RSS
 

Archive for October, 2011

Seronoknya jumpa kawan lama..silaturrahim tidak terputus

08 Oct

Hari ni post saya lari dari topik…bukan cerita pasal set bersalin la, nr la..bla bla bla..Sesekali nak jugak lari dari topik..Kalau di awal saya membangunkan blog ni saya banyak bercerita tentang penjagaan berpantang, setelah 3 tahun rasanya dah banyak topik tentang penjagaan selepas bersalin yang saya sentuh.Kalau ada baby, baby tu pun dah berusia 3 tahun :)

Aha…nak baca boleh tak baca pun tak pe…biar saya syok sendiri..Jumaat lepas saya ke KL Sentral atas jemputan kawan baik saya yang dah hampir 2 tahun saya tak jumpa. Maklum la..sejak saya bekerja sendiri 2 tahun lepas, saya tak pernah lagi ke sana. Bukan tak nak pergi tapi tak ada kesempatan.

So hari Jumaat hari tu dapatlah saya jumpa kawan saya Iza dan Sal yang sama-sama keras kepala macam saya..hi hi.Banyak yang kami bualkan sampaikan tak sedar dah berjam-jam berbual lupa pulak nak snap photo..balik rumah baru teringat pasal la lupa tadi..eeiiish.

Bila dah jumpa kawan baik memang macam tu..rasa macam tak puas nak jumpa nak tanya macam-macam hal..Oleh kerana kami dapat jumpa waktu lunch hour sebab kawan-kawan saya bekerja jadi pukul 2.30pm kami terpaksa berpisah.

Yang pasti, saya seronok sebab kawan saya ambil kesempatan celebrate belated  bithday saya dengan si Sal yang harinya jatuh pada hari Jumaat tu..Menurut Dr Fadzillah Kamsah dalam salah satu ceramah motivasi beliau, sambut lah hari lahir dengan doa yang kita akan menjadi lebih baik. Jadikan ia satu titik tolak untuk kita melakukan perubahan dalam hidup.

 

Kesimpulannya di sini saya bersyukur kerana saya masih mempunyai kawan baik yang sama-sama berkongsi kegembiraan dan kesedihan. Oh ye..melalui facebook juga saya ‘berjumpa ‘ kembali sahabat-sahabat lama saya ketika menuntut di ITM Shah Alam kira kira 26 tahun yang lalu..lama tu. Tq Mark Zuckerberg ! But use facebook for good things..remember ye…sendiri mau ingat sebab zaman canggih ni macam-macam boleh jadi.

Insyaallah silaturrahim tidak terputus jika kita sentiasa berbaik-baik dengan orang lebih-lebih lagi bila seseorang sedang di landa kesedihan..

Kak Rahimah

P/S : Ramai jugak customer yang duduk oversea balik Malaysia datang ke rumah saya…dah jadi kawan :)

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
No Comments

Posted in Artikel

 

Tips Keluarga bahagia Dr Fadzillah Kamsah

07 Oct

Pagi ni saya bangun awal sempat saya browse youtube dan sempat mendengar ceramah motivasi Dr Fadzillah Kamsah . Video ni saya memang tak pernah tengok lagi dan banyak tips berguna kepada semua ibu bapa termasuklah saya sendiri dalam mendidik anak-anak.

Kesimpulannya banyak masalah sosial anak-anak sekarang berlaku kerana keluarga yang kurang bahagia. Dan salah satu puncanya juga kerana rezeki yang tidak berkat.Jadi kalau bekerja kenalah kerja dengan penuh amanah , tidak ponteng , tidak makan riba dan sebagainya  supaya rezeki yang di beri pada anak-anak di berkati.

 

Apa kata kita share dan tonton video ni sekarang dan praktikkan mana yang kita tak pernah atau kurang praktikkan .

Jumpa lagi dengan tips Dr Fadzillah nanti ye :)

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
 
Bulk Email Sender