budak- budak yang dalam rumah ni aje ( nak simpan duit sebenarnya sebab tengah budget nak pergi jalan tahun depan ).

Dengan anak-anak pun saya siap bagi tau, kalau nak pergi jalan tahun depan, tak boleh belanja berlebih-lebih time raya.Nampaknya mereka ni excited nak berjalan tahun depan so tak banyak ragam la bila saya cakap macam tu :)

Jadi sementara saya masih berpeluang update blog hari ni saya juga nak ambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf jika sepanjang anda membaca blog ini atau pernah berurusan dengan saya jika ada terkasar bahasa. Maklum la kadang-kadang kita tak perasan betul tak?

Saya juga nak juga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat  menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada anda semua. Oh ye, saya akan bercuti selama seminggu ( back to business on Tuesday 6 Ogos 2011 ). Semua tempahan sepanjang saya bercuti akan di proses selepas saya kembali bercuti ye :)

Jumpa lagi.

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
 

Kanak-kanak disleksia – ” Every Child Is Special “- Mesti di tonton oleh Ibu-bapa

13 Aug

Assalamualaikum,

Saya baru saja selesai menonton TV 108 – cerita hindustan ( Astro ) dan nak tau cerita apa yang saya tengok tadi? Cerita pasal kanak-kanak disleksia seperti yang pernah saya tulis dalam entri yang terdahulu.

Cerita kali ni secara kebetulan tekan-tekan remote control tu keluar pulak cerita lakonan Amir Khan yang jadi cikgu di sekolah khas. Hmm..betullah apa pemahaman saya sebelum ni mengenai disleksia iatu satu kesukaran dalam pembelajaran .

Di tunjukkan dalam cerita tu bagaimana kanak-kanak tersebut mengeja sesuatu perkataan dengan terbalik. Akibat tertekan dia yang gemar melukis menghentikan hobinya kerana selalu di marahi keluarga kerana rekod kemajuan yang sangat rendah dalam pelajaran.

Saya dapat melihat bagaimana kanak-kanak yang tertekan dengan ‘kekurangan’ dirinya tiba-tiba tersedar bahawa dirinya adalah sangat istimewa bila dia di sedarkan bahawa ramai orang -orang ternama di dunia rupa-rupanya juga menghadapi kesukaran yang sama sewaktu kecil. Dengan sedikit peransang dan keprihatinan guru yang sedar dengan ‘kekurangannya’ kanak-kanak tersebut mula mendapat sedikit momentum .

Dari saat itu beliau mula menunjukkan bakat dan kesungguhan sehingga mampu untuk menjadi hebat malah lebih baik dari kanak-kanak lain. Tajuk cerita ni ” TAARE ZAMIN PAAR” dalam bahasa Inggeris bermaksud ” Every Child Is Special “.Saya muatkan YOUTUBE cerita ini di sini untuk anda menontonnya kemudian . Cerita hindustan ye bukan cerita omputeh sebab yang penting apa yang dapat anda pelajari dari cerita ini :)

Menarikkan cerita pasal kanak-kanak disleksia ni. Saya rasa sangat menarik sebab pada zaman ini seseorang yang lemah dalam mata pelajaran di sekolah sering di salah bodoh sedangkan mereka mempunyai bakat dan kepandaian yang tidak di miliki oleh orang lain.Sesuatu yang patut kita renungkan juga tentang sistem pembelajaran di negara kita samada kita sebenarnya di hadapan atau ‘out of date ‘

Saya pernah membaca akhbar bagaimana di sesetengah negara barat sejak di sekolah rendah lagi mereka di beri kebebasan untuk menguasai sesuatu kemahiran dan bukan buku semata-mata. Tidak ada istilah kanak-kanak atau pelajar yang lembap sebab masing-masing akan di beri penekanan dan latihan menguasai sesuatu ilmu atau kemahiran. Alangkah baiknya jika sistem ini di amalkan di Malaysia :)

Baiklah saya nak masuk tidur sebab sekarang dah pukul 1.43 am .Takut terlepas pulak time nak bersahur nanti.Hari tu dah terlajak sekali tengok jam dah pukul 6.22 am..

Selamat menonton dan Selamat bersahur.

Kak Rahimah

 

 

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 

Apa dia penyakit Disleksia ? ( Part 1 )

03 Aug

Salam ceria,

Saya teringat beberapa minggu lepas menonton television tetapi tak sempat nak habiskan sebab saya perlu keluar untuk mengambil anak saya di tadika.

Drama yang di tayangkan agak menarik kerana ia mengenai kanak-kanak yang mengidap penyakit disleksia. Sekerat jalan aje saya dapat tengok ceritu tu sedangkan saya ingin tahu kesudahan penamat cerita tersebut.

