RSS
 

Archive for April, 2012

Kenapa saya suka kurma ajwa @kurma nabi?

29 Apr

Balik dari london bulan lepas saya tengok container berisi kurma nabi atau kurma ajwah saya telah berkurangan.Saja saya pesan dengan anak saya kalau nak makan kurma tu makan ajelah .Kurma ni memang mahal sikit tapi di sebabkan anak saya pulak suka makan saya simpan sikit untuk mereka.

Sebelum ni anak saya memang liat sikit nak makan kurma.Puas saya suruh pun mereka makan sebiji aje untuk ambik hati saya. Bila saya suruh mereka makan kurma nabi ni laju pulak mereka telan.Pelik ! Yang memang tak suka kurma pun bawak satu bekas depan tv sambil kunyah-kunyah.

Saya sendiri pun sangat suka kurma ni sebab rasanya yang kurang manis ( kata orang manis-manis buah ) .Saya memang kurang suka kalau kurma tu terlampau manis dan lekit tapi tidak dengan kurma nabi. Rupa bentuk kurma ni tak berapa besar dan berwarna kehitam-hitaman.Kulit luar macam berkedut-kedut ( saya kata macam kulit muka orang tua )

Di bahagian badan (kadangkala di pangkal atau di hujung ) kurma tu kelihatan seperti kalimah berwarna teh susu.Lain benar rupa bentuknya berbanding dengan jenis kurma yang lain.

Masa saya travel di europe hari tu, saya bawak satu bekas kurma untuk bekalan tahan lapar. Memang perut tak rasa begitu lapar sebab pagi saya breakfast dulu dengan nasi ( masak tu ) dan saya ambik kurma sekali.Masa berjalan atau berehat saya telan jugak kurma yang saya bawa dalam cuaca sejuk-sejuk berangin tu.

Sebab itulah rupanya bila berpuasa dan berbuka dengan kurma badan kita tak rasa lapar sangat sebab kurma ni membekalkan tenaga.

Asalnya kurma ajwa ni dari madinah. Pokoknya tak hidup tempat lain. Mengikut pembacaan saya mengenai asal-usul kurma ajwah ni ialah peristiwa di mana Nabi Muhammad SAW mahu berbuka puasa tetapi tiada sebarang makanan untuk baginda .

Maliakt Jibril yang sangat terharu dengan keadaan nabi ketika itu telah meminta ALLAH untuk mengurniakan sesuatu untuk di jamah sebagai pembuka puasa. Dengan izin ALLAH maka di turunkan kurma ajwa dan bijinya telah di tanam oleh nabi selepas itu. Pohon kurma ajwa ini hidup subur di Madinah tetapi pohonnya tidaklah banyak.

Mungkin di sebabkan pohonnya tidak banyak di samping khasiat dan keistimewaan Nabi Muhammad itu sendiri menjadikan kurma ajwa ini sangat di sukai ramai walaupun harganya agak mahal (adatla kan kalau sesuatu tu susah nak dapat, mesti harganya mahal ).Di samping tu juga mengikut pemerhatian saya kurma jenis ni banyak di gunakan untuk tujuan perubatan islam.

Sememangnya buah kurma itu sendiri banyak khasiat dari segi kesihatan dan patut di amalkan sebagai makanan harian. Kalau kita biasa mengunyah biskut , kentang goreng, kacang atau makanan segera elok la ditukar tabiat tu. Anak anak boleh di latih untuk menjadikan kurma sebagai snack harian mereka terutama sekali di waktu pagi sebelum ke sekolah.

Selain mencerdaskan minda dengan kandungan potasium yang tinggi, ia juga membekalkan tenaga pada kanak-kanak yang aktif sewaktu di sekolah.

Antara khasiat kurma :-

1.Membekalkan tenaga kerana kurma kaya dengan kalsium dan zat besi

2.Meredakan tekanan darah tinggi kerana tidak emngandungi lemak,kolestrol dan garam.

3.Mencegah barah usus kerana kulit kurma itu sendiri banyak mengandungi serat ( fiber ) yang sangat di perlukan dalam sistem pencernaan

4.Menggalakkan pertambahan susu ibu dan meningkatkan tahap ingatan/kecerdasan kerana kaya dengan potasium ( sangat bagus untuk ibu mengandung )

5. Mengurangkan berat badan dan risiko penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi yang selalunya akan menyerang mereka yang bermasalah berat badan dan kurang amalkan bersukan.

