RSS
 

Archive for May, 2012

Akar kacip fatimah memudahkan proses bersalin? Betul ke?

09 May

Kawan saya hari tu datang rumah berbual-bual sambil ajar sikit-sikit pasal blog dan web ni. Dia nak try buat bisnes online untuk menyibukkan dirinya..Bagusla tu dari buat benda yang tak berfaedah.

Dalam pada tu saya berminat dengan akar fatimah yang selalunya orang guna sebelum bersalin. Kata orang tua-tua akar fatimah tu memudahkan proses bersalin dengan lebih cepat. Tak taulah saya betul atau tidak sebab saya belum mencari lagi fakta-fakta . Tapi memang saya juga minum air rendaman akar kacip fatimah tu time nak bersalin 4 orang anak saya dulu.

Separuh orang panggil bunga fatimah.Rasanya kedua-duanya benda yang sama. Bunga ni atau kacip fatimah ni kena rendam dulu sehingga dia mengembang bari di minum airnya. Tapi jangan la rendam dengan air paip pulak ye( guna air masak la, karang ada pulak yang muntah atau pengsan)

Saya minum waktu dah rasa sakit. Masa kat hospital pun saya bawak air tu dan minum( nurse tak tanya pun air apa sebab saya dah bubuh elok-elok dalam botol air   ) .Masa saya bersalin anak ke 3 dan 4 memang dengan cara ‘induce‘ so boleh berborak-borak dan tengok tv dalam labour room tu.Bila dah sakit tak ingat dah :)

So saya tak boleh nak komen banyak-banyak sebab saya sendiri pun tak cukup fakta nak di bincangkan. Bagaimanapun tak salah kita mencuba selepas kita membaca pelbagai surah yang memudahkan proses bersalin.

Contohnya kita boleh baca surah Maryam, surah Al-Falak, surah An-Nas atau apa-apa saja surah lain kerana setiap doa atau atau ayat yang kita baca semuanya elok belaka( samalah macam time sembahyang, surah yang di baca selepas al fatihah tu boleh aje baca mana-mana surah yang kita hafal).Nak komen banyak-banyak tak boleh juga sebab saya ni jahil pasal ugama.

So itu saja hari ni sebab saya plan nak tidur awal dan bangun awal pagi esok. Kita jumpa lagi

 

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
No Comments

Posted in Artikel

 

Tungku letrik yang memudahkan proses bertungku zaman sekarang

06 May

Saya rasa sangat mengantuk malam tadi tapi seronok pula dengar ceramah Ustaz Kazim Elias yang kelakar. Rugi pulak nak  tutup youtube bila ada ceramah yang lucu macam ni.Petang tadi saya tengok stok tungku letrik saya dah tinggal beberapa unit saja lagi.

Alhamdulillah sejak saya mendapatka khidmat supplier tungku letrik sekarang( dah lama juga) amat jarang sekali tungku letrik ni rosak.Dulu ada juga tungku rosak dan tidak berfungsi dengan baik dan perlu saya ganti pada customer.

Pakej tungku letrik di mysetbersalin.com juga sentiasa dapat sambutan. Mungkin pakej yang saya tawarkan agak berlainan kerana saya lebih suka seseorang pelanggan mendapat pelbagai produk dalam satu pembelian.

Kalau pakej Tungku letrik Premium selain tungku letrik anda juga akan mendapat produk lain seperti tungku bayi, mandian aura, beg tungku, sehelai bedung bayi dan 2 helai barut bayi.Itu pakej yang terkini ye..lain bulan lain pulak promo saya ye


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ada yang bertanya kepada saya elok ke tungku letrik ni? Pada saya ia bergantung kepada sejauh mana diri kita sendiri mahu lakukan proses bertungku. Jika anda tanya saya , akan saya katakan sepanjang waktu berpantang saya akan bertungku di waktu pagi dan petang 2 kali sehari.

Proses bertungku saya juga agak lama sebab saya akan bertungku seluruh badan. Bukan hanya di kawasan perut dan peranakan.Bagaimanapun waktu saya dulu tak ada tungku letrik lagi.

Jadi terpaksalah guna tungku batu yang perlu di panaskan dalam 20 minit terlebih dahulu.

Jadi dengan ada tungku letrik ni pada saya amat memudahkan proses bertungku. Panaskan dalam 5 minit dan tungku ni akan dapat bertahan antara 1 jam dan anda boleh bertungku dengan secukupnya.Mudahkan?

Jadi kalau anda rasa anda tiada pembantu sewaktu berpantang tetapi mahu berpantang seperti biasa, saya sangatlah galakkan penggunaan tungku letrik ni. Kalau dah biasa guna tungku batu pun tak ada masalah cuma ia ambik masa sikitlah dan gas pun cepat habis :)

Oklah saya pun ada banyak kerja nak buat sebab ada projek lain menanti.Kita jumpa lain kali

Related Posts with Thumbnails

rahimah

Seorang surirumah sepenuh masa semenjak penghujung 2009 yang menjalankan perniagaan internet.Kesemua produk yang ada di laman web telah di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan untuk kepuasan pelanggan.Dapatkan tips , update dan promosi dengan melanggan newsletter mysetbersalin.com secara percuma.

More Posts - Website

 
No Comments

Posted in Artikel