Ia mengenai bagaimana sepasang suami isteri yang kebingungan kerana anak lelaki mereka di sahkan menghidap disleksia. Mengikut kata ‘doktor’ di dalam drama tersebut, disleksia bukanlah satu penyakit tetapi ia lebih merupakan gangguan dalam pembelajaran yang di hidapi oleh kanak-kanak.

Menurut kata ‘doktor’ itu lagi  mereka  ini juga bukan tergolong dalam kategori bodoh  malah mempunyai keistimewaan atau kelebihan tersendiri seperti pandai melukis, bermain muzik atau lain-lain keistimewaan.

Pelakon Hollywood Tom Cruise ( he he saya minat tengok cerita Mission Imposibble ), saintis Albert Einstein, pelukis terkenal dunia Pablo Picasso dan Da Vincci juga sebenarnya merupakan antara pengidap disleksia.

Menarikkan? Malah menurut wikipedia ( he he..saya search dalam google ) mereka mempunyai tahap kecerdasan yang normal serta tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Mereka hanya mempunyai masalah membaca dan menulis walaupun mereka mempunyai daya pemikiran yang normal.

Kanak -kanak disleksia seeloknya di hantar ke sekolah khas untuk membantu mereka mendapat bimbingan yang betul supaya boleh berdikari tanpa bantuan orang lain setelah dewasa.

Mengikut jalan cerita ni sepanjang saya tengok sekerat jalan tu, keluarga tersebut terdiri dari pasangan suami isteri ( lakonan Maria Farida dan Azhar Sulaiman )yang mempunyai pendidikan yang tinggi dan golongan berada. Mereka kebingungan bagaimana perkara ini terjadi pada anak mereka.

Saya akan sambung lagi beberapa fakta -fakta berguna seperti ciri-ciri dan punca pengidap disleksia ini  untuk tujuan informasi pada para pembaca blog ini pada post yang akan datang. Maklumlah kita semua merupakan ibu-bapa dan sudah pasti kita ingin yang terbaik buat anak kita.

Pada post yang berikutnya juga saya akan cuba mencari beberapa informasi mengenai penyakit -penyakit lain  untuk tujuan perkongsian ilmu.

Kita jumpa lagi nanti

Kak Rahimah

 

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
No Comments

Posted in Artikel

 

Mengandung dan berpuasa di bulan Ramadhan

01 Aug

Assalamualaikum dan selamat berpuasa saya ucapkan pada semua. Kita dah masuk satu Ramadhan dan harapnya lepas la tahun ni kita semua lengkap berpuasa ye.

Saya teringat waktu mengandung anak pertama dulu yang mana masa tu saya cuba berpuasa sebab malas nak ganti banyak-banyak…he he tak terdaya sb godaan banyak.

Tapi memang saya tak mampu sebab cuma terdaya 6 atau 7 hari saje. Bila tak makan badan terus berpeluh dan mengigil-gigil menahan lapar.

Oleh kerana keadaan yang tak mengizinkan maka terpaksalah saya berhenti berpuasa lebih kurang 23 @ 24 hari. Bayangkan tu :(

So, kalau anda sedang mengandung dan masih lagi ‘early stage’ yang mana memang terasa jika tak ambik makanan, saya nasihatkan berbukalah.

Jangan di paksa badan sebab kita masih boleh menggantikannya di lain hari. Time ni memang bayi tengah nak makan dan perlukan khasiat dan pemakanan yang cukup untuk membesar.

Saya juga takut kalau early stage kita kekurangan asid folik yang amat penting untuk tumbesaran bayi yang di kandung. Maklumlah kita cuba elakkan perkara yang buruk dan sentiasa mengharapkan baby yang di kandung sihat dan sempurna.

Seeloknya lebihkan minum air masak dan bukan telan air batu time bulan puasa ni. Bukan tak boleh langsung tapi kadang-kadang bila dah terlebih minum air batu, nasi pu tak lalu nak makan sebab dah terasa kenyang air :)

Ambillah beberapa biji buah khurma yang sangat baik untuk kesihatan dan pembesaran bayi. Buah khurma banyak khasiat selain membekal tenaga kepada kita.

Sebaiknya time ni la kita jaga pemakanan kita sebab 11 bulan yang lain tu kita ambik apa saja waktu makan.Mungkin waktu ni kita boleh disiplinkan diri untuk ambik makanan waktu lapar dan tak sentiasa mengunyah ( bukan untuk yang mengandung ye :) .

 Kurangkan makanan yang berlemak dan berminyak dan seeloknya kalau sempat masak le sendiri. Tapi kalau tak sempat nak buat camana kan. Saya faham sangat masalah ‘jem’ di Kuala Lumpur ni.

Dulu waktu masih bekerja, berhimpit dalam LRT Bangsar sebab nak kejar siapkan meja nak berbuka puasa. Syukurlah saya dah tak perlu lalui semua tu lagi sekarang :)

Ok saya stop dulu sebab bateri laptop dah nak habis , laptop saya pulak buat hal sebab dah nak masuk museum la katakan:(

Daa

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website