Bagi orang islam pula, anak yang lahir dari ibu yang mengamalkan kurma sewaktu mengandung akan menjadi anak yang penyabar, bersopan dan mempunyai akhlak yang tinggi. Malah dengan bersedekah dengan separuh buah kurma pun dapat menjauhkan kita dari api neraka.Betapa banyaknya pahala yang kita dapat dengan buah kurma ni .

Jadi marilah kita amalkan makanan yang berkhasiat mulai dari hari ini dan tinggalkan snack atau jajan yang kurang atau tidak berkhasiat langsung.

PS : Jika anda sedang mencari kurma ajwa ni atau kurma lain dan yang sewaktu dengannya, klik di side bar sebelah kanan , atau hubungi saya untuk keterangan lanjut.

PPS : Kalau nak tengok jenis kurma yang lain atau yang sewaktu dengannya klik kedai facebook saya :)

 

 

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
No Comments

Posted in Artikel

 

5 Khasiat kismis yang elok untuk penjagaan kesihatan

09 Apr

Semalam saya  menonton sebuah telemovie di Astro Awani bertajuk Link ke 2. Menarik cerita ni sebab ia mampu menginsafkan kita tentang betapa pentingnya menjaga dan mendidik anak-anak supaya menjadi manusia yang berguna.

Secara ringkas ia sebenarnya kisah mengenai kisah seorang bekas banduan yang telah insaf dengan kesalahan masa lampau dan mensia-siakan diri sendiri dan keluarga. Oleh kerana beliau telah pun berpindah ke tempat lain selepas keluar dari penjara, di tempat beliau tinggal ada sekumpulan anak muda yang suka melepak .

Oleh kerana tidak ingin melihat remaja ini hanyut belaiu menngajak remaja tersbut untuk mencari harta karun di kebunnya.Harta karun yang di maksudkan sebenarnya ialah hasil kebun yang akan di dapati selepas berbudi pada tanah.

Saya tertarik dengan cara pendekatan belaiu mendekati kumpulan remaja tersebut tanpa memaki hamun mereka kerana setiap manusia pasti ada harga diri. Jika kena dengan caranya setiap orang boleh berubah dan ada ahli kumpulan remaja tersebut yang berubah dan insaf dengan perbuatan sia-sia mereka dan selepas itu lebih menghormati ibu-bapa.

Cerita sebginilah yang elok di tonton oleh kita kerana ia mengandungi pelbagai pengajaran.Sebelum tu saya menonton rancangan Cubaan kelolaan Akil Khay.Menarik cuma kadangkala menyampah dengan gelagat manusia yang memberikan  komen baik selepas terperangkap. Padahal sebelum tu bila di ajak /di uji oleh krew siri tersebut tanpa menyedari diri mereka di perhatikan , laju saja nak buat benda yang tak elok.

Macam-macam tapi bagus juga bila ada siri seperti Cubaan tu sebab sekurang-kurangnya kita yang menonton pun sebenarnya sedang di uji dan di perhatikan.Oleh siapa? Ha ha..faham sendiri ye, kalau tak faham jugak tak tau la.

Okay saya sedang cuba menyiapkan laman web baru saya tapi di sebabkan malas nak usik apa-apa sebab semalam pukul 2 pagi saya tidur lebih baik saya usik blog yang dah seminggu saya tak usik ni.

Jadi hari ni saya nak tulis pasal kismis sebabnya buah anggur kering atau kismis yang di order oleh kakak saya dah habis stok. Stok saya pulak memang dah habis sebab kismis tu anak saya buat macam gula-gula.Tapi tak apelah sebab kismis tu lebih berkhasiat dari gula-gula betul tak? Bayangkan kalau 250 gm boleh habis dalam sekelip mata, berapa kilo pulak saya nak simpan stok untuk mereka ni.

Selain kurma, kismis merupakan salah satu makanan favorite untuk kanak-kanak malah wanita mengandung juga. Kismis merupakan buah anggur yang di keringkan.Kismis bebas dari kolestrol, rendah tahap sodium dan tidak mengandungi lemak. Kismis kaya dengan nutrisi seperti vitamin, zat besi, mineral,serat dan kalsium.

