RSS
 

Archive for September, 2011

Batuk dan cara mudah mengatasinya

30 Sep

Sekarang dah masuk pukul 1: 28 pagi tapi mata belum mengantuk lagi. Masa ni lah saya browse youtube dan dengar lagu lagu kegemaran saya. The Beatles adalah paling saya suka.Rasa tenang hati dengar lagu-lagu slow dulu-dulu macam Imagine, And i love her dan oh semestinya  Hey Jude. Mana yang segenerasi dengan saya mesti tau lagu-lagu ni..

Minggu lepas cuaca kejap panas dan kering.Tekak saya rasa gatal dan terbatuk-batuk. Malas rasanya nak pergi klinik dan menunggu giliran.Sahabat lama saya bagi tau cara mudah nak cepat baik tanpa perlu ke klinik. Nak tau macammana? Senang aje dan Alhamdulillah saya buat 4 kali sehari, hilang dah batuk saya.senangnya..

Caranya mudah aje..ambil air masak , baca bismillah 21 kali dan baca surah alfatihah selepas tu. Dan minum ( sambil tu berdoa la ye semuga cepat sembuh ). Tak sampai 2 hari batuk saya dah elok.Mujarabnya.Hanya ayat AlQuran saje :)

So sesiapa yang sedang batuk boleh cuba cara yang saya amalkan beberapa hari lepas.Boleh jimat duit klinik juga tau …

Thank you Ri for your advise :)

 

 

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 

Bahaya racun serangga

28 Sep

Hampir 2 minggu saya tak usik blog saya yang dah mula berabuk dan bersawang. Bukan saya not available cuma banyak perkara terjadi dalam masa 2 minggu lepas.

Tiap kali cuba menulis saya padam balik…dah tulis separuh jalan pun saya pada padamkan balik…apa jadi pada diri ku :) Banyak perkara saya fikir sebenarnya.Maklumlah minggu ni  saya dah 44 dan melalui fasa kehidupan yang lain.Kena review balik apa yang saya dah buat sepanjang hidup dan cari kelemahan-kelemahan diri yang kena di perbaiki.Kira musabahah diri la.

Alhamdulillah pagi ni saya dapat luangkan sikit masa untuk panaskan balik blog ni. Minggu ni kejap panas kejap sejuk.Siang memang confirm mendung sampai saya batuk-batuk. Cuma saya perasan malam banyak nyamuk.

So apa saya buat , selepas maghrib saya sembur ubat nyamuk dalam bilik dan tutup pintu sehinga masuk waktu nak tidur.Takut kena denggi sebab pernah kawan saya dulu masuk hospital dengan bekalan ubat panadol hospital  yang boleh buat saya terbeliak .Denggi tak ada ubat.Apa hospital buat cuma pastikan suhu badan pesakit tak naik semula.Masuk air atau panadol je ubatnya.

Contoh salah satu ubat nyamuk ialah jenis aerosol ni..selalu keluar kat tv..kiranya glamour la ubat nyamuk ni

 

 

Kalau yang kurang glamor tapi masih lagi di gunakan terutama bila balik kampung jenis yg lingkaran tu . Ni gambar cun ubat nyamuk tu jenis tu pulak..selalunya orang pakai fumakilla..yang gambar gajah tu le

 

Bagaimanapun untuk pengetahuan anda semua penyembur ubat nyamuk ada bahan kimia yang kurang elok untuk kesihatan iaitu piretroid Namanya pun ubat nyamuk..khas untuk nyamuk yang sakit kan? ..he he. Walaupun ia tak la merbahaya sangat tapi ada dos-dos tertentu yang boleh menyebabkan keracunan.

Tanda-tandanya kalau nak tau rasa mual-mual dan nak muntah ( mcm orang mengandung )atau ciri birit.Sangat bahaya jika anda ada anak yang mengidap asma sebab pernafasan boleh tersekat.Juga boleh sebabkan sawan atau koma . Kalau anak anda terkena semburan ubat nyamuk ni seeloknya cuci terus dengan air dan sabun baju kena basuh semula bersih-bersih.Kalau terkan mata cuci dengan air 15 minit. Atau bawa aje ke klinik jika nampak kurang menyenangkan.

Info yang lebih banyak saya linkkan terus ke ruangan ni sebab panjang saya nak tulis satu-satu. Saya memang tulis santai aje dalam blog saya ni.

Itu saja sebab batuk dah makin teruk sebab tak ambik ubat lansung. Nak ke klinik malas. Semuanya ku malas…apa nak jadi.

