RSS
 

Archive for March, 2012

Koleksi terbaru botol air boleh lipat untuk melancong bulan march

01 Mar

Tinggal 12 hari lagi saya nak berjalan-jalan. Ada barang belum pack tunggu baju order dari azie sampai.Dah sampai boleh la sumbat betul-betul dalam beg pack.

Botol air lipat lepat ni pun dah saya sumbat 2 biji dalam beg pack.Senang nanti nak ke public toilet kat sana.Dah baca komen-komen dan tips orang kat blog kalau tak ada botol air.Ingatkan dulu untuk bawak minum tapi lebih pada nak membersihkan diri. Saya sambar hello kitty dua-dua sebab gambar kucing ni cute sangat.Tak ori pun tak apelah janji benda ni berguna untuk saya kat sana nanti.

Ni stok terbaru saya baru ambik dari supplier. Boleh check kat sini kalau sape-sape nak makan angin atau melancong bulan 3 nanti…sementara saya adalah ya. Saya letak 3-4 keping aje kat sini sebab banyak corak.

Kalau hari tu saya ambik gambar kartun je sebab itu aje yang ada.Di sebabkan banyak permintaan  dair ibu-ibu yang segan nak bawak masuk kartun so saya try la jugak dapatkan dari supplier. Ada lebih kurang 5 – 6 warna sahaja. Yang gambar angry bird ke apa ke diaorang bagi kat anak .Semua yang pergi kena ada sorang satu kata kak Shah yang call saya semalam.

Tak kisah la..dah nazak sangat botol gambar kartun pun saya sapu  :) Lagi satu saya plan nak bawak kurma sikit nak tapau dalam beg pack. Kurma kena ada sebab penahan lapar.Tak terfikir sebenarnya hari tu nak bawak kurma tapi bila borak-borak dengan kawan baru teringat nak bawak sikit sambil jalan-jalan boleh makan sementara dapat makan nasi( jumpa ke nasi nanti ni…hu hu )

Kejap lagi saya nak check apa lagi nak bawak ..kawan saya cakap tilam katil tak nak bawak sekali ke? Perli tu! Hi hi tak pe janji diriku tetap pergi ke sana tahun ni .Manalah tau entah hidup lagi entah tidak…mati mau ingat jugak..

Oklah saya kena tidur kejap sebab mata terlampau mengantuk.Semalam tertidur depan laptop amsa update web.Sedar-sedar dah pukul berapa dah.

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
2 Comments

Posted in Artikel