Seperti kurma juga, kismis membekalkan tenaga secara serta merta kerana ia mengandungi gula fruktosa yang mudah di proses .

Antara khasiat kismis ialah :

1.Ia menajamkan minda atau daya ingatan kerana otak memerlukan banyak gula fruktosa untuk berfungsi dengan baik.

2.Menjadi sumber semulajadi anti oksida kerana kismis mengandungi fenol. Anti oksida melindungi tubuh dari adikal bebas ( sebab itulah banyak bahan kecantikan me war-warkan anti- oksida ni dalam produk mereka )

3.Kismis menyihatkan dan melindungi gigi dan gusi kerana  ia kaya dengan asid oleanolik.Asid Oleanolik mampu menghalang pertumbuhan bakteria yang menyebabkan plak dan kerosakan gigi.

4.Kismis kaya dengan potasium dan sodium yang membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.

5.Menguatkan tulang kerana di dalam buah kering ini terkandung fiber dan asid tartaric

Setelah kita tau betapa banyaknya khasiat kismis pada tubuh badan kita, jom kita satu famili amalkan makan kismis sebagai snek harian. Bukan untuk anak-anak saja malah ibu bapa sendiri untuk menjamin kesihatan yang lebih baik. Dari mengunyah keropok-keropok atau junk food, mengunyah kismis adalah jauh lebih menyihatkan.

 

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
2 Comments

Posted in Artikel

 

NPL Smart Solution selesaikan masalah ccris, ctos untuk yang berhutang

03 Apr

Hari ni topik saya lari dari niche biasa yang saya selalu lakukan.Sesekali lari dari topik dan bincangkan masalah yang berkaitan dengan kepentingan masyarakat.

Asalnya saya sedang sibuk membelek surat khabar pasal tarikh dan senarai uiversiti untuk anak saya. Belek -belek nampak pulak satu artikel ni dan rasa macam menarik untuk di kongsi bersama.

Saya rasa memang susah nak dapatkan rumah , kereta dan segala macam harta benda yang tidak dapat tidak kita terpaksa berhutang dengan bank. Kalau dah kahwin atau berkeluarga dan mempunyai anak dan tanggungan yang ramai  lagi la pulak dengan segala macam perbelanjaan lain yang terpaksa di tanggung.

Silap hari bulan ada yang tertunggak..walaupun yang sebenarnya yang menyebabkan tertunggak tu kesalahan kita sendiri ( ingat,salahkan diri sendiri dulu sebelum salahkan orang lain).

Saya sendiri pun pernah terkena bila terlewat bayar installment kereta sewaktu pergi ke Bukit Tinggi dan masa tu saya dah give up buat payment melalui internet banking sebab asyik failed. Tapi saya pun hairan bila officer bank tu cakap dengan saya abang dia guna internet banking tu ok je.Lepas tu saya try lagi dan berjaya.

Bagaimanapun bila saya buat payment 2-3 kali sebulan sebab nak elakkan interest bank pulak call kata tak boleh.Macam-macam lah mereka cakap dengan saya walaupun tujuan saya buat macam tu untuk cepatkan installment kereta saya supaya tak tertunggak ( saya baca tips tu kat internet untuk cepatkan bayarkan hutang kereta atau rumah dan sebagainya).

Saya rasa pihak bank memang sombong time ekonomi bagus tapi sanggup terima berapa saja yang kita mampu bayar time ekonomi merudum! Orang kerja bank bahagian financing ni sure tau part macam ni :)

Bercakap pasal hutang ni la bila saya baca artikel mengenai NPL solution selesaikan masalah hutang dengan interest yang menggunung saya rasa seronok pulak. Bukan apa, manalah tau kalau kena caranya dapat jugak saya selesaikan mana-mana loan yang rasa bank charge gile-gile ni.Kita kadang-kadang bukan baca syarat-syarat dan terma ( ye la..tulisan kecik dan memang di buat kecik supaya kita tak bersemangat nak baca betul tak ? ).

Saya rasa masalah pasal hutang yang paling banyak interest ialah kad kredit. Pihak NPL sendiri dah berjaya menyelesaikan banyak masalah hutang kad kredit begitu juga masalah lain .

