Salam ceria,
Agak lama saya tidak menulis apa-apa di sini. Bukan saya ‘ not available’ tapi saya agak sibuk dengan macam-macam perkara yang perlu saya lakukan.
Raya aidil adha lepas saya ada berjumpa kembali rakan satu dorm saya masa di ITM dulu. Hampir 17 tahun kami tak contact . Last-last dalam facebook kami jumpa semula
Apa lagi raya hari tu dapatlah saya jumpa balik beliau. Hmm..siap makan tengah hari lagi masa jumpa tu.
Saya seronok dapat jumpa balik kawan-kawan lama ni. Bukan apa teringat masa saya muda-muda dulu dengan aktiviti-aktiviti ‘luar jangkaan’ kami.Apa aktiviti tu? Tu kami saje yang tau
Okay, saya baru saja upload akoleksi bedung terbaru dalam web saya. Dah lama saya nak upload tapi entah macam mana tiap kali snap photo mesti ada yang terdelete. Lepas tu pend drive saya pulak not readible ! Banyak betul dugaannya. Tapi alhamdulillah pagi tadi sebelum subuh sempat saya masukkan.
Kat sini saya siarkankan sekali .
So , kalau mana-mana yang nak tengok koleksi bedung terbaru boleh tengok kat sini dan tempah di sini terus .
Insyaallah kalau saya ada koleksi bedung terbaru saya akan upload semula. Untuk pengetahuan semua, kalau kita dah ada bedung tak perlu lagi nak beli kain selimut untuk bayi. Save duit sebab bedung ni boleh di jadikan selimut bayi lepas bersalin nanti. Boleh jugak di gunakan untuk di bawa berjalan-jalan.
Okay itu saja pagi ni sebab saya perlu ke sekolah anak saya untuk ambik beberapa dokumen tadika beliau pagi ni jugak. Tahun depan anak saya masuk darjah satu. Hmm…boleh la saya nak keluar jalan-jalan sorang diri sebelah petang tanpa sebarang gangguan dan rasa lebih aman
Jumpa lagi.









