RSS
 

Archive for January, 2012

kaftan penyusuan @ maternity kaftan sewaktu berpantang

06 Jan

3 hari ni kepenatan yang teramat sangat …uruskan anak sekolah masuk darjah satu.Penat sebab dia tak reti duduk diam.Kita yang risau kalau dia tak jumpa kelas dia waktu perhimpunan.Tapi selamba je muka dia bila terlewat beratur. Susahnya anak bila terlampau berani.

Sepanjang 3 hari ni jugak ada tempahan yang dapat di hantar dan ada yang terpaksa di pos pada isnin depan.Kebetulan waktu pick up poslaju time darjah satu break.Memang tak dapat nak arrangekan time lain dengan poslaju sekarang ni.

Baru teringat yang saya tak sempat nak bagi tau pada pembaca blog ni yang kaftan penyusuan atau maternity kaftan telah pun mula di edarkan. Kaftan ni khas di gunakan waktu dalam pantang atau boleh aje lepas tu guna macam biasa kalau suka ( apa salahnya ye tak ? )

Secara ringkasnya kaftan ni kaftan batik yang di buat di Malaysia.Kain jenis fuji yang memang sejuk , selesa dan tak mengecut bila kita basuh.Warna pun tak luntur.Saya telah menambah baik mutu kaftan ni dalam beberapa segi seperti  bahagian bawah kain  menggunakan jahitan mesin dan bukan di gulung seperti kebanyakan kaftan dari kilang.

 

Saya personally kurang puas hati kalau jahitan bawah cepat tetas lebih-lebih lagi kalau kaftan ni di cuci dengan mesin basuh. Kalau nak lebih tahan lama sebelum basuh masukkan dulu kaftan ni dalam laundry bag ( beg jaring-jaring). Insyaallah tak terbuka jahitan sebab kain kurang di tarik-tarik waktu mesin berjalan.

Lagi satu saya guna zip dalam untuk sisi kiri dan kanan. So tak berapa nampaklah zip tu kalau di tenung dari kiri dan kanan baju.

 

Gambar kat atas saya tunjukkan sikit ciri-ciri yang saya tuliskan tadi. Masa ambik gambar ada yang terdelete…so ada kain kaftan warna oren dan ada warna meroon. The real picture boleh tengok atau klik kat gambar kaftan di sebelah kanan blog ni atau boleh aje klik kat sini

Oleh kerana 3 hari ni dah kepenatan, post kali ni pendek aje..mata dah tak boleh tahan. Nanti ada masa ( ada ke saya masa nanti :( )…saya post entry lain pulak…bila lah nak rajin update blog semula ni.

Selamat malam

 

 

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
No Comments

Posted in Artikel