RSS
 

Selamat Menyambut Aidil Fitri

26 Aug

 

Salam ceria,

Kita akan menyambut Aidil Fitri dalam 3 hari lagi. Rasanya ramai yang dah mula balik ke kampung untuk beraya bersama keluarga. Anda pulak bagaimana? Atau masih bekerja sebab belum sampai ‘ seru’  :)


 

Baiklah, saya juga akan balik ke kampung esok. Hari ni saya nak kemas- kemas rumah sikit dulu supaya bila balik semula ke sini tak la berselerak. Persiapan tak la banyak, lebih kepada budak- budak yang dalam rumah ni aje ( nak simpan duit sebenarnya sebab tengah budget nak pergi jalan tahun depan ).

Dengan anak-anak pun saya siap bagi tau, kalau nak pergi jalan tahun depan, tak boleh belanja berlebih-lebih time raya.Nampaknya mereka ni excited nak berjalan tahun depan so tak banyak ragam la bila saya cakap macam tu :)

Jadi sementara saya masih berpeluang update blog hari ni saya juga nak ambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf jika sepanjang anda membaca blog ini atau pernah berurusan dengan saya jika ada terkasar bahasa. Maklum la kadang-kadang kita tak perasan betul tak?

Saya juga nak juga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat  menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada anda semua. Oh ye, saya akan bercuti selama seminggu ( back to business on Tuesday 6 Ogos 2011 ). Semua tempahan sepanjang saya bercuti akan di proses selepas saya kembali bercuti ye :)

Jumpa lagi.

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More PostsWebsite

 
 

Leave a Reply

 
;) :| :x :twisted: :roll: :oops: :o :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :P :D :?: :? :) :( :!: 8O 8)
 
 
Bulk Email Sender