Kak Rahimah

P/S : Jangan sembur ubat nyamuk waktu kita baru nak tidur ye :) ..ingat tu

 

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 

Jom kibarkan Jalur Gemilang…Selamat Hari Kemerdekaan MALAYSIA

15 Sep

 

 

Hari ni post saya berbeza atau lari dari topik sebab 31 Hb Ogos 1957 merupakan hari yang sangat penting bagi semua warganegara yang mengaku diri mereka orang Malaysia. Tahun ini Hari Kemerdekaan akan di sambut pada 16 September kerana 31 Ogos 2011 lepas ia jatuh pada bulan Ramadhan.

Saya sangat malu jika ada orang Malaysia yang malu mengaku diri mereka orang Malaysia lebih-lebih lagi orang melayu.Saya sangat patriotik dan sangat seronok mengikuti sambutan hari merdeka di Kuala Lumpur secara live.

Dulu saya pergi yang kat Dataran Merdeka dekat KL je sebab dah dekat dengan rumah, nak ke Melaka jauh sangat. Saya ingat lagi beberapa tahun lepas saya satu family akan bangun pagi-pagi bersiap untuk melihat kemeriahan hari merdeka dengan perarakan kereta berhias.

Yang paling saya suka ialah bila para anggota tentera dan polis berkawad atau marching di sepanjang jalan depan bangunan EPF.Semangat ooo..mungkin sebab saya berjiwa lasak dan menggemari acara seperti ini. Tak kisah berhimpit dengan orang ramai asalkan dapat duduk depan dengan anak-anak menyaksikan acara gemilang pada hari tersebut.

Bagaimanapun sejak beberapa tahun dan bila 31 Ogos jatuh pada bulan Ramadhan, ia agak sunyi tetapi rasanya tahun ni akan diadakan semula pada 16 September  ( sekarang dah masuk 16 hb jam 12.40 am waktu saya menulis ). Pada pendapat saya Hari Kemerdekaan mesti di raikan dan di semai pada setiap anak-anak Malaysia supaya mereka menghargai kehidupan.

Generasi yang tidak pernah berasa susah ketika zaman penjajahan Jepun , Belanda dan British dan komunis tidak akan mengerti erti kemerdekaan jika tidak di beritahu. Saya bukanlah lahir di sebelum merdeka tapi cerita dari orang tua saya di zaman penjajahan amat menakutkan terutama waktu komunis berleluasa.

Zaman saya belajar di sekolah rendah dan menengah subjek sejarah adalah matapelajaran wajib dan bukan subjek pilihan seperti sekarang. Saya ada membaca akhbar yang mungkin tahun depan subjek sejarah akan menjadi subjek wajib dan saya amat bersyukur kerana masih belum terlambat untuk mendidik bangsa Malaysia ( terutama orang melayu ) mengenali bagaimana Malaysia di bentuk.

Hargailah keamanan yang ada sekarang kerana sekali tersilap akan menyesal hingga akhir hayat.

Saya anak Malaysia…suka lagu Dr Sam :)

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
No Comments

Posted in Artikel

 

Obses untuk kurus…….berhati-hati dengan anorexia.

13 Sep

Assalamualaikum,

Sewaktu saya menulis ni dah pun pukul 1: 28 am, dan mata belum mengantuk lagi. Tadi saya dengan anak saya yang darjah 5 asyik dengan youtube penyanyi kegemaran saya – The Carpenters. Siapa yang segenerasi dengan saya pasti kenal siapa The Carpenters ni.

Yang ni pulak youtube beliau semasa penyakit tersebut dah menjadi teruk tetapi beliau masih boleh menyanyi.Saya tunjuk youtube ni jika anda pernah mendengar lagu yang di nyanyikan di atas..( kalau anda bekerja di pejabat perlahankan sound kalau tak nanti terkejut satu office..kalau nak nyanyi sekali pun boleh tapi saya tak bertanggung jawab ;)

Cuba lihat bagaimana kurusnya dia ketika membuat persembahan sehingga pakaian yang di pakai masih tak mampu menyorokkan kekurusannya .

