RSS
 

Tips dan panduan melancong dengan anak-anak….kena bawa botol air boleh lipat ni sekali .

17 Feb

Petang tadi janji nak update blog pukul 3 petang tapi mata terlelap.Apa lagi anak saya pun ambik kesempatan lah diam-diam guna laptop saya waktu saya beradu.Betul la budak ni.

Dari minggu lepas saya agak sibuk menyiapkan produk baru di mysetbersalin.com. Oleh kerana web designer saya banyak job sekarang jadi terpaksalah add page aje untuk sementara.

Bulan March nanti saya akan travel dengan kawan “sebisnes” saya selama lebih kurang 12 hari. Jadi dalam sibuk-sibuk browse tips-tips dan panduan  sebelum melancong ( kononnya la ) saya tertarik dengan satu produk ni. Produk yang saya maksudkan ialah botol air yang boleh di lipat lepatkan macam kertas :)

Baju , seluar, maggee mee semua saya dah try packing dalam beg pack saya..gemuk dan penuh beg tu jadinya. Tapi yang best tu, botol air ni boleh aje saya sumbat dalam beg pack saya .

Kenapa nak bawak botol air air ye? Banyak benda lain nak bawak botol air pulak yang saya angkut. Senang aje jawapannya ..

Bila saya browse blog dan forum mereka yang suka melancong ke luar negara eropah  atau china la contohnya ( air asia kan banyak bagi tiket murah ), saya tengok kebanyakkan bloggers atau ahli forum suggest bawak botol air kosong.

Rupanya-rupanya public tolet kat sana , tak kira la london ke paris ke ,…ghuangzou sekali, pun dalam bilik air tak ada paip air. Semua paip air ada kat sinki. Payah tu..bayangkan kalau keadaan dah terdesak, boleh pitam kalau tak ada bekas air. Tak kan nak lap-lap aje :)

Jadi saya rasa botol air kosong yang saya beli hari tu sangat-sangat la membantu waktu di sana nanti. Cuba tengok gambar kat bawah ni saya masukkan supaya mudah kita faham.

Gambar pertama ni saya dah masukkan air ke dalamnya..( boleh berdiri botol ni bila dah isi air )

Gambar ke dua ni, kalau tak nak guna boleh kelepek kan aje ( bahasa mana kelepek ni )…negeri sembilan kot..Nampak tak ada penyangkut kat tepi supaya lipatan tak terbukak..best kan?

Gambar ke tiga, kalau jalan-jalan boleh sangkutkan kat luar beg

Ha gambar yang ni lak, beberapa unit yang saya ada..tapi banyak gambar kartun lah..ni tengah tunggu gambar lain dari supplier.

 

Kalau nak info lebih lanjut mengenai botol lipat ni  boleh klik kat sini . Anak saya pun dah tukar botol air dia pada yang saya beli ni.Senang katanya selit je kat tepi poket beg bila air dah habis. Si adik pun sorok satu siap-siap angry bird dalam beg sekolah dia..Oops tak boleh yang ni sebab nanti balik sekolah confirm botol air tu pun dah tak ada.

Pada saya kalau melancong dengan anak-anak memang kena bawak botol air ni.Senang kalau nak masuk public toilet kat negara yang bilik airnya canggih manggih ni.. Kalau melancong berkumpulan ke atau back packers je pun praktikal.Student pun boleh guna botol ni lebih-lebih lagi yang suka aktiviti luar.

So saya nak kena check lagi apa lagi saya kena sediakan sebelum tarikh yang di nantikan selama ni sampai.Tak sabar dah rasanya nak berangkat menikmati pemandangan baru di negara yang ku idam-idamkan nak pergi berjalan ni.

Jumpa lagi ye sebab saya ada banyak sangat kerja yang belum siap. Projek lain pun sedang menunggu untuk di touch up.

 

 

 

 

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More PostsWebsite

 

Tags: , , , , , , ,

Leave a Reply

 

;) :| :x :twisted: :roll: :oops: :o :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :P :D :?: :? :) :( :!: 8O 8)
 
  1. Nath

    February 21, 2012 at 6:40 am

    nice, i totally need this for my next back packing trip. Thanks for the sharing~

     
  2. erwan

    August 6, 2012 at 2:43 pm

    Good info. Nak cari gak kat kedai nanti. Thanks.

    .