Adik kawan saya datang rumah malam semalam untuk ambik kurma Ajwah atau kurma nabi yang di pesan. Pintu pagar dah di kunci nasib baik la saya masih lagi mengetuk laptop yang dah boleh masuk muzium ni.
Nampaknya begitu banyak idea bisnes yang datang dalam kepala saya minggu ni . Nampak saja sesuatu barang tu kepala saya mula la ..mmm…boleh buat bisnes ni..Kata kawan saya …mata duitan ! Alhamdulillah kerana Allah bagi saya berbagai peluang dan idea untuk meningkatkan perniagaan online saya. Gunakanlah sebaik-baiknya betul tak?
Insyaallah tak lama lagi saya akan mula membekalkan ( telah pun bermula sebenarnya ) pelbagai jenis kurma dan makanan yang sewaktu dengannya . Boleh la sape-sape nak jual secara borong atau runcit hubungi saya untuk dapatkan price list .Buat masa ni, saya baru saja upload beberapa gambar dan info produk di kedai facebook saya.Tak lengkap lagi
Kalau dah macam-macam jenis kurma ada, saya kena la guna web e-commerce utk mudahkan customer view.Tak larat nak update dalam minisite ni. Boleh klik gambar kurma, kacang pistachio, kismis yang ada di side bar sebelah kanan blog saya ni..tapi info masih belum lengkap
Insyaallah nanti akan muncul jua laman web khas untuk saya perkenalkan kurma yang saya dapati mempunyai permintaan yang sangat tinggi dan banyak di amalkan untuk tujuan perubatan.Bayangkanlah ada lebih kurang 1400 jenis kurma rupanya ..barulah saya tau.
Antara khasiat kurma :
1.Membekalkan tenaga segera pada badan ( sebab itulah ramadhan kita di sunatkan berbuka dengan kurma )
2.Melawaskan sistem pencernaan kerana kulit kurma kaya dengan serat
3.Meningkatkan kecerdasan bayi /kanak-kanak kerana banyak mengandungi potasium
Nanti saya akan terangkan lagi khasiat kurma pada post akan datang sebab ada banyak yang masih ramai tak tahu.
Mlalam tadi adik kawan saya tu kata ( tak ingat adik ke kakak ) yang dia cari kurma nabi sebab dia nak buat ubat.Ustaz yang suruh dia cari kurma ni untuk di buat ubat kanser.
Teringat saya ada membaca di blog/forum beberapa hari lepas yang kurma ajwah atau kebanyakan orang panggil kurma nabi ni adalah buah dari syurga.Nanti saya akan update lagi sejarah atau asal usul kurma nabi ni dalam entri yang akan datang. Tungguuuuuu……