Pada generasi sekarang yang saya panggil generasi K-Pop atau Beyonce, kehebatan dan kegemilangan The Carpenter tak dapat mereka tandingi. Semua lagu mereka saya suka sebab ia tidak menyakitkan telinga walaupun sewaktu saya muda belia dulu, saya pun suka rock jugak..of course Amy Search is my favorite..phewittttt :)

Saya rasa terpanggil pulak nak menulis tentang Karen Carpenter-vokalis duo ni sebab beliau mempunyai penyakit Anorexia. Penyakit obses untuk kurus sehingga badan jadi melidi walaupun tanpa mereka sedari yang mereka sudah pun cukup cantik sebenarnya.Kalau dalam bahasa persuratan anorexia adalah gangguan dalam tabiat pemakanan yang membahayakan kesihatan fizikal dan emosi.

Tanda-tanda anda mengidap anorexia antaranya :

1.Tekanan darah dan nadi yang rendah

2.Keletihan, mengantuk , fikiran sentiasa terganggu.

3.Kurang gemar bersosial sebab mereka mahu mengelakkan makanan yang bakal di nikmati

Jadi kalau anda rasa anda ingin kurus tapi rakan dan famili mengatakan anda sudah cukup cantik dan sesuai dengan ketingian, dengarlah cakap mereka.Jika anda tak puas hati, jumpalah doktor dulu untuk dapatkan kepastian sebelum berlaku seperti apa yang terjadi kepada Karen Carpenter..I missed you Karen..( Oh ye Karen Carpenter telah pun meninggal dunia pada 1983 iaitu ketika saya di Tingkatan 4 :( )

Kak Rahimah

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 

Koleksi terbaru bedung bayi dan barut bercorak

09 Sep

Bertemu kembali selepas seminggu meraikan aidil fitri.Apa khabar anda semua? Sekarang dah masuk Syawal dan mulai minggu ni berlumba-lumbalah kita dengan rumah terbuka pulak ye.

Rasanya berat yang dah turun berkilo-kilo hari tu dah melepasi tahap kritikal kot :) Sekejap aje berat dan naik balik …. hari pertama aidil fitri dah k.o betul tak?

Mulai minggu ni jugalah jalan akan ‘jam’ dengan kenderaan yang berkonvoi untuk meraikan rumah terbuka. Saya selalunya malas nak keluar dari rumah hari minggu jika selepas balik dari bercuti raya dari kampung. Tak larat nak tempuh Ampang Point yang 10 minit jadi 45 minit ( itupun kalau nasib baik ).

Jadi minggu ni saya duduk rumah ajelah nampaknya dan update web saya dengan produk dan koleksi yang baru saja masuk.Harapnya nursing kaftan yang dah lama saya rancang akan dapat saya pasarkan dalam 2 minggu lagi.Kalau sesiapa yang berada di Kelantan dan Terengganu yang mengedarkan kaftan batik membaca post ni, jangan la segan contact saya untuk deal ye :)

Baiklah semalam saya menerima pangilan talipon dari seorang pembaca blog/web ketika saya sedang mengemas kini kedai facebook saya. Saya update kedai facebook saya dulu sebab ia agak senang dan cepat berbanding di laman web mini saya tu.

Jadi dah selesai di facebook baru saya upload pula di web. Saya upload di sini beberapa koleksi baru bedung bayi  dan barut bayi bercorak yang baru sampai.

 

Barut bayi juga ada saya sediakan dengan corak yang sama. Begitu juga dengan tungku bayi yang saya belum sempat upload beberapa photo yang saya snap semalam.

Stok tak la banyak sangat sebab saya pilih yan mana saya rasa menarik aje. Kadang-kadang warna cantik tapi corak pulak saya tak berkenan atau tak kena dengan persekitaran masyarakat kita.

Satu tip untuk mencuci bedung bayi ini ialah jangan di campurkan dengan pakaian bayi . Sebelum ini saya pernah mencuba mencuci bedung dan barut bayi sebab kadang-kadang warna yang terang turun dan menyebabkan pakaian bayi berwana putih atau plain’ bercorak’ :) . Tak mampu pulak saya nak test basuh semua corak jadi cara terbaik ialah dengan mengasingkan bedung dan barut dengan pakaian bayi yang lain.

Lagi satu ialah jangan menggunakan sabun biasa yang kita pakai kecuali sabun khas untuk pakaian bayi. Ini kerana ada kandungan dalam sabun yang agak ‘kasar’ dengan kulit bayi yang sensitif ( kita yang dewasa pun kadang-kadang boleh rasa gatal-gatal atau menggelupas jika kulit sensitif ).

Itu saja pagi ini sebab sekarang dah pukul 7.37 am ( saya terjaga pukul 3.25 pagi hari ni )

Kak Rahimah

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website