Antaranya :

Mengurangkan baki hutang

Menhentikan tindakan lelongan harta dan menguruskan penjualan harta

Menghentikan saman muflis / merunding bayaran awal  untuk bebas muflis

Membebaskan dari masalah black list ( senarai hitam ) , muflis atau kebankrapan.

Menyediakan khidmat guaman, penilaian harta dan lain-lain lagi

Lain-lain perkhidmatan ada di nyatakan di dalam web rasmi NPL Smart Solution yang di asaskan oleh Tuan Hj Mohd. Klik di sini atau klik di side bar sebelah kanan blog ni untuk info lanjut mengenai perkhidmatan yang mereka sediakan.

Pejabat mereka di Bandar Baru Ampang dekat aje dengan rumah saya . Dekat atas kedai buku Pustaka Rakyat. Saya rasa khidmat mereka patut di war-warkan sebab pihak bank memang banyak menyorokkan sesuatu dari pengguna. Jadi kepada sesiapa yang bermasalah dan ingin menyelesaikan masalah yang berkaitan boleh hubungi Tuan Hj Mohd dengan  team beliau yang sedia membantu.

Lebih lagi saya suka ialah NPL Smart Solution ini syarikat bumiputera dan sebagai bumiputera saya patut rasa bangga dengan kewujudan mereka.

Dan sebagai pengguna kita mestilah berjati-hati supaya tidak terpedaya dengan terma-terma dan syarat yang kita mungkin kurang jelas mengenai loan atau pinjaman dengan pihak bank.

Sekali lagi saya ingatkan supaya salahkan diri kita sendiri dulu sebelum menyalahkan orang lain.Sebabnya kalau kita berhati-hati dalam perbelanjaan pasti kita tak terjebak dengan masalah seperti ini.

Saya pun faham kadang- kadang ada perkara mengejut yang memerlukan kita mengeluarkan belanja lebih dari sepatutnya sehingga menyebabkan kita tak sedar atau separa sedar ( betulkah ? ) yang kita akan menyesal kemudian hari.

Panjang dah post saya kali ni dan saya rasa nak masuk tidur sebab jam dah tunjuk 12 :35 am. Selamat malam !

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
5 Comments

Posted in Artikel

 

Stok terbaru bedung bayi

01 Apr

Dah seminggu saya balik dari travel tapi penatnya masih terasa.Macam-macam pengalaman pahit manis yang saya rasai.

Memang menarik melancong cara backpackers ni sebab tak perlu nak fikir sangat nak smart2 atau nak tidur di bilik hotel yang besar-besar.Yang penting malam mata dah boleh tidur dan esok sambung balik dengan itinerarynya.

Ni sekeping gambar saya kat tower bridge yang sempat saya upload.Yang lain-lain masih dalam kamera tk sempat nak upload sebab banyak sangat..nanti-nanti la.

Sebaik balik, pening kepala saya sebab sebelum saya pergi ada masalah teknikal dekat web dan juga stok supplier yg tak sampai pada saya.Alhamdulillah banyak yang saya dah pos dan minggu ni ada sikit saja lagi tempahan minggu lepas yang perlu saya settlekan. Bawak bersabar ye.

Terima kasih juga pada pelanggan yang tak putus-putus buat tempahan dan masih percaya pada saya. Insyaallah saya akan cuba perbaiki lagi mana yang kurang di mysetbersalin.com.

Terbaru saya uploadkan di sini beberapa design baru bedung bayi sebab yang ada dengan saya dah tinggal sehelai dua aje.

 

Warna bedung yang paling atas sekali tu actually warna hijau lembut cuma bila saya snap gambar nampak kusam pulak padahal very sweet colour. Nanti la sy try snap lagi sekali..sudah la saya ni bukan jurugambar pro…:(

Stok untuk barut bayi saya belum update lagi sebab stoknya belum sampai. Saya rasa untuk malam ni cukup setakat ni sahaja.Nanti free saya update lagi.

P/S: Seperti biasa, jika memcuci persalinan bayi jangan di campur dengan pakaian yang lain. Bedung ni juga seeloknya di cuci berasingan dengan pakaian bayi sebab di takuti ada yang turun warna ( saya tak mampu nak test semua kain ni turun warna atau tidak sebab memamg ada seseparuh design /warna yang turun bila di cuci..Nak selamat asingkan dulu ye )

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
No Comments

Posted in Artikel