Assalamualaikum,
Sewaktu saya menulis ni dah pun pukul 1: 28 am, dan mata belum mengantuk lagi. Tadi saya dengan anak saya yang darjah 5 asyik dengan youtube penyanyi kegemaran saya – The Carpenters. Siapa yang segenerasi dengan saya pasti kenal siapa The Carpenters ni.
Yang ni pulak youtube beliau semasa penyakit tersebut dah menjadi teruk tetapi beliau masih boleh menyanyi.Saya tunjuk youtube ni jika anda pernah mendengar lagu yang di nyanyikan di atas..( kalau anda bekerja di pejabat perlahankan sound kalau tak nanti terkejut satu office..kalau nak nyanyi sekali pun boleh tapi saya tak bertanggung jawab
Cuba lihat bagaimana kurusnya dia ketika membuat persembahan sehingga pakaian yang di pakai masih tak mampu menyorokkan kekurusannya .
Pada generasi sekarang yang saya panggil generasi K-Pop atau Beyonce, kehebatan dan kegemilangan The Carpenter tak dapat mereka tandingi. Semua lagu mereka saya suka sebab ia tidak menyakitkan telinga walaupun sewaktu saya muda belia dulu, saya pun suka rock jugak..of course Amy Search is my favorite..phewittttt
Saya rasa terpanggil pulak nak menulis tentang Karen Carpenter-vokalis duo ni sebab beliau mempunyai penyakit Anorexia. Penyakit obses untuk kurus sehingga badan jadi melidi walaupun tanpa mereka sedari yang mereka sudah pun cukup cantik sebenarnya.Kalau dalam bahasa persuratan anorexia adalah gangguan dalam tabiat pemakanan yang membahayakan kesihatan fizikal dan emosi.
Tanda-tanda anda mengidap anorexia antaranya :
1.Tekanan darah dan nadi yang rendah
2.Keletihan, mengantuk , fikiran sentiasa terganggu.
3.Kurang gemar bersosial sebab mereka mahu mengelakkan makanan yang bakal di nikmati
Jadi kalau anda rasa anda ingin kurus tapi rakan dan famili mengatakan anda sudah cukup cantik dan sesuai dengan ketingian, dengarlah cakap mereka.Jika anda tak puas hati, jumpalah doktor dulu untuk dapatkan kepastian sebelum berlaku seperti apa yang terjadi kepada Karen Carpenter..I missed you Karen..( Oh ye Karen Carpenter telah pun meninggal dunia pada 1983 iaitu ketika saya di Tingkatan 4
)


Kuala Lumpur Time
