Diam tak diam dah nak hampir 4 tahun saya mengendalikan blog mysetbersalin.com ini. Dan dalam pada itu juga rupanya dah masuk tahun ke 3 saya menjalankan perniagaan internet dari rumah secara full time. Ya…bekerja dari rumah.
Masih saya ingat lagi waktu mula-mula berjinak-jinak dengan perniagaan internet dan juga offline pada tahun 2007 ke 2008 dulu. Banyak dugaan yang terpaksa saya tempuh. Biasalah ada masa turun dan ada masa naik.
Sehingga sekarang saya masih lagi bersama dengan laman web original saya mysetbersalin.com .Bagaimana pun saya ada juga mempelbagaikan sumber pendapatan secara online dan offline. Saya buka membuka akaun di mudah.my untuk pelbagai barangan ( bukan barang bersalin aje ye.) seperti baju kurung moden, kasut, permainan kanak-kanak dan sebagainya.
Di mudah.my, barang -barang rumah yang dah lama tak di gunakan dan masih baik saya iklankan.Hmm…ramai juga pembeli di sini yang beli barang terpakai.
Saya juga ambik peluang untuk buat bisnes dropshipping di mudah.my sebab saya mahu kurangkan kerja-kerja packing memacking ni.Boleh tengok kedai saya di mudah di side bar sebelah kanan blog ni.Bukan apa sebab kadang-kadang ada pelanggan yang nak menempah atau mencari barangan lain yang saya jual tapi tak terdaya saya nak masukkan di web saya sekarang.
Faham ajelah web saya tu bukan web e-commerce..saya guna minisite aje..Kedai facebook pun loading timenya lambat dan sering ada gangguan ketika memasukkan data-data produk.Paling mudah ialah di mudah.my !
Hmm…sape sape yang nak cari baju kurung moden , baju kurung pahang silalah ke kedai saya di mudah.my untuk tengok pelbagai design. Boleh pakai untuk raya nanti..Insyaallah harga boleh NEGO lagi !
Wah…banyaknya projek dalam kepala saya sekarang ni.Kena buat satu-satu tapi kena laju. Terbaru saya sedang menjalankan satu projek khas yang pernah saya lakukan dulu dan terbukti memang saya berhasil mendapatkan pendapatan tambahan secara sambilan.
Bezanya sekarang saya menjalankannya secara full time.Mungkin pada sesetengah orang ia kelihatan seperti skim cepat kaya.Ooopss….saya tak akan masuk skim ni sebab nanti hilang sedara!. Perniagaan mestilah ada urusan jual beli dan produk. Produk pula tak kiralah produk fizikal atau produk bukan fizikal.
Saya tetap ingat tips idola saya Irfan khairi yang produk informasi adalah produk paling hot ! Contohnya informasi mengenai cara menambahkan pendapatan, cara meningkatkan taraf kesihatan , tips mendidik anak-anak menjadi pandai dan sebagainya.
Bagaimana pun anda mesti berhati-hati. Sape yang tak suka buat duit ye tak? Selagi kita hidup kat dunia ni duit memanglah sangat di perlukan. Tak boleh berpeluk tubuh mengharapkan duit gugur dari langit. Selepas berusaha berdoalah supaya usaha kita di berkati dan di permudahkan.
Nanti di post yang akan datang akan saya terangkan bagaimana rezeki itu datang dari berbagai bentuk ( kesihatan yang baik pun rezeki juga ). Hanya kita kena rajin berusaha dan tidak berputus asa. Kan 9/10 dari rezeki tu datang dari perniaagaan? Tu yang saya suka tu.
Ok lah dah lewat ni..nanti kita sambung lagi..dah pukul 1 pagi rupanya. Selamat Malam/ Selamat Pagi
Rahimah
Ps : Ramai yang suka buat duit tapi malas berusaha…Anda jangan jadi macam